056

9.5K 535 12
                                    

PERHATIAN Naayla Zahra hanya ditumpukan pada novel ditangan, sesekali dia memandang hutan yang menjadi pemandangan dari perpustakaan mini milik Benjamins itu. Ini sahajalah masa dia dapat meluangkan masa sendirian di situ memandangkan Jonas perlu menguruskan kerjanya di luar bersama ahli Benjamins dan selama ini Ayden Kaiser tidak mengizinkannya untuk berkeliaran sendirian.

Novel yang dibaca diletakkan di atas meja lalu dia menghirup secawan kopi panas. Tiba-tiba pintu perpustakaan dikuak, dia fikirkan Ayden yang tiba namun Lion yang masuk bersama buku di tangannya. Walaupun niat lelaki itu hanya mahu menyimpan semula buku yang dia jumpa di kolam renang di tingkat atas sebentar tadi Naayla terus berdiri menjauhi Lion kerana takut dengan kehadiran ahli Benjamins yang seorang itu. 

Kata Ayden tadi semua Benjamins tiada di rumah pada pagi itu tapi kenapa lelaki yang dikenali sebagai Lion masih ada berkeliaran malah hanya memakai t-shirt putih dan seluar panjang hitam sahaja seolah-olah dia mempunyai masa terluang? Naayla memandang lama Lion yang sedang mengeringkan rambutnya, mungkin lelaki itu tidak perasan bahawa Naayla ada di situ. 

" Can I ask you a question? " tanya Lion dingin membuatkan Naayla tersentak. Semakin takut Naayla dibuatnya apabila Lion menoleh dan menghampiri dia sambil tuala yang mengelap rambutnya tadi dicampak ke sofa. " You're familiar to me, what is your name? " matanya melihat setiap inci wajah wanita di hadapannya. Sejak dia melihat Naayla buat pertama kali pada malam dia merancang untuk membunuh Ayden Kaiser, seolah-olah dia pernah melihat wajah itu tetapi dia tidak pasti dimana. 

" Naay- " 

Bangggg

Belum sempat Naayla menjawab pertanyaan tersebut bunyi das tembakan kedengaran serta merta tubuh Naayla ditarik menjauhi tingkap lalu Lion berdiri di hadapannya dengan kepala Naayla ditekupkan pada dada bidang milik lelaki itu. Beberapa das tembakan berbunyi lagi di tingkat bawah. Tubuh Naayla ditolak perlahan menjauhinya sebelum lelaki itu mengambil dua pistol di sebuah almari kecil berdekatan mereka. " Where is Ayden? " tanya Lion yang mengacukan pistol pada pintu perpustakaan yang masih tertutup.

" I don't know! " Naayla menjawab dengan cemas. Setahu dia Ayden ke ruang gym ditingkat atas tadi tetapi dia tidak pasti sama ada suaminya sudah selesai atau belum. Seorang lelaki tak dikenali membuka pintu perpustakaan tersebut serentak itu dia ditarik oleh Lion, pistol yang dipegangnya dijatuhkan lalu Lion memukul leher lelaki itu hingga pengsan. Dia menjenguk sedikit jalan ke tempat mereka berada sebelum menarik tangan Naayla keluar.

Dia menujuk tangga, " Run! I will protect you. " Naayla mengangguk lalu dia berlari naik ke atas. Dengar Lion sedang berlawan dengan beberapa orang yang masuk ke dalam rumah tersebut. Apabila Naayla tiba di tingkat atas dia terlanggar Ayden yang baru mahu turun, terus tubuh itu didakap erat. Matanya memandang beberapa orang lelaki yang sudahpun rebah di lantai dengan darah yang berlumuran pada wajah mereka.

" Naayla takut, Ayd! " katanya.

Belakang badannya diusap perlahan, "  Hold my hand. You'll be fine, Ayd ada dengan Naayla. " tangan Ayden Kaiser dipegang mengikut apa yang dikatakan suaminya itu. Lion tiba menghampiri mereka lalu sepucuk pistol Desert Eagle 50AE diberi pada Ayden, dia meletakkan kepercayaan tinggi untuk lelaki itu membantunya menyelesaikan masalah yang dicetuskan oleh musuh Jonas Benjamin.

