036

11.6K 689 38
                                    

SUDAH DUA BULAN berlalu selepas Ayden Kaiser melamar Naayla Zahra pada malam majlis besar hari itu . Kini , tibalah masa yang amat dinantikan oleh mereka iaitu hari dimana Naayla akan menjadi seorang isteri buat Ayden .

Baju nikah berwarna putih yang agak ringkas dikemaskan , sejujurnya Naayla tidak dapat tidur dengan nyenyak semalam disebabkan fikiran asyik melayang takut dia tidak dapat menjadi seorang peneman hidup yang baik untuk lelaki itu . Dia memandang wajahnya yang disolek dengan solekan natural pada pantulan cermin besar , seorang jurusolek membetulkan shawl putih yang dipakainya .

Aliya masuk ke dalam biliknya dengan sejambak bunga ros merah ditangan , dia menghampiri Naayla Zahra . " Farid kata Ayden suruh bagi kau . " kata Aliya . Dengan senyuman manis , huluran itu disambut serentak itu Aliya menarik tangan jurusolek itu keluar sebentar memandangkan Naayla seolah-olah angau melihat bunga itu .

" Cantik . " katanya sepatah lalu matanya menangkap sepucuk surat yang disertakan di dalam jambangan bunga . Namanya tertulis pada bahagian hadapan surat tersebut . Buka sahaja lipatan surat , kemas sahaja tulisan tangan Ayden yang menghias kertas dengan penuh ayat manis untuknya .

Dear , Naayla Zahra .

I just want you to know that you're the most important person in my life . You're the only one who has my heart from the beginning of my story until the end . Hari ini , izinkan aku ambil kau sebagai isteri aku . Izinkan aku menjadi satu-satunya lelaki yang ada dalam hati kau , Naayla . Walaupun kita jauh satu hari nanti , I choose you and I'll choose you over and over and over again . Jujur aku kata aku tak sabar nak lafaz nama kau dan beritahu semua orang yang kau milik aku .

The world broke me into pieces but you're the reason I'm still here , my love .

- Ayden Kaiser -

Naayla menutup lipatan surat itu semula dengan senyuman , dialah wanita paling beruntung menjadi kekasih pertama dan terakhir untuk lelaki bernama Ayden Kaiser .

Tok

Tok

Tok

Pintu diketuk perlahan sebelum munculnya wajah ibunya , Puan Hafiza . " Cantiknya anak mama . " tubuh tuanya didakap erat oleh Naayla Zahra . " Naayla takutlah mama . Macammana kalau Ayden tak boleh terima Naayla lepas kahwin ? " dia mula berfikiran negatif , mana taknya Ayden hampir sempurna dimatanya tetapi dia ?

Penuh dengan kekurangan .

" Naayla .... Suami isteri ni mestilah kena susah senang sama-sama supaya saling melengkapi antara satu sama lain . Kalau masing-masing asyik cari kesalahan , mana datangnya indah percintaan kan ? Jadi , Naayla jangan risau . Mama percaya yang Ayden boleh jaga Naayla dengan baik . " kata Puan Hafiza menenangkan hati gelisah anaknya itu , semasa Ayden Kaiser datang ke rumahnya dia sudah yakin bahawa lelaki itu merupakan lelaki yang terbaik buat Naayla Zahra .

" Thank you , mama . " ucap Naayla , tangannya diraih oleh Puan Hafiza .

" Pihak lelaki dah sampai , jom kita turun . " Naayla akur lalu dia dipimpin untuk turun ke ruang tamunya . Semakin hampir masa untuk dia bergelar seorang isteri semakin itulah jantungnya berdegup kencang . Duduk sahaja di pelamin kecil itu , sinaran kamera menghias wajah cantiknya .

Dia mencari bayangan Ayden Kaiser namun masih tiada . Kata pihak lelaki sudah sampai tetapi di mana Ayden ? Aliya mendekati telinga Naayla , " Ayden naik kereta lain , maybe dia lambat sikit . " bisik Aliya membuatkan kurang sedikit rasa hairannya .

20 minit kemudian lelaki itu masih tidak tiba munculkan diri , semua tetamu sudah letih menunggunya . Zach yang duduk di sebelah bapa Ayden , Encik Ethan bangun keluar sebentar untuk mendail lelaki itu . Tak akanlah salah jalan pula ?

Tut

Tut

Tut

" Where are you , Ayd ? " tanya dia setelah panggilan itu dijawab namun tiada respon malah hanya mendengar tawa sinis seorang lelaki . " Ayd ?? " panggilnya sekali lagi , dia sudah memikirkan macam-macam . Zach merengus kasar kerana di sebalik panggilan masih tidak menyahut .

" You betrayed me again , Zach. "

" Seyn .... "

SONGKOK HITAM dikemaskan sedikit sambil melangkah keluar daripada bilik . Kelihatan Farid , Zach dan Encik Ethan sedang berbual di sofa ruang tamu . Ayden Kaiser menghampiri mereka bertiga , serentak itu Farid berdiri menepuk bahunya perlahan .

" Kahwin juga kau ! " katanya riang , Ayden tersenyum halus sambil menunduk membetulkan sampin songket bercorak emas yang dipakai . Kemudian , dia pergi mengambil sejambak bunga ros merah yang terletak di atas meja lalu dihulurkan pada Farid . " Nanti kau dah sampai sana , bagi Naayla tau . " lelaki itu terus mengangguk , dia perlu meminta bantuan Farid beri bunga itu kepada Naayla kerana Farid akan tiba di sana lebih awal berbandingnya .

" Kenapa aku tak buat macam ini masa kahwin dulu eh ? Romantik juga . " tanya Farid sendirian , Ayden terus menepuk belakang badannya .

Dia menjongketkan kening kanan dengan bangga " Lain kali belajar dengan aku . " katanya , terus Farid berdecit . Baru puji sikit dah berlagak , ada yang makan penumbuk sekejap lagi baru tahu . Dia bukan tak romantik , cuma lari bajet sikitlah kalau buat benda-benda macam ini .

Encik Ethan menggeleng melihat karenah anaknya lalu berjalan ke tempat parkir " Jom gerak , Pak Man dah tunggu Ayden dekat luar . " Mereka semua akur , setelah mereka bertiga hilang dari pandangan giliran Ayden pula masuk ke dalam sebuah kereta hitam dan duduk di bahagian hadapan memandangkan hanya dia dan Pak Man yang menaiki kereta tersebut manakala Encik Ethan , Farid dan Zach naik ke kereta yang sama .

Belum sempat dia melihat untuk menyapa Pak Man disebelah , mulutnya ditekup dari
belakang dengan sehelai kain hitam .

" Jonas warned you to stay away from her . " sempat telinganya menangkap ayat itu sebelum pandangannya kabur dan terus gelap tidak menyedari apa yang berlaku . Kepala Ayden ditolak kasar sambil ketawa jahat , Seyn memandang anak buahnya yang menyamar sebagai pemandu .

" Let's go . "

Pergi sahaja kereta itu meninggalkan perkarangan rumah milik Ayden Kaiser ,

impian untuk menjadi seorang suami ,

impian untuk menjadi yang terbaik ,

dan impian menjadi satu-satunya lelaki di hati Naayla Zahra

musnah .

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now