046

11.1K 631 6
                                    

BEBERAPA orang lelaki berbaju hitam menunggu giliran dipanggil sebelum naik ke pentas berhadapan dengan para wartawan yang setia menunggu sejak awal pagi bersama kamera dan laptop bersedia menaip setiap maklumat untuk dimasukkan ke dalam media massa. Lampu ditujukan terang ke arah meja yang disediakan mikrofon setiap enam tempat duduk sebelum pengacara memulakan sidang media pada malam itu.

" Welcome to today's UFC press conference, today we're going to meet our top six fighters! Let's not wasting our time, UFC Las Vegas introducing the strongest champion with no defeats from China Daniel Lee! " serentak itu tepukan gemuruh diberikan ketika melihat seorang lelaki bernama Daniel Lee tampil dengan baju tanpa lengan berwarna hitam naik ke pentas berjalan ke tempatnya dengan senyuman yang menampakkan lesung pipit. " And his opponent from Australia our best defensive fighter Charlie Max! " kali ini seorang lelaki berbaju hoodie hitam pula yang naik sambil melambai tangan ke arah kamera.

" Next, The Eagle Nelson Breno from Brazil and his opponent the fearless fighter from Mexico Martin Raúl! Let's welcome them to the stage!" dua orang lelaki berbaju t-shirt hitam tersenyum memandang kamera dan duduk di tempat mereka. Kali ini mata semua tertumpu pada tirai hitam yang melindungi dua orang lagi.

Pengacara berdehem sebelum mendekatkan mikrofon ke mulut. " Finally the biggest fight , the most dominant fighter in UFC history with no defeats who comes from United States our Robert Eason! " lelaki tegap bernama Robert Eason muncul dengan berpakaian hoodie hitam tertulis namanya, pandangan ditumpukan kepada lensa kamera lalu dia tersenyum sekilas.

" Last but not least, Robert's rival! He is the King without a crown but he manages to be the unbeaten fighter. From Malaysia here he is Ayden Kaiser! " tepukan semakin gemuruh apabila dia berjalan naik ke pentas dengan berpakaian kemeja hitam, wajahnya yang dingin itu dihias dengan sinaran cahaya daripada kamera. " So, who has the first question? "

Seorang wartawan di dalam kelompok manusia berdiri dengan mikrofon yang dipegang di tangan, matanya memandang kesemua yang terlibat di atas pentas. " Nelson, I heard that you always want to fight with Martin. How do you get that confidence of yours? " Nelson Breno yang mendengar soalan itu ketawa sinis sambil mengerling ke arah Martin Raul, " He is nothing for me and I don't even care if he is the fearless fighter or not. " katanya dengan yakin disambut tawa Martin yang tidak peduli dengan jawapan tersebut.

" Ayden Kaiser, as we know this is your last fight. Can you tell us why did you make this decision? " Ayden mengangguk seketika sebelum menarik mikrofon untuk menjawab. " Well, I fight for 7 years and with this UFC Las Vegas will be the perfect choice to make it my last fight plus I already have someone to take care of. She will be worried if I stay with this lifestyle. " Robert Eason mengerling ke arah Ayden Kaiser lalu dia kembali memandang ke hadapan.

Sidang media tersebut diteruskan dengan pelbagai soalan yang diajukan selama satu jam. Tamat sahaja acara tersebut, Ayden menjamu makanan sedikit lalu dia terus pulang. Namun sebelum itu dia pergi ke kedai kek untuk diberi kepada Naayla yang tinggal sendirian di bilik hotel. Selesai sahaja membeli cheesecake kesukaan isterinya, dia keluar dari kedai tersebut. Tiba-tiba dia terlanggar seorang lelaki berpakaian hoodie putih di luar kedai, lelaki itu memandangnya tanpa riak kemudian dia berlalu pergi. Ayden menjongketkan kening hairan, tiada kata maaf?

Rude.

Dia abaikan sahaja lelaki biadab tadi lalu masuk ke kereta dan menyuruh pemandu menyambung perjalanan ke hotel. Sampai di hotel, dia berjalan pantas masuk ke lif dan menekan butang ke aras bilik.

