035

11.7K 731 39
                                    

TOPENG HITAM yang menutup matanya menyempurnakan pakaian yang dikenakan pada tubuh iaitu gaun berwarna maroon bersama kasut tumit tinggi hitam , semua bagaikan terpukau dengan kecantikannya malam itu lagi-lagi rambut hitamnya yang lurus berkilat itu . Dia menunduk sedikit kepada tetamu yang hadir pada malam itu sebelum mengambil tempat berhadapan piano di atas pentas .

Melodi Clair de Lune - Debussy dimainkan di piano , persembahan utamanya indah dengan lampu yang tertumpu padanya . Tamat sahaja persembahan tersebut , tiba giliran seorang pemain piano lain mempersembahkan lagu tarian malam itu . Pemain piano bernama Alex Lee menunduk hormat pada Naayla Zahra sebelum gadis itu turun ke lantai menari .

Para tetamu yang turut memakai topeng meraih tangan pasangan masing-masing mengambil tempat , tiba-tiba seorang lelaki bertopeng dan bersut hitam menghulurkan tangan pada Naayla yang sedang berdiri di tengah ruang . Dia menunduk lagak seorang gentleman dengan senyuman manis yang terukir di bibir . Tanpa berfikir panjang , Naayla menyambut huluran tangannya sekali gus lagu dimulakan .

[ A Thousand Years - Christina Perri ]

Kedua tangan diletakkan pada bahu lelaki tersebut , kemudian badan digerakkan mengikut lagu dengan perlahan . Apabila mata mereka bertentangan , Naayla tersenyum halus . Dia mengikut langkah kakinya ke belakang dan kehadapan , kemudian tubuhnya dipusingkan hingga dia berhadapan dengan lelaki misteri itu kembali .

" Close your eyes , Naayla Zahra . " bisiknya , tidak tahu mengapa Naayla hanya akur dengan lelaki yang tidak dikenali itu . Tangan kanan Naayla diraih sambil melangkah ke kanan dan sekali lagi tubuh Naayla dipusingkan .

Mereka berdua seolah-olah berada di dunia lain dimana hanya dua insan itu sahaja yang menari menghargai setiap detik bersama . " I'll always love you , my Queen . " dengar sahaja panggilan itu dia terus membayangkan Ayden Kaiser yang sedang menari bersamanya walaupun dia tidak tahu siapakah lelaki yang menari dengannya sekarang .

Serta merta dia mula membayangkan semua memorinya bersama Ayden sejak pertama kali mereka bertemu hinggalah sekarang .

Mata Ayden Kaiser menjeling Naayla sekilas apabila berjalan ke tempatnya . Apabila kelas sudahpun bermula , Ayden mendekatkan mulutnya dengan telinga gadis itu . " We meet again . " katanya membuatkan Naayla kaku

Pada mulanya dia benar-benar fikir bahawa Ayden Kaiser mahu membalas dendam disebabkan dia terlibas kain lap tingkap ke mukanya .

" What the hell is wrong with you ?! " jerit Ayden , jantungnya hampir tercabut apabila melihat sebuah kereta hampir melanggar gadis itu . Bukannya risau cuma dia tidak mahu melihat kematian di hadapannya . Lagi-lagi gadis yang baru dia sakitkan hati . Kedengaran suara esakkan gadis tersebut , Ayden memusingkan Naayla menghadapnya .

Siapa sangka disebabkan hukuman membersihkan dewan dan makmal sekolah itu menjadi titik permulaan sebuah persahabatan antara mereka berdua . Tidak pernah terbayang bahawa lelaki sedinginnya menjadi seorang sahabat .

" Ayden . Aku ta-takut . " katanya teresak-esak sambil memeluk lutut . Lelaki itu memegang bahu Naayla lembut , " Shh , it's okay now . I'm here . " Mata yang agak merah itu memandang wajah lelaki tersebut .

