061

10.5K 513 2
                                    

PISTOL diacukan ke tin-tin yang tersusun di atas meja tidak jauh dengan mereka, sebelah mata ditutup untuk menyasarkan peluru dengan tepat. Lion yang berdiri berpeluk tubuh memandang abangnya yang setelah sekian lama meninggalkan kehidupan asal mereka sejak kecil itu tersenyum halus. Situasi ini benar-benar terasa seperti dahulu kala di mana dia menemani Ayden Kaiser berlatih sambil duduk di belakang membaca buku berkenaan bunga.

Bangg !

Satu tin terjatuh menandakan tembakan Ayden tepat membuatkan Ayden mengimbau kenangan sewaktu kecil. Segala teknik yang diajar Zach dahulu lah yang membuatkan dia menjadi cucu kesayangan Jonas Benjamin memandangkan dia sudah mahir dengan semua perkara walaupun dia berkali-kali melawan katanya. Bak kata Jonas, Ayden itu permata yang patut dijaga dalam Benjamins.

" I can do better. " kata Lion lalu dia mengambil pistol miliknya dan diacukan pada figura patung manusia yang sedikit jauh berbanding tin-tin tersebut. Dengan pantas peluru itu sudahpun terkena tepat pada dahi patung tersebut sekaligus mengukirkan senyuman bangga pada bibir lelaki itu, " Easy-peasy. "

Kali ini Ayden pula yang membuat benda yang sama pada figura patung yang lain. Sudah tentu tembakannya tepat, dia terus memandang adiknya itu. " Easy-peasy. " dia mengikut ayat Lion tadi dan disambut dengan jelingan. Lion berpaling ke belakang lalu membaling sebotol air mineral pada Ayden sebelum dia meneguk botol miliknya.

" Kenapa kau tembak aku? " setelah duduk di sebuah bangku dia mengajukan persoalan yang selalu bermain di minda yang membuatkan dia bertekad untuk membalas dendam. Ayden duduk di sebelah Lion lalu dia merangkul leher adiknya itu, satu keluhan berat muncul. " Bukan aku sengaja nak tembak kau. Banyak benda aku fikir masa hari pengebumian mama, Jonas beritahu papa nak jadikan aku ketua Benjamins bila aku dah besar dan dia nak bunuh kau kalau kau tak pandai bermain dengan pistol. "

" Aku risau sebab kau asyik dengan taman bunga kau tu saja dan aku tak berminat nak jadi sebahagian daripada Benjamins, orang yang bunuh mama. " dia diam seketika. " Biasalah umur 11 tahun macam aku memang tak fikir panjang, cepat mengamuk. Aku rancang nak bunuh diri sebab itu aku curi pistol dari tempat kita berlatih ni. " dia ketawa hambar, kalaulah Lion tidak bertanya keadaannya pada hari itu tentu dia sudah lama tiada di dunia ini.

" Dan aku tak sangka aku tembak kau. Aku minta maaf. " Lion mengangguk. " Lepas papa bawa kau pergi, Jonas tak pernah layan aku baik macam kau Ayd.  Dia pukul dan kurung aku walau aku merayu sekalipun dan ya itulah sebab aku jadi siapa aku sekarang. Jonas yang jadikan aku macam ini. I don't have a choice, I never had. I'm so sorry. " luah lelaki itu kesal dengan diri dia.

" Mama selalu pesan untuk protect kau tapi aku bangga dengan kau sebab kau boleh survive seorang diri sejak dulu. Maybe itu sebab mama namakan kau dengan maksud singa. " Ayden ketawa sekilas dengan ayatnya sendiri. Jika namanya membawa maksud raja, maksud nama adiknya pula adalah singa. Hairan mengapa dia tidak pernah menangkap bahawa Lion dan Aryan Haider itu merupakan orang yang sama.

Lion menggeleng sambil tersenyum halus lalu dia menghulurkan satu sampul dokumen kepada Ayden. " Aku dah rancang semua benda untuk malam hari jadi kau nanti. " kata Lion, apabila Ayden sudah menyambut huluran tersebut, bahu abangnya itu ditepuk perlahan.

" Aku ada benda nak uruskan. Aku pergi dulu. " 

Setelah bayangan Lion menghilang, Ayden membuka sampul tersebut lalu dia membaca setiap apa yang disediakan oleh lelaki itu. Namun suara seseorang berdehem di pintu membuatkan dia cepat-cepat menyimpan dokumen itu di sebelahnya. Mata dialihkan pada pemilik suara tersebut. " Papa dah sampai? " dia memandang seorang lelaki yang berdiri di sebelah Encik Ethan.

" Kenapa kau datang sini sekali? " kening diangkat melihat Raiz Affan. " Bukan ke dulu kau jijik sangat dengan keluarga ni? Kenapa kau tiba-tiba ikut papa aku? " langkah diaturkan menuju ke arah lelaki itu. Apabila mereka berhadapan, Raiz memegang bahu lelaki itu sambil memandang tepat ke arah wajahnya.

Dia berdecit seketika, " Mestilah aku datang nak balas apa yang terjadi dengan parents aku. "

Ayden Kaiser mengalihkan pandangan ke arah Encik Ethan. " Papa tahu dari Aryan yang Ayd dengan dia rancang untuk jatuhkan Jonas dan Seyn untuk mama. What goes around comes around, Ayd. Semua yang terjadi memang salah Benjamins and they have to deal with it eventually. " kata Encik Ethan membuatkan Ayden terdiam seketika. Sejak Ayden Kaiser ke Los Angeles, anak bongsunya menghubungi setelah sekian lama kerana selama ini Jonas melarang dan dia memberitahu tentang rancangan untuk membalas dendam pada datuk mereka sendiri.

Raiz duduk di bangku berdiam diri menyesuaikan diri dengan tempat tersebut.

Tangan Encik Ethan ditarik ke sudut oleh Ayden Kaiser, jelas kelihatan wajah risau anak sulungnya itu. " Papa ada dengar apa-apa pasal Naayla? " tanya Ayden. Sudah agak bahawa pertanyaan itu akan diajukan memandangkan hari itu mereka terserempak namun apabila bertanya tentang Ayden Kaiser, Naayla sekadar tersenyum halus tanpa balasan.

" Masih tak dapat contact Naayla ke? " tanya Encik Ethan, Ayden menghela nafas berat. " Zach hantar video bukti Ayd tak bersalah pada dia dan Naayla pun dah tahu semuanya tapi Ayd call dia langsung tak berjawab. " 

" Mungkin Naayla perlukan ruang untuk tenangkan minda dia dengan apa yang dah jadi dekat sini. Beri dia masa sikit, kalau kita dah balik sana Ayd selesaikan semuanya dengan dia. Don't worry, she'll be okay. " kata beliau menenangkan hati Ayden yang dalam kerisauan. Ayden mengangguk perlahan.

 Harap-harap semuanya akan berakhir dengan selamat supaya dia dapat berjumpa dengan Naayla Zahra dan menjaga wanita itu buat selama-lamanya seperti yang dia pernah janjikan. 

Naayla lah alasan dia mahu selamat.

KAISER : The Hidden KingOn viuen les histories. Descobreix ara