003

19.2K 1.1K 0
                                    

KRINGGGGG!

Naayla Zahra menguap seketika lalu merenggangkan badannya selepas mengemas barang-barang masuk ke dalam beg. Akhirnya, waktu yang sudah lama ditunggu-tunggu telah tiba. Semestinya waktu pulang! 

Farid bersandar pada pintu kelas tersebut sambil memandang Aliya mendekati Naayla. " Aku nak terus pergi mall dengan family Farid. Sorry weh. " katanya lalu memegang tangan gadis itu. Naayla menjeling, " Kau berdua ni kahwin senyap-senyap ke apa? Asyik keluar dengan family dia saja. " tekaan Naayla itu membuatkan Farid berpura-pura ingin muntah di belakang. 

" No! Memang taklah, ada keluarga aku sekali lah. Kau balik naik motor aku, okay? Esok kau ambillah aku. " pujuk Aliya, dia merangkul leher Naayla. Naayla pun dengan pasrahnya mengangguk setuju. Nasiblah Aliya tak suruh dia berjalan pulang , sudahlah hari mendung. 

Naayla berjalan sendirian ke pintu pagar sekolah. Tiba-tiba jalannya dihalang oleh dua orang gadis, sudah tentu Hannah dan Mia. Hannah memandang dirinya dengan pandangan sinis. " Kau memang suka mengemis perhatian ke dari dulu? " tanya Hannah menyebabkan Naayla ketawa halus.

" Cakap dengan cermin? " tanya Naayla lalu melintasi Hannah namun dengan pantas begnya ditarik membuatkan dia terdorong ke belakang. " You know, I'll win. Kau tak patut pun berebut Raiz dengan aku. " kata Hannah. Naayla Zahra menaikkan kedua-dua bahunya. " Raiz pun tak kisah kau wujud. " kata gadis itu lalu dia tersenyum manis.

Dengan itu, Hannah perlahan-lahan melepaskan pegangannya dari beg galas Naayla. Naayla terus beredar untuk ke parkir motor. Dia menunggang motor skuter hitam milik Aliya itu, kalau bukan sebab dua makhluk tadi pasti dia sudah tiba di rumah.

Dalam dia merungut tentang kejadian tadi, sebuah kereta memecut laju ke arahnya menyebabkan Naayla membelok dengan cemas sehingga dia tergelincir di tepi jalan. Serentak itu, hujan mula membasahi bumi. Pemandu kereta itu keluar lalu menghampirinya, Naayla mendongak namun wajahnya tidak kelihatan kerana tertutup dengan payung yang dipegang.

Lelaki itu menarik lengan baju hoodie-nya ke depan hingga menutup telapak tangan, Naayla hanya memerhati. Dia tersentak apabila lelaki itu menghulurkan tangan untuk membantunya berdiri. Dengan perlahan, hulurannya disambut. 

" Lain kali kalau tak pandai bawa motor , jalan kaki saja. " kata lelaki itu, Naayla agak terkejut. Eh? Bukankah lelaki itu yang memecut laju macam jalan ini dialah pemiliknya? Lelaki tersebut melangkah untuk masuk ke dalam keretanya semula setelah meninggalkan payung itu kepada Naayla.

Naayla terus menarik tangannya, serentak itu lelaki itu mengaduh kesakitan. " Are you okay? " tanya Naayla, lelaki itu menoleh namun wajahnya masih tidak kelihatan. Dia memandang tangannya yang luka berdarah itu. " It's not your business. " katanya lalu masuk ke dalam kereta dan beredar. 

" Dia yang hampir bunuh aku , dia pula yang luka. " rungut Naayla. Kemudian , dia menunggang motorsikal itu semula setelah hujan agak reda. Tidak sangka hari ini pelbagai kejadian berlaku.

LANGKAH diaturkan masuk ke dalam biliknya sesudah tiba di rumah , dia mencampakkan hoodie yang basah akibat hujan dan baju sekolahnya yang dipenuhi darah ke dalam bakul. Kemudian tubuhnya dihempas ke atas katil , dia memandang tangannya yang luka akibat pergaduhan di sekolah. 

" Kalau bukan sebab kau, aku tak akan jadi macam ini. " katanya lalu menutup matanya untuk menenangkan fikiran seketika namun kejadian tadi terimbau di ingatannya. 

Ayden Kaiser menuju ke belakang sekolah dengan pantas apabila mendengar suara meminta pertolongan. Dia bersembunyi di sebalik tiang memerhati apa yang berlaku, kelihatan seorang pelajar perempuan dikepung oleh empat orang lelaki. Wajahnya kelihatan takut.

Salah seorang dari mereka menggenggam pergelangan tangannya manakala yang lain hanya memerhati dan merakam. Ayden Kaiser melangkah menuju ke arah mereka dan menarik tangan gadis itu. Gadis tersebut memegang hujung bajunya ketakutan.

Ayden memandang tanda nama lelaki yang sedang memandangnya tajam, Isma Haziq. Siapa sahaja tak kenal anak Dato' itu? Kesalahannya pasti akan ditutup seperti biasa memandangkan bapanya telah banyak menanggung sekolah tersebut.

" Kalau kau nak join, cakap dengan aku bukannya ambil perempuan ini macam itu sahaja. " kata Isma lalu memegang tangan gadis dibelakang Ayden itu. Ayden menolaknya, " That's not how you treat girl. Coward. " balasnya sambil memandang Isma dengan matanya yang dingin. 

Isma ketawa sinis, dia memandang rakannya yang lain lalu membalas pandangan Ayden itu. " Haha what? Keluarga kau lagi teruk dari akulah, Ayden Kaiser. Kalau aku buka mulut, semua orang akan tahu kau bukannya dari keluarga baik. " katanya berbisik, Ayden memandangnya dengan riak terkejut.

" Bapa aku ulang-alik ke US, kau ingat aku tak tahu rahsia kau? Atok kau tu pembunuh."  bisiknya lagi. Ayden menggenggam penumbuk, kemudian menarik kolar baju lelaki tersebut. " Huh? Kau nak tumbuk aku? " tanya Isma cuba untuk meningkatkan marah Ayden lagi.

" F*ck! " tengking Ayden, satu penumbuk diberi kepada wajah Isma Haziq. Kemudian, dia menarik gadis tersebut untuk beredar. Belum sempat dia melangkah, bahunya ditarik.

Bbuk!

" Kau ingat kau baik sangat ke?! " tanya Isma, dia memijak tangan serta beberapa tendangan dikenakan pada perut Ayden sehingga lelaki itu terduduk dan darah yang tersembur dari mulut terkena pada baju seragam sekolahnya. Dia memejam matanya seketika sebelum bangun dan menolak Isma ke dinding. " Ya, atok aku pembunuh. Apa kau nak lagi? Aku tak kisah pun lah nak mengaku. " tengking Ayden lagi .

Dia mencekik Isma, rakan lelaki itu yang lain cuba meleraikan situasi tersebut antara mereka.  

" Ayden Kaiser! Lepaskan dia! " tangannya terlerai apabila guru memanggil namanya. Isma mula bengang, dia memandang tajam lelaki dihadapannya itu. " Aku boleh buat hidup kau musnah. " kata Isma perlahan. Ayden ketawa sinis lalu melangkah mengikut guru ke bilik disiplin. 

" You never know who am I and my story, Isma. " monolognya.

Ayden mengeluh apabila peristiwa itu masih segar di ingatannya lalu dia memandang bingkai gambar yang elok terletak di mejanya. Dia tersenyum hampa dengan air matanya yang hampir menitis. 

" Maafkan Ayd, mama. "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now