MDH67🤍

35 3 0
                                    

Malam mula menjelma.Masing-masing sedang sibuk menyiapkan diri mereka.Tema yang dikenakan bagi semua tetamu adalah maroon tetapi untuk pasangan itu semestinya berwarna putih suci.

"Ayra..kamu dah siap?" Soal puan haniy sebaik sahaja melangkah masuk kedalam bilik anak perempuannya.

"Dah." Balas ayra.Sebenarnya dari tadi lagi dia sudah siap.Cuma..sedikit curiga dengan keadaan sekelilingnya.

"Baguslah..cantiknya anak ibu hari ni.." kata puan haniy sambil memeluk bahu ayra.

"Ibu..kenapa kena berpakaian macam pengantin ni? Kata buat open House je?" Soal ayra.Pelik dan tidak faham.Open house untuk ketua gengster memang macam ni ke?

"Dah itu permintaan harris..ibu ikut kan je lah"

"Aunty! Semua dah sampai! Cepat siap!" Kata risya sebaik sahaja membuka pintu bilik ayra.

"Ha cepat lah adik! Pakai kasut kamu tu!" Arah puan haniy.







"Assalamualaikum semua" ucap tuan harith dengan menggunakan microphone nya.

Suasana yang riuh-rendah bertukar menjadi sepi.

"Waalaikumsalam" jawab semua tetamu dengan serentak.

"Saya sebagai bapa kepada anak lelaki saya harris zayder dan bersama tuan zaidy..ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis pada malam ini" ucap tuan harith.

"Tanpa membuang masa, mempersilakan anak lelaki saya..Harris zayder!" Kata tuan harith.

Harris yang mendengar itu terus melangkah dengan perlahan melalui karpet merah yang telah dibentangkan.

"Bersama pasangannya ayra Aryana!" Sambung tuan harith.

"C-cik ayra?!" Kata hayla yang sedikit terkejut mendengar nama gadis itu disebut sebagai pasangan tuan harris.

Ayra yang mendengar itu terus berjalan dengan perlahan kearah harris.Dengan menggayakan baju pengantin yang agak mewah dan di sertakan juga dengan sejambak bunga mawar merah dan putih yang membuatkan dirinya terlihat begitu mempersona sekali!

"Uish! Aku dah agak dah! Bagai pinang di belah dua!" Kata sha pula melihat kedua pasangan mempelai itu.

Harris tersenyum manis saat dirinya berada di hadapan isterinya.Kedua belah tangan isterinya digenggam erat.

"You are So pretty sayang.."  bisik harris.Cantik yang luar biasa..tidak berkelip matanya memandang.Jantungnya berdegup laju saat mata cantik gadis itu menatap terus kedalam matanya.Bagai terkena panahan cinta pandang pertama..

Harris memberikan lengannya kepada isterinya.Ayra yang faham itu terus menggenggam erat dan terus menuju ke arah pelamin yang telah di sediakan oleh ibu mereka sendiri.

"Selamat malam kepada semua tetamu saya Pada malam ini..di sebelah saya gadis yang anggun,menawan dan jelita ini adalah isteri saya..tujuan saya menjemput anda semua adalah untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke  lima tahun" ucap harris sebaik sahaja tuan harith menghulurkan microphone kepadanya

Pftttt!
Tersembur keluar air yang diminum oleh hayla ketika mendengar ucapan harris itu.

"L-lima tahun?!!!" Matanya membulat besar.M-maksudnya? Selama ni..Tuan Harris memang milik cik ayra?.Hatinya bagai retak seratus,seribu dan sejuta.Dalam pada masa yang sama dia juga turut sama berasa sebersalah kepada ayra kerana pernah cemburu melihat gadis itu rapat dengan tuan harris.Sepatutnya apa yang dia rasa cik ayra yang perlu rasa..hm

"Itu sahaja daripada saya..silalah menjamu selera yang sedia terhidang di depan mata.Terima kasih" kata harris.Malas lah dia mahu memanjangkan ucapan..nanti lewat pula semua tetamu ini hendak menjamu selera..

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now