024

12.2K 725 0
                                    

GAMBAR dia dan Ayden Kaiser semasa di Canada di tenung lama , hampir sebulan dia tidak mendengar khabar berita daripada lelaki itu selepas kejadian bersama Harris Qalish . Ya , dia masih tidak mendapat jawapan untuk segala pertanyaan yang bermain di minda .

" Cik Naayla ? Sekarang giliran Cik Naayla buat persembahan . " kata seorang pengurus majlis sambil memegang beberapa helai kertas kerja di tangannya . Naayla mengangguk lalu seorang stylist membantunya mengemaskan gaun berwarna putih yang dikenakan pada tubuhnya . Naik sahaja ke atas pentas , semua mata memandangnya . Seperti biasa , yang datang menontonnya pasti orang-orang daripada keluarga bertaraf tinggi .

Gadis itu duduk di kerusi berhadapan sebuah piano . Dia menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan fikirannya sebelum jari-jemari menari di atas papan nada . Malam itu dia mempersembahkan lagu klasik Für Elise dari Beethoven .

Tamat sahaja lagu pertama tersebut , dia tersenyum memandang penonton sebelum jarinya kembali menekan papan nada untuk lagu Nocturne Op.9 No.2 , Chopin .

Lagu tersebut merupakan lagu kegemarannya bersama Ayden Kaiser . Setiap kali mereka merenung langit malam pasti lagu ini akan bermain dari telefon bimbitnya . Katanya setiap kali dia mendengar melodi indah itu , dia akan teringat semua kenangan manisnya dalam realiti penuh pahit itu .


Semua penonton yang berada di dalam dewan besar itu bangun memberi tepukan kepadanya . Seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an berjalan naik ke pentas dengan mikrofon di tangan . " Terima kasih , Cik Naayla Zahra ! Bukan senang nak jemput orang berbakat seperti Cik Naayla . " katanya , Naayla sekadar menunduk merendah diri . Dia terima dengan tawaran membuat persembahan sempena majlis syarikat terkenal itu kerana mereka inginkan lagu Nocturne Op.9 No.2 dimainkan , memandangkan dia dan Ayden bukan seperti dahulu lagi dia lebih mudah membawa lagu tersebut .

" Selamat menjamu selera semua . " kata lelaki itu . Naayla mengikut langkahnya ke sebuah meja makan di bahagian hadapan , kelihatan beberapa orang yang berpengaruh tersenyum ke arahnya . Kerusi ditarik oleh seorang pelayan untuk dia duduk .

" Cantiknya Cik Naayla malamni ! " kata wanita berbaju kurung moden berwarna kuning sambil memegang bahunya lembut . " Terima kasih , Datin Salmah pun cantik juga . " balas Naayla sopan . Mata Datin Salmah melirik ke arah suaminya , Dato' Ilham . " Kalaulah anak kita ikut mesti dia tertarik dengan Naayla ni . " katanya perlahan namun tetap didengari Naayla .

" Amboi , saya pun berkenan juga dengan Cik Naayla ni tau . " sudah , lagi seorang datin mencelah merebut gadis itu pula . Naayla tertawa halus , " Saya bukan sesiapa pun . " katanya , kedua-dua datin itu tertawa halus .

" Sayanglah kalau Cik Naayla rasa macam itu . Bagi kami , Cik Naayla ni istimewa tau ! Semua sukakan Cik Naayla . " kata Datin Fatima sambil memandang Naayla dengan wajah ceria .

" Kalau Cik Naayla nak berkenalan dengan anak kami , apa salahnya ? " balas Datin Salmah . Naayla sekadar tersenyum lalu menyuakan puding karamel ke dalam mulutnya .

Beberapa jam kemudian , majlis akhirnya sampai ke penghujung . Setelah ucapan penutup dibuat oleh seorang Dato' , Naayla melangkah ke ruang rehatnya di belakang pentas . Gaun putih diganti dengan dress panjang corak bunga berwarna hitam , setelah itu dia keluar beredar ke kereta putih milik Aliya yang menunggunya . Lagipun , Aliya sudah berjanji untuk membawa gadis itu bersiar-siar memandangkan sejak Ayden pergi Naayla hanya duduk di rumah dan hanya keluar apabila mempunyai persembahan . Risau !