Walaupun kesemua lelaki tadi sudah dihapuskan oleh Lion, dia masih berhati-hati takut lebih ramai yang akan datang lagi. Serentak itu satu das tembakan kuat terkena pada tingkap menyebabkan kaca tingkap pecah dan terhiris pada kaki Naayla serta lengan kiri Lion. Naayla menjerit kesakitan, oleh sebab itu Ayden membalut luka Naayla dengan tuala kecil yang digunakan sewaktu dia di gym tadi. " Sakit.. " rengek Naayla.

" Shh.. Sakit sikit je ni, sayang.. " kata Ayden menenangkan isterinya, Lion merengus kasar sambil menekup darah yang mengalir dari lengannya. Almari besi yang berada di tepi bilik mesyuarat Benjamins dibuka dengan kata kunci ' Black Tulip ' yang membawa maksud kuasa dan kekuatan lalu dia keluarkan sniper miliknya, tingkap yang sudah pecah itu dituju lalu sniper diacukan pada dahi seorang lelaki berkaca mata hitam yang berdiri di sebelah kereta.

Dan serta merta lelaki itu rebah apabila tembakan terkena tepat pada dahinya. Headshot.

Begitu jugalah Jonas Benjamin pulang dengan wajah yang bengis apabila ditipu oleh musuh yang kononnya mahu berbaik tetapi itu sekadar perangkap untuk mereka menghapuskan legasi miliknya yang sudah lama megah dimata orang. Dia masuk ke rumah dengan perasaan lega apabila melihat orang-orang musuhnya sudahpun tewas disebabkan Lion. Itulah keistimewaan Lion. Pantas, tepat dan berani apabila menghadap situasi yang tidak dijangka. 

Namun masih tampak serba kekurangan di mata Jonas Benjamin. 

Lion berjalan pantas ke sebuah bilik iaitu tempat dia selalu bersedirian dan menenangkan fikiran untuk merawat luka lengannya . Sampai sahaja, baju t-shirt putihnya dibuka dan dia mengambil peti kecemasan lalu merawat dirinya sendiri. Selesai merawat lukanya, dia menghampiri tingkap sambil bermain dengan pemetik apinya tanpa menyarung semula bajunya.

" Ehem! " Lion menoleh apabila mendengar suara seseorang di belakang. Kelihatan Ayden Kaiser datang membawa dua cawan kopi menghampirinya lalu huluran secawan kopi panas untuknya disambut lalu dia hirup perlahan setelah duduk di sofa berhadapan dengan Ayden. " Thanks. " ucap Lion.

Suasana sunyi seketika.

 " What happened to you? " tanya Ayden sambil melihat parut pada dada kanan Lion. Lion memegang bekas parutnya sendiri lalu dia tertawa hambar. " Someone shot me years ago. " katanya. Ayden memandang parut itu lama, satu nama terlintas pada mindanya. " Jonas? " namun ia dibalas dengan gelengan.

" You. "

" Huh? "

" Aryan Haider. " nama itu disebut Lion tergantung, satu demi satu balasan Lion memproses dalam minda Ayden untuk memahami perbualan mereka. Apa kaitan parut Lion itu dan adiknya Aryan Haider? 

Lion bangun lalu kedua-dua tangannya ditekup pada permukaan meja sambil badan dibongkokkan begitu matanya memandang penuh dendam terhadap Ayden Kaiser di hadapan. 

" My real name is Aryan Haider. " katanya membuatkan Ayden terkedu membalas pandangan lelaki yang mengaku sebagai adiknya. " Are you joking or what, Lion? " tanya Ayden geram, mustahil adiknya itu masih hidup sedangkan Jonas, Zach dan bapanya sendiri memberi tahu bahawa Aryan Haider sudah meninggal dunia.

Lion ketawa sinis sambil berjalan ke arah tingkap. " Ayd, kau sendiri yang tembak aku dan kau sendiri yang tinggalkan aku dengan Jonas. Kau lupa, hm? " tanya Lion sarkastik sambil menoleh sekilas ke arah lelaki itu. Itu kali pertama Ayden mendengar lelaki yang dikenali sebagai Lion berbicara dalam bahasa Melayu dengan fasih. 

Ayden Kaiser terus datang ke arahnya lalu rahang Lion dipegang kasar, " Kau siapa sebenarnya?! " 

Lion menjelingnya sambil menghela nafas berat,  Ayden ditolak kasar menjauh darinya sebelum dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar, gelang yang terukir nama ibu mereka ditunjuk pada Ayden Kaiser dengan senyuman sinis.

" We meet again, Ayden Kaiser. "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now