050

11.1K 601 15
                                    

TANGAN NAAYLA ZAHRA dipimpin sambil diayun perlahan, langkah diaturkan ke sebuah tempat menarik memandangkan Ayden Kaiser sudahpun berjanji untuk membawa Naayla berbulan madu setelah perlawanannya tamat.

Gondola Rides ialah tempat pertama yang dituju. Setelah menaiki gondola tersebut, pendayung memberi gitar kepada Ayden seperti yang telah dirancang sejak hari itu. Dia meminta Zach membantunya selama di dalam latihan menyiapkan diri untuk UFC Las Vegas. Dan ya, dia melakukan kerja dengan baik sekali kerana semua sudah tersedia untuk pasangan itu.

" Ayd nak buat apa ni? " tanya Naayla hairan apabila Ayden memegang gitar, dia fikirkan Ayden cuma mahu membawanya menaiki gondola dan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Ini apa pula?

Tiada respon malah Ayden terus memetik gitar tersebut sambil tersenyum ceria.

[ media : Please Never Fall in
Love Again - Ollie MN

" Could've been one lonely night
Just like the others
But you lit up my life
This is what it's like to be lovers "

Apabila mendengar setiap bait lirik yang dinyanyikan, Naayla tersipu malu. Sungguh dia tidak sangka bahawa Ayden akan bertindak romantik sedemikian pada destinasi pertama mereka.

" You and me need never be
Lonely again
Spin with me endlessly
Or at least until the end "

Ayden Kaiser mengerling ke arah wajah Naayla Zahra. Dahulu dia selalu sendirian dan simpan segalanya di dalam hati namun sejak pertemuannya bersama isterinya itu semuanya berubah.

" Please never fall in love again
Oh, please never fall in love again "

Mata mereka berpaut seolah-olah hanya berbual melalui lirik lagu.

" And if some other guy catches your eye
Please just text me your goodbye
You know I don't look pretty when I cry "

Ayden tersenyum hambar. Kalaulah cinta Naayla akan berubah satu hari nanti, dia tetap akan mengejar kembali kerana wanita itulah yang pertama dan terakhir baginya. Tiada siapa yang sama dan boleh mengganti wanita di dalam hatinya yang bernama Naayla Zahra.

" And I don't want that to be your final glimpse of me, baby
But if you could please return all of my hoodies maybe "

Naayla tertawa halus, sengaja Ayden menukar lirik untuk menyindir isterinya. Sejak mereka berkahwin, Naayla kerap memakai hoodie-nya tidak kiralah di luar ataupun di rumah. Katanya dengan bau yang ada pada hoodie Ayden itu boleh membuatkan dia rasa selamat.

" Please never fall in love again
Oh, please never fall in love "

Setelah lagu itu tamat, Ayden meletakkan gitar di sebelah lalu merenung lama wajah Naayla. Pendayung gondola yang memerhati mereka seketika itu tersenyum manis, sudah biasa.

" Kenapa pandang macam itu? " tanya Naayla sambil menongkat dagu membalas pandangan. Ayden menjongketkan bahu. " Tak tahu, mungkin jatuh cinta sekali lagi. " balasnya selamba membuatkan Naayla ketawa kecil.

Tangan Ayden Kaiser diraih lalu Naayla tersenyum. " Maaf ya sebab buat encik jatuh cinta sekali lagi. Saya janji saya tak buat lagi. " usik Naayla sekali gus hidungnya dicuit.

" Jatuh cinta banyak kali pun tak apa. "

" Betul ni? " Ayden mengangguk. Entah dapat dari mana keberanian, Naayla mencium pipi suaminya lama membuatkan Ayden terpaku seketika.

KAISER : The Hidden KingΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα