026

11.6K 756 4
                                    

HACHUUMM !

Beberapa helai tisu cepat-cepat dicapai untuk menghembuskan cecair yang menghalang hidungnya . Ini semua sebab dia berdiri lama di dalam hujan , masuk sahaja rumah dia terus tidur di sofa disebabkan matanya semakin memberat .

Naayla bangun ke arah bilik air untuk membasuh mukanya supaya sedikit segar . Dia memandang wajahnya sendiri di cermin , setiap ayat Ayden Kaiser semalam asyik terngiang-ngiang di telinganya . Benarkah apa yang dikatakan lelaki itu semalam ? Ayden Kaiser jatuh cinta padanya ? Ah ! Mustahillah .

" Naayla Zahra , mama datang bawa bubur untuk Naayla ni . " dengar sahaja suara Puan Hafiza , Naayla terus berjalan ke arah ibunya itu lalu memeluk tubuh tua tersebut . " Panasnya badan anak mama ni , macammana boleh demam? " tanya Puan Hafiza . " Penat kot ma . " balasnya .

Tiba-tiba dia terpandang bekas makanan berwarna biru muda di atas meja . " Itu mama masak juga ke ? " tanya Naayla mendekati bekas tersebut . Puan Hafiza tersenyum manis . " Taklah , siapa lagi kalau bukan kawan Naayla yang call mama datang sini ? " gadis itu menjongketkan keningnya hairan , kawan ? Siapa pula yang tahu dia demam hari ini ?

" Mama sampai depan rumah Naayla terus Ayden bagi bekas makanan tu . Dia kata dia nampak Naayla bersin-bersin sambil siram pokok bunga dekat luar pagi tadi . " kata Puan Hafiza , Naayla membuka penutup bekas itu . Terus bau sup ayam kesukaannya menusuk ke hidung , mestilah Ayden sendiri yang masak . Sudu diambil untuk merasa sup itu , terus segar tekaknya apabila sup panas mula terasa . " Kalau Naayla nak habiskan sup tu , habiskanlah . Bubur ni mama letak sini , nanti lapar Naayla makan . " kata ibunya .

Setelah bekas sup itu licin , Naayla terpandang satu nota yang diletakkan di dalam beg kertas tersebut .

Get well soon - Ayd

" Naayla nangis ya semalam ? " pertanyaan Puan Hafiza membuatkan Naayla tersentak , dia terus menoleh ibunya yang sedang mengemas kabinet dapur . Nampak sangatkah matanya sembab akibat semalam ? " Taklah , Naayla tak cukup tidur je ni . Tak ada apa-apa lah . " Puan Hafiza tersenyum halus mendengar alasan anak bongsunya itu , bukan dia tak tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu daripadanya . Tangan dibasuh lalu dilapkan pada kain yang tersedia di tepi sinki .

Rambut anaknya diusap dengan penuh kasih sayang . " Kalau Naayla ada apa-apa nak cerita , cerita saja . Tak baik pendam lama-lama , tak elok . " kata Puan Hafiza , Naayla terus mendongak memandang wajah ibunya itu .

" Naayla patah hati ya ? " tanya Puan Hafiza . Serentak itu Naayla memuncungkan mulut lalu menekup wajahnya menggunakan kedua tangan . " Naayla nampak crush Naayla semalam . " kata Naayla sebagai pembuka cerita , ibunya terus mengambil tempat di sebelah sambil memegang tangan gadis itu .

" Dengan isteri dia . "

Puan Hafiza terkedu , eh takkan anaknya itu menaruh perasaan pada suami orang pula ? Apabila melihat wajah terkejut ibunya itu Naayla terus menggelengkan kepala seolah-olah tahu apa yang bermain di minda . " Last Naayla jumpa dia dekat sekolah dulu , semalam baru jumpa semula . Itupun kebetulan takpun Tuhan nak beritahu jangan letak harapan pada jodoh orang . " dengar sahaja penjelasan itu , Puan Hafiza menghembus nafas lega .

" Sebab itu Naayla nangis ? " Naayla mengangguk . Tak akanlah dia nak cerita tentang luahan dia pada Ayden semalam , buat malu saja sudahlah keluarganya itu rapat dengan Ayden . " Tak apalah Naayla , mungkin dia bukan jodoh Naayla . Manalah tahu jodoh Naayla sebenarnya orang yang dekat saja dengan Naayla . "

" Maksud mama ? "

" Itu depan rumah tu . Caring semacam saja , ada apa-apa ke ? " hampir tersedak Naayla dibuatnya . " Ish apa pula mama ni . Dia pun tak suka Naayla . " nafinya . Ceh ! Semalam yang siap mengaku suka itu apa ya , Naayla Zahra ?