" Kau tak contact Ayden langsung ke ? "

" Instagram , Twitter semua dia tak on . Aku dah buat semua , dia tak balas . " kata Naayla lalu mengeluh . " Aku yakin , dia akan balik sini satu hari nanti . Lagipun dia kan ada latihan apa semua . " balas Aliya direspon dengan anggukan . Tiba-tiba mata Naayla menangkap cincin dipakai Aliya .

" Siapa bagi tu ? "

Aliya tersentak , dia cuba sedaya-upaya menutup cincin itu semula . " Farid ke ? " tanya Naayla sekali lagi . " Er parents dia melamar aku semalam . Aku saja je pakai , tak fikir lagi . " Naayla mencebik , ceh ! Dulu cakap cuma kawan , gelilah apa tiba-tiba siap melamar lagi .

" Tapi aku rasa , dah sampai masa kot aku tamatkan zaman bujang aku ni . " kata Aliya membuatkan Naayla memandangnya . " Maksud kau , kau nak terima Farid ke ? " Aliya mengangguk , rakannya itu terus menjerit suka . Oh my God ! Tak lama lagi Aliya akan jadi isteri orang , isteri kepada Farid pula tu .

Teruja !

SEYN BERPELUK TUBUH memerhatikan aras bawah bangun usang dimana anak-anak buahnya berlawan dengan anak buah kumpulan lawannya . Dia di sebuah bangunan usang yang agak tinggi bersama Ayden Kaiser di sebelahnya . Seorang lelaki bersut hitam emas keluar dari sebuah kereta menghampiri anak-anak buahnya . " He is Lee , their leader . " katanya . Sniper diangkat ke atas tembok untuk dihalakan pada Lee , dia membaling rokok di lantai lalu dipijak .

Setelah dia mengunci Lee sebagai targetnya , peluru sniper itu berlepas dan mendarat tepat ke kepalanya . Seyn bersiul , " Headshot ! " serentak itu anak buah Lee terus menghalakan pistol mencari Seyn untuk menyerangnya setelah Lee rebah ke tanah .

" Bloody hell . " kata Seyn dingin apabila beberapa das tembakan terkena pada tiang bersebelahannya , tubuh Ayden ditolak untuk menyelamatkan lelaki itu . Bunyi tembakan itu membuatkan Ayden mengimbau kembali kenangan bersama arwah adiknya . " Your Ayd's . " kata Seyn , senapang AR-15 kegemarannya dihulurkan . Dia masih ingat saat dia bercerita mengenai senapang itu dengan teruja pada Seyn dan Zack semasa dia kecil dahulu .

Baru sahaja lelaki itu mahu menyambutnya , bait ayat arwah mamanya kedengaran di telinga .

" Mama tak nak Ayd jadi sebahagian daripada Jonas . "

Disebabkan itu , dia menepis huluran Seyn itu . " I'm not interested anymore . " katanya kasar , Seyn tertawa sinis lalu di melutut di hadapan Ayden . " Villain can be the main character too , King . " Ayden menjongketkan keningnya .

" What ? Kill innocent people like you ? " tanya Ayden , Seyn menjelingnya lalu dia melangkah pergi ke kereta hitamnya . Ayden terus mengejar langkahnya , " You're the one who killed my mom and now you expect me to be like you . You're very funny , Seyn . " sindir Ayden menyebabkan Seyn menoleh ke arahnya . Leher Ayden dicengkam kasar , " But you're the reason she's gone . Remember that . " katanya lalu dia kembali melangkah pergi bersama anak buahnya yang lain .

Ayden terus memecut laju dengan motorsikal hitamnya beredar dari tempat itu . Semakin lama dia dekat dengan Seyn , semakin rasa mahu membunuh lelaki itu membuak-buak tetapi biarlah lelaki itu terima balasannya sendiri .

What goes around comes around .

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now