MDH15🤍

44 5 0
                                    

"Za'faran! Za'faran!" Jerit ayish.Disebabkan oleh tidak dapat mengawal kemarahan nya memberi salam pun terlupa.

"Woii! Keluar lah bodoh!"  Jerit Akmal pula.

"Mana adik aku?!" Ayish menghentak pagar rumah Za'faran.

"Kalau kau berani kau keluar lah sial!" Giliran akmal pula menerajang pagar rumah Za'faran.cehhh konon Taiko besar.

Krak!
Pintu terbuka.

"Eh assalamualaikum aunty.. Za'faran ada?" Kata akmal.kedua belah tangannya didepan.begitu juga ayish.aduhh mampus! Harap harap lah kes aku ni tak masuk Facebook.Amiin.

"Err kamu berdua ni siapa?"

"Saya akmal ni ayish kami kawan Za'faran..selalu main bola sepak sama sama" jelas Akmal.

"Ooo za'faran takda..maaf ye.Ni yang jerit jerit tadi tu apa pasal?" Soal Inah yang merupakan ibu kepada Za'faran.

"Eh takdalah aunty.. kitaorang dapat tawaran berlakon watak gangster dengan Za'faran..ha yang tadi tu rehearsal hehe."  Akmal menggaru kepalanya yang tidak gatal.Alah tipu sunat hehe

"Ouhh alhamdulillah lah ye dapat jadi pelakon.."

"Ha tu lah.err Za'faran pergi mana ye?"

"Taktahu lah..takda pulak dia bagitahu"

"Aunty boleh tolong call Zaf tak?" Pinta ayish.Ye lah takda masa lah dia nak berborak macam Akmal tu! Buang masa!

"Eh boleh boleh..masuk lah dulu panas dekat luar ni" Aunty inah membukan pagar rumahnya.

"Terima kasih aunty.." perlahan Lahan Akmal berjalan sambil menundukkan sedikit tubuhnya dihadapan makcik inah.ye lah hormat kan.

"Kejap ye..aunty telefon" aunty inah mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor anak lelaki sulungnya itu.

"Takpe..kami tak kesah." Jawab Akmal.

Ayish menjeling.malas mahu melayan.Orang tengah bengang boleh pula dia melantak kerepek pisang rumah aunty inah ni!

"Assalamualaikum Za'faran.." kata Aunty inah.

Masing masing mula memasang telinga.

"Waalaikumussalam mommy.."

"Za'faran dekat mana?" Soal Aunty Inah apabila Akmal membuat gaya mulut supaya menanyakan dimana lelaki itu berada.

"Zaf dalam kereta ni on the way nak balik.." balas Za'faran.

"Takpelah kalau macam tu mommy tunggu.

"Baik mommy" panggilan dimatikan.

"Ha tunggu ye..kejap lagi dia sampai lah tu..aunty nak pergi buat air kejap"

"Eh tak payah susah susah lah Aunty..kerepek ni pun dah cukup..lemak,masin dan cantik macam Aunty " kata akmal.ye lelaki ini memang manis mulut tu pun mesti ada sebab.

Inah tersipu malu dibuatnya."Ish ada ada je lah kamu ni akmal.Takpelah aunty hidangkan air special untuk malu berdua"

"Eh aunty! Apatu?" Akmal menunjukkan kearah belakang Aunty Inah.

Inah menoleh kebelakang." Ada apa?"

"Ni lah Aunty.." Inah memalingkan wajahnya kehadapan kembali dan..

Terpampang lah mini love daripada Akmal dihadapan wajahnya.

"Ish kamu ni.." sempat aunty Inah memukul manja bahu akmal sebelum dia melangkah ke dapur.ceyhhh manjah kali dia..

Ayish menyenggol bahu Akmal."Kau ni! Orang tua pun nak try ke?! Takda taste langsung!"

"Ala aku saja je manatahu dapat bawak balik kerepek " see! Dah agak dah puji puji mesti ada sebab.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now