Tok !

Tok !

Tok !

Puan Hafiza menghampiri pintu rumah yang diketuk . Muncullah wajah ceria bakal pengantin , Aliya dan Farid . " Hai mama ! " sapa Aliya lalu memeluk tubuh Puan Hafiza erat , wanita itu hanya mampu tersenyum manis sambil menepuk belakang badan rakan anaknya itu .

" Naaylaaa !! Kau okay ke ? Teruk sangat ke demam kau ni ? Apa jadi semalam sampai demam terus ? Ada apa-apa aku terlepas tak ? " bertubi-tubi pertanyaan ditujukan bagaikan tiada masa untuk berbual panjang . Farid menggelengkan kepala melihat Aliya yang terus berlari ke arah Naayla Zahra di meja makan . " Woah , woah sabarlah . " marah Naayla apabila tubuhnya digoncang berkali-kali , gegar otak dibuatnya nanti .

" First of all , Raiz dah kahwin . " kata Naayla , itulah perkara penting yang patut dia beritahu dahulu . Mata Aliya terus mengerling ke arah Farid yang sedang menghirup air teh panas . " Kau tahu ke Farid ? " tanya Aliya , dengan selamba lelaki itu mengangguk .

" The heck Farid ? Kau tak beritahu pun , kau tahukan Naayla ni tunggu dia ! " marah Aliya . Puan Hafiza membulatkan matanya . " Aip , Aliya ! Itu kan bakal suami Aliya . " marahnya , Aliya hanya tersengih . " Geram sangatlah mama . "

" Dia baru je kahwin dua minggu lepas . Berita baru lagi , nanti lama-lama aku ceritalah . Sorry tau Naayla . " kata Farid membuatkan Aliya menjeling . Nanti agaknya kalau apa-apa jadi dekat dia masa sudah kahwin , dua tiga bulan baru nak maklumkan pada Naayla .

" So , lepastu apa jadi ? " perhatian diberikan pada rakannya semula . Apabila Puan Hafiza beredar ke bilik Naayla , dia terus mengurut kepalanya sendiri . " Ayd cakap dia suka aku . " serentak itu , Farid menyemburkan semula teh yang diminum . Ayden yang dingin tak mahu senyum langsung itu jatuh cinta ?!

" Selekehlah kau ni Farid . " kata Naayla . Farid terus mengambil tisu untuk lap apa yang patut di meja makan . Aliya terpaku sebentar memproses setiap perkataan . " Kau dengar tak ? " tanya Naayla lagi .

" Sekejap aku nak hadam betul-betul . Maksud kau , dia confess ? " Naayla mengangguk . " Aku dah agak ! Tengok cara dia dengan kau tu pun aku dah tahu , kau berdua je buta . Eee geram betul aku , kalau tahu dari dulu mesti kau tak tunggu Raiz tu . " bebel Aliya . Wajah Naayla dipandang lama dengan tajam .

" Jangan cakap kau still tak boleh move on dengan Raiz . " jarinya ditunding ke arah Naayla seolah-olah melarangnya untuk mengangguk . Malangnya , gadis itu mengangguk lalu menongkat dagu di meja . Tak mungkin secepat itu dia menghilangkan perasaan suka pada Raiz yang sudah lama sebati dengannya hampir 10 tahun .

Aliya menggoncang lagi tubuh rakannya , " Dia dah kahwin Naayla . Dah . Kahwin . " katanya tegas menyedarkan gadis itu dari mimpi lama yang tak pasti dan tak akan terjadi .

" Tapi- "

" Dia dah kahwin . Muktamad . "

Naayla mengeluh perlahan . Mereka bertiga berbual kosong untuk meluangkan masa bersama selama beberapa jam . Apabila sudah petang , Farid memberi kad jemputan kepadanya . Kad jemputan kahwin mereka kah ?

Apabila kad itu dibuka dan dibaca , Naayla sedikit tercengang melihat satu nama acara yang akan diadakan pada hujung minggu nanti .

Emerald High School Reunion ?

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now