Apabila pintu bilik hotel dikuak kelihatan Naayla Zahra yang sedang lena berselimut, Ayden menepuk perlahan bahu Naayla mengejutnya untuk bangun dari tidur namun comforter ditarik menutup wajah. Bosan sangatlah tu sampai terlena menunggu dia pulang, kesian. Comforter ditarik sehingga menampakkan wajah Naayla semula, rambut panjang isterinya diusap lembut. " Naayla, Ayd belikan something ni. " katanya berbisik lalu dia mengucup pipi Naayla. Gadis itu terus terjaga, Ayden disambut dengan senyuman manis kemudian dia duduk menghadapnya.

Kotak cheesecake dibuka, jelas kelihatan wajah ceria Naayla memandang kek kegemarannya itu. " Aww thank you. " katanya lalu memeluk Ayden lama. Dalam dakapan itu dia menutup matanya, " Tapi Naayla ngantuk, boleh tak Naayla nak tidur sekejap? " pintanya, Ayden meletakkan cheesecake tersebut di atas meja dengan tubuh masih didakap isterinya.

" Okay, let's sleep. " balas Ayden .

" Huh? "

Dia menolak Naayla berbaring semula lalu sekali lagi rambut Naayla diusap lembut dengan senyuman sebelum dia juga turut berbaring di sebelah, dahi mereka bertemu. " Lima minit and then kita makan. " katanya, Naayla mengangguk lalu menutup matanya, tubuh dirapatkan untuk didakap.

Tidak sangka mereka sudah tidur selama beberapa jam. Naayla menggeliat seketika lalu dia memandang skrin telefonnya, sudah jam 3 pagi. Setahu dia tadi baru sahaja 10 malam semasa Ayden pulang. Naayla bangun lalu memandang wajah lena Ayden Kaiser disebelah, katanya lima minit ini dah lima jam! Tubuh Ayden bergerak sedikit lalu lelaki itu memandang Naayla. " Lama sangat ke kita tidur? " tanya Ayden dengan suara serak baru bangun dari lena. Pipi Ayden ditarik perlahan, "Dah 3 pagi Ayd." kata Naayla sekaligus Ayden bangun secara mengejut lalu mengurut sedikit dahinya.

" Kesiannya sayang Ayd ni lapar, jom kita makan eh? " ajaknya, tangan Naayla ditarik ke bilik air untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Semua itu dilakukan bersebelahan menghadap cermin besar di sinki. Kemudian Ayden berlalu mengambil cheesecake dan berjalan ke sebelah tingkap besar bersaksikan bandar Las Vegas diikuti Naayla. Sepotong kecil cheesecake disuapkan ke dalam mulut isterinya. " Sedap? " tanya Ayden merenung Naayla, gadis itu mengangguk pantas.

" Press conference tadi macammana? " tanya Naayla lalu menyuapkan pula cheesecake untuk Ayden Kaiser. Lelaki itu mengangguk, " Semua okay saja tapi kalau Naayla ada dekat sana lagi best. " kata Ayden membuatkan Naayla berdecit. Ceh! Padahal dia yang tidak bagi Naayla ikut kerana takut isterinya itu sesat selepas itu kata lagi seronok pula kalau Naayla ada. " Entah-entah dia seronok pandang perempuan cantik dekat sana. " kata Naayla sarkastik.

Ayden ketawa halus, " Heyy.. Naayla lah perempuan paling cantik Ayd jumpa tau, buat apa nak pandang orang lain kalau isteri pun dah cantik depan mata ni kan? " tanya Ayden mengambil hati.

" Truth or dare? " tanya Naayla tiba-tiba.

Eh? Dah kenapa tiba-tiba saja Naayla Zahra mengajukan soalan itu? Ayden hairan memandang isterinya namun pertanyaan itu masih juga dibalas pantas.

" Dare. "

Terbit senyuman mengusik di bibir Naayla Zahra. " Pergi dekat balkoni sana, beritahu semua orang Naayla cantik. " Ayden membulatkan mata melihat Naayla yang tersenyum mencabar dia. Tanpa banyak soalan, dia terus berjalan ke balkoni. Naayla ketawa mengekek melihat Ayden Kaiser yang dipaksa berbuat sedemikian. Siapa suruh berani sangat pilih dare kan?

" Naayla Zahra is the most beautiful woman I've ever seen and I love her soooo much !! "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now