MDH69🤍

34 3 0
                                    

Harris yang tersedar dari lena itu terus  meraba-raba sebelah kanan nya untuk mencari si isteri..tanpa membuka mata terlebih dahulu. Laju dia membuka kedua belah matanya apabila tersedar yang isteri nya sudah tiada di sebelahnya.

"Sayang..sayang mandi ke? Sayang?" Panggil harris sambil melihat kearah bilik mandinya.Takda pulak dengar bunyi air ke apa ke..Hm

Apabila mendapati tiada sahutan daripada isterinya terus dia pergi dan mengetuk pintu bilik mandi itu.

"Sayang? Abang bukak ya?" Soal harris.Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu bilik air nya.

"Sayang? Aik..mana dia ni.." harris sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia menutup pintu bilik mandi nya itu semula dan terus menuruni anak tangga.

"Apa benda pulak ni?" Soal nya perlahan sambil mengambil sehelai nota yang berada di atas meja makan nya.

Nota dibuka dan dibaca dalam hati.

"Good Morning! Ayra minta maaf sebab tak dapat nak siapkan sarapan yang perfect untuk harris..ni je ayra sempat sebab ayra ada hal dengan ayah pagi ni..terlupa nak bagitahu hehe.have a Nice day!. From your pretty Wife! Ayayu!!!"

Harris tidak dapat menahan sengih apabila membaca perkataan akhir yang di tulis oleh isterinya itu.

"Ayayu more than more sayang!" Balas harris.Allahuakbar..susah nya nak tahan blushing..rasa nak kunyah-kunyah je kertas ni..





"So? Macam mana? Setuju?" Soal tuan zaidy kepada anak perempuannya.

"Kalau ayah okey..adik lagi okey!" Balas ayra.

"Baguslah kalau adik setuju.Adik jangan risau..ayah akan tanggung semua kos untuk permulaan.Tapi adik kena janji..adik mesti bekerja keras untuk majukan bisnes ni.Ni semua bukan untuk ayah tau..tapi untuk diri adik sendiri.ayah cuma tolong setakat ayah mampu je" kata tuan zaidy dengan rasa gembiranya.Tak sangka dia bakal melihat kejayaan anak perempuannya itu nanti..

"Takpa ayah..ni pun adik dah bersyukur sebab ayah sentiasa sokong adik.." balas ayra.Memang dari dulu lagi ayah nya lah yang tidak pernah putus mendoakan dan menyokong dirinya.Dan dia juga telah berjanji untuk mengembirakan ayahnya dengan kejayaan yang dibawa nya nanti..insyaallah tak lama lagi dia akan buktikan!

"Mesti lah ayah akan sokong anak ayah kalau benda tu mendatangkan kebaikan.Dan ayah doakan anak ayah berjaya walau dia mana pun" kata tuan zaidy sambil mengusap lembut kepala anak perempuannya.Haih..tak sangka anak perempuannya telah pun meningkat dewasa.cepat betul masa berlalu..

"Amiin..terima kasih ayah" ucap ayra seraya memeluk tubuh ayahnya.

"Minum lah..lepas ni ayah hantar adik balik" kata tuan zaidy.

"Okey ayah" balas ayra.Baharu sahaja ayra ingin menghirup hot coklat nya..tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menunjukkan ada mesej yang telah masuk.

Dahi ayra berkerut apabila mendapat kiriman photo daripada suaminya.

"Terima kasih sayang..sebab buat semua ni untuk abang.I love you So much!"

Ayra tersenyum lebar apabila melihat gambar suaminya bersama dengan hidangan yang telah dia sediakan.

"Kenapa senyum sorang-sorang ni? Buah hati lah tu" kata tuan zaidy mengusik anak perempuannya.

"Ish! Ayah ni..mana ada" balas ayra sambil tersengih malu.alamak! Nampak sangat ke? Aduhh malunya!

"Ye lah tu.Ayah bahagia tengok hubungan rumah tangga anak ayah semakin baik..ayah harap adik dapat kekalkan sampai bila-bila..gaduh manja tu biasalah pemanis dalam rumah tangga.Tapi ingat..kalau ada masalah selesai kan cara baik..faham?" Pesan tuan zaidy.Alhamdulillah..dengan izin tuhan akhirnya rumah tangga anak nya itu semakin hari semakin baik.Hampir gugur pula air matanya sebagai seorang bapa apabila melihat perkembangan anaknya di depan mata yang agak sukar untuk dirinya lalui..tetapi dia begitu kagum dengan anak perempuan dan menantunya yang  berjaya hadapi segala rintangan dan cabaran sehingga mereka berjaya menemui bahagia..

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now