MDH5🤍

53 4 0
                                    


"Ha? Boleh je hehehehe" Kata Ayra yang sedang rancak berbual di dalam telefon bimbitnya.

"Tak sabar nak keluar dengan Ayra esok..Ish malu lah.." balas Za'faran sambil menggigit kukunya.

"Halah Halah..shy shy pig pulak hanat ni." Bisik hati ayra.menyampah!. "eh sama lah! Tak sabar sangat!" Kata Ayra dengan nada teruja yang dibuat buatnya.

"Eh kita borak borak ni..Harris takda ke?" Tanya Za'faran.Ye lah manalah tahu kalau Harris tu memerhatikan mereka.tak pasal pasal wajahnya menjadi art yang berwarna ungu.

"Dia mandi..alah biarlah dia tu..."  Balas Ayra sambil menoleh sedikit kearah bilik mandi.

"Ouh..takpelah Ayra tidurlah..Zaf tak kacau Ayra dah sweet dreams! Love!." Balas Za'faran bangga.Dia yakin sembilan puluh tujuh peratus gadis itu telah jatuh cinta kepadanya.

"Ha?" Tanya Ayra yang buat buat tidak dengar.

"Eh..t-takda apa lah..bye! Jumpa esok!" Tanpa sempat Ayra membalas Za'faran sudah pun menamatkan panggilan.

"Sial! Geli babi!" Kata Ayra dan mencampakkan telefon bimbitnya.

"Aik? Baru keluar toilet dah kena babi?" Kata Harris yang kebetulan baharu sahaja keluar dari tandas.

"Bukan kau!" Kata Ayra dan memberikan jelingan.

"Habis tu?" Soal Harris sambil mengeringkan rambutnya.

"Adalah! Sibuk je!" Balas Ayra lengannya di lipat ke dada.Sakit hati, menyampah,rasa nak tampar semua ada! Tapi bukanlah rasa itu muncul oleh kerana suaminya tetapi rasa itu membuak buak sejak lelaki yang bernama Za'faran  hadir di dalam hidupnya.

"Lah! Tanya pun marah?" Dahi Harris berkerut pelik.

Ayra tidak membalas.Fikirannya masih lagi serabut memikirkan tentang Za'faran.Tidak faham mengapa lelaki itu Beria ria memburukkan Harris dihadapannya.Apa yang dia mahukan? Bukan ke Harris kawan baiknya? Ish! Talam!

Harris yang melihat wajah bengis isterinya mula mengukir senyuman nakal.dia mendekati Ayra dengan perlahan."eherm! Eherm!" Sengaja dia berdehem kuat untuk menarik perhatian isterinya.

"Kau ni dah kenapa? Dah tahu sakit tekak makan lah Strepsils! Bising tahu tak!" Marah Ayra.Sudahlah pemikirannya serabut ditambah pula dengan bunyi yang tidak menyenangkan.Bukan sahaja berdehem kalau boleh bunyi nafas pun menganggu ketenteraman nya ketika itu.

Dia hanya membalas dengan senyuman senget.Langkahnya semakin dekat mendekati Ayra.

"Apahal?!!" Ayra yang melihat lelaki itu seperti tidak waras mula berasa pelik.dah kenapa sengih sengih? Mabuk? Ambik ketum lah tu

Tiba tiba dengan beraninya Harris terus merebahkan dirinya di atas katil empuk isterinya.kepalanya pula elok terletak di atas riba isterinya.

"Eh hanat! Kau pergi tido bilik kau! Menyemak betullah!" Kata Ayra dengan nada bengangnya.

"No no no! Bermula pada hari ni.. Harris zayder dan Ayra aryana akan tidur dekat sini! Faham?" Tanya Harris dengan mengangkat tinggi kening kirinya.

"Kau siapa? pandai pandai pulak nak buat undang-undang!"  Naik bengang pula gadis itu melihat sikap suaminya yang pandai pandai membuat rules sendiri.

"Alah cakap orang! Habis tu? Ayra tu siapa nak halang Harris tidur sini dengan isteri harris!" Balas harris yang tidak berpuas hati dengan kata-kata isterinya.

"Suka hati aku lah! Aku tak nak tidur dengan kau!" Kata Ayra menjawab.

"Kenapa Pulak?!" Tanya Harris lagi.

HARRIS ZAYDER Where stories live. Discover now