Lelaki itu jugalah yang selalu melindungi dirinya daripada sebarang bahaya yang datang mengancam . Malah dia jugalah yang memberi semangat pada Naayla setiap kali gadis itu ketakutan ataupun sedih .

" I never watched someone crying while watching the fight . " katanya sambil mencuit hidung Naayla .

Tuhan sahaja yang tahu betapa gerunnya dia melihat Ayden Kaiser di dalam sangkar perlawanan ditumbuk dan dipukul sewaktu itu . Mulai dari situ , dia tahu bahawa dia tidak akan boleh terima jika lelaki itu pergi darinya satu hari nanti .

" No one knows how much I cared for you . Guess what ? I think I've been holding myself back from falling in love with you all over again . Aku tak pernah sedar yang aku dah anggap kau lebih dari seorang kawan sampailah ada orang ugut nak ambil kau daripada aku . And that time , I realized you're the one . "

" The reason I'm not giving up . "

Hinggalah satu hari dimana Ayden meluahkan perasaannya yang terpendam .

" You're mine now . " balasnya sambil mengenyitkan mata sebelum beredar masuk ke dalam dewan semula . Buat pertama kalinya jantung Naayla berdegup laju apabila mendengar sepotong ayat daripada Ayden Kaiser .

Juga , malam yang membuatkan Naayla semakin jatuh hati pada lelaki itu . Lelaki yang selalu ada bersamanya .

" Yes , I'm your boyfriend . " Ayden berjalan laju meninggalkan Naayla di belakang dengan tawanya . Tiba-tiba perkataan itu terasa menarik untuk disebut .

Lelaki yang suka menyakatnya .

Ya !

Dia jatuh cinta .

Tiba-tiba tangannya dilepaskan . Jarak mereka semakin menjauh membuatkan dia terus membuka mata . Kelihatan lelaki misteri tadi melutut berhadapan dengannya . Naayla memandang sekeliling , semua mata memandang mereka berdua di tengah itu .

Topengnya perlahan-lahan dibuka sambil menunduk , mata Naayla tidak lepas memandang lelaki itu mahu tahu siapakah dirinya . Apabila wajah itu diangkat , terhiaslah wajah Ayden Kaiser di pandangannya .

" I remember practicing this in the mirror . " katanya disertakan dengan tawa kekoknya di hujung . Cincin dari poketnya dikeluarkan lalu dihulurkan pada Naayla Zahra .

" Naayla Zahra , my Queen . "

Suasana sunyi , jantung Ayden berdegup laju . Inilah kali pertama dia jatuh cinta dengan seseorang dan ini jugalah kali pertama dia merancang suasana romantik sebegini . Semuanya dengan pertolongan Sue , Adi dan beberapa pekerja yang lain .

Dup .

Dap .

Dup .

Dap .

" I want to protect you , I want to see your face everyday and I want to stay like this forever . " sambungnya . Mata mereka bertentangan lama lalu Ayden mengajukan pertanyaan penting untuk gadis yang berdiri dihadapannya itu .

" Will you marry me ? "

Tetamu disitu masing-masing berbisik tidak sangka mereka akan menyaksikan Naayla Zahra dilamar dihadapan mereka . Begitu juga Sue dan Adi yang berdiri di dalam kelompok tetamu itu , bangga kerana mereka membantu Ayden Kaiser menjalankan rancangannya itu .

" Well .... " Naayla menghampiri Ayden yang masih melutut sambil menanti jawapannya . Sengaja membuat lelaki itu semakin berdebar . " Naayla .... " panggil Ayden meleret perlahan disambut dengan tawa halus gadis tersebut .

Tangan kanan dihulurkan pada Ayden Kaiser . " I'm yours , right ? " serentak itu semua tetamu bersorak mendengar jawapannya .

Terukir senyuman paling manis di bibir lelaki itu . Dia menyarungkan cincin tersebut pada jari runcing Naayla Zahra lalu dia berdiri menghampiri gadis itu kemudian rambutnya diusap lembut seperti biasa .

" I love you more than I love myself , Naayla . "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now