064

10.7K 543 13
                                    

AYDEN KAISER menggeleng kepalanya menepis bayangan bahawa Lion tidak dapat diselamatkan. Sedaya upaya dia kekalkan fikiran positif namun apa yang dia dapat bayangkan segalanya cuma negatif. Kalaulah Lion tidak dapat diselamatkan sepertimana yang dia bayangkan, dia memang tidak boleh memaafkan diri sendiri kerana gagal melindungi lelaki itu. 

Dia meraup wajahnya berkali-kali sambil matanya kekal pada pintu kecemasan yang masih tiada berita berkenaan Lion itu. Raiz Affan tiba duduk di sebelahnya, belakang badan Ayden ditepuk perlahan setelah dia memberi secawan kopi. " Masih tak ada berita pasal adik kau? " tanya Raiz dibalas dengan gelengan. Sudah hampir dua jam Lion dimasukkan di dalam ruang kecemasan malah sepanjang itu jugalah Ayden setia menunggu di luar.

" Banyakkan berdