001

37.2K 1.3K 10
                                    

EMERALD HIGH SCHOOL meriah dengan sorakan para pelajar yang sedang menonton perlawanan separuh akhir bola keranjang antara sekolah itu dengan SMK Orked. Seorang gadis yang terlambat menyaksikan perlawanan itu dari awal berlari ke tepi gelanggang sebelum bola tersebut tepat terkena kepalanya. Semua pemain yang berada di dalam gelanggang tersentak apabila gadis itu menjerit kesakitan.

" Naayla! "

Gadis bernama Naayla tersebut menggosok perlahan dahinya yang lebam, menyesal dia berjalan lambat semata-mata untuk melihat salah seorang pemain bola keranjang Emerald High School itu. Apabila dia melihat seorang lelaki tinggi menghampirinya, dengan pantas dia berlari untuk duduk di kalangan pelajar lain. Malu!

" Cepat, Aliya! Raiz datang. "

Kelihatan lelaki bernama Raiz itu sekadar memandang Naayla dengan wajah risau sebelum memarahi rakannya, Farid. " Fokus, Farid. Ini tiket untuk final bukan latihan untuk kau main-main. " katanya lalu beredar. Walaupun dia merupakan rakan rapatnya, dia tidak pernah terlepas untuk dimarahi jika ada sesuatu membuatkan lelaki itu tidak berpuas hati. Disebabkan rasa bersalah, Farid menjerit meminta maaf.

" Sorry, Naayla! " namun Naayla hanya menutupi wajah manakala rakan rapatnya, Aliya menjeling Farid menyebabkan Farid ketawa halus. Kemudian, perlawanan itu disambung. Seorang pelajar membawa kotak berwarna biru menghampiri Naayla dan Aliya.

Kotak itu pasti akan ada setiap Raiz Affan terlibat dalam perlawanan bola keranjang. Apa yang terkandung dalam kotak itu? Sudah semestinya surat-surat dan hadiah untuk lelaki tersebut, di Emerald High School ini pelajar paling popular ialah Raiz kerana wajahnya yang tampan dengan rambut lurusnya yang kemas dan kepandaian dalam akademik menjadikan dia antara pelajar cemerlang. Dalam kata lain, Raiz Affan itu sempurna.

Peminatnya tidaklah begitu kisah jika pelajar lain menyukainya juga namun mereka mudah cemburu apabila salah seorang dari mereka berbual bersama Raiz terutamanya Hannah, dialah yang selalu menguruskan pelajar perempuan yang berbual dengan Raiz.

" Ehem! Tak nampak muka Raiz tadi bila perempuan ni kena bola tadi? Dah jom, jangan ambil apa-apa daripada dia. " kata Hannah lalu menarik tangan rakannya. Naayla membuat muka, dia tahu itu sekadar alasan sedangkan Hannah memang membencinya sejak mereka tadika. " Dia memang tak tahu malu ke? Bukannya Raiz baca pun surat-surat tu. " kata Aliya, geram.

Beberapa minit kemudian, perlawanan itu berakhir dengan kemenangan diperoleh kepada Emerald High School. Raiz masuk ke bilik khas kumpulannya lalu menghampiri kotak biru yang diletakkan di bangku. Dia meneguk air mineral yang terdapat dalam kotak tersebut sebelum membuka bajunya yang sudah berbau dengan peluhnya, belum sempat dia menukar pakaian pintu dikuak.

Aliya memandang Raiz lama, terkedu. Naayla yang baru tiba memandang rakannya itu hairan. " Cepatlah ambil barang Farid, kau tunggu apa dekat sini? " Aliya menutup pintu bilik itu lalu menarik tangan Naayla untuk beredar. " Kau kenapa? " tanya Naayla hairan, tadi kata nak ambil barang Farid kerana lelaki itu suruh tapi berlari pula mereka.

" Raiz ada dalam tu. " satu ayat itu membuatkan Naayla tersentak. " Farid kenakan kau ke? " tanya gadis itu , Aliya mengangguk setuju . Kata Farid, bilik khas itu tiada siapa buat waktu sekarang. Oleh itu, Farid menyuruh Aliya mengambil begnya memandangkan dia perlu bergambar namun Farid hanya mahu mengenakan Aliya. Dia sudahpun mengambil begnya dan diletakkan di gelanggang malah selalunya Raizlah yang terakhir mengambil beg dan menukar pakaian di situ.

Baru sahaja mereka sebut, Farid datang ke arah mereka berdua dengan tawanya. Lelaki itu menunjuk begnya, " Sumpahlah kau percaya aku, Aliya? " tanya Farid. Mengusik Aliya, rakannya dari kecil itu seperti hobi baginya.

Dalam waktu Aliya dan Farid bertengkar, Naayla mencari dompetnya yang dipegang tadi. " Dompet aku tercicirlah, Aliya! " marah Naayla, matilah dia. Dalam dompet itu bukan sahaja ada duit malah gambar Raiz yang dicurinya dari papan kenyataan sekolah. Kalaulah Hannah yang jumpa dompet itu pasti dia akan dimalukan di depan orang ramai.

Kringgggg!

Namun hampa, loceng pulang sudah berbunyi dan pada hari itu pelajar Emerald High School tidak dibenarkan pulang lewat untuk ke perpustakaan mengulangkaji. Naayla memimpin tangan Aliya sambil berjalan ke pagar sekolah dengan perasaan bimbang diikuti Farid di belakang mereka.

RAIZ AFFAN menggeleng kepala memandang Aliya dan Naayla lari setelah melihatnya, dia mengambil baju t-shirt dari begnya untuk disarung ke tubuh. Raiz melangkah keluar, baru sahaja dia hendak mengatur pulang kelihatan dompet berwarna hitam di atas lantai berdekatan bilik khas itu.

Dia mengambil dompet itu kemudian membuka untuk melihat nama pemiliknya. Matanya tertancap pada nametag yang disimpan di dalam dompet tersebut.

Naayla Zahra.

Sudah tentu dia mengenali gadis itu sebagai ' kawan Aliya ' kerana Farid selalu berbual tentang Aliya dan Naayla malah dia pernah ternampak nama itu di antara surat-surat yang didapatnya tapi seperti biasa, dia tidak pernah membacanya.

Kali ini, sekeping gambar menarik perhatiannya. Ia gambarnya yang ditangkap ketika dia dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan lepas. Raiz Affan tersenyum nipis, setelah seminggu gambarnya ditampal di papan kenyataan sekolah heboh dengan kes gambarnya hilang.

Kata mereka mungkin sebab angin dan Raiz juga tidak peduli jika gambarnya ditiup angin. Namun tengoklah sekarang , gambar yang kononnya ' hilang ' itu sudahpun di tangannya. Itu bukanlah sebab angin tetapi gambar tersebut selama ini dicuri. Tiba-tiba loceng berbunyi, dia terus memasukkan gambar itu ke dalam poket manakala dompet itu dipegang.

Sudah tentu, dia tidak akan beri gambar itu pada Naayla semula.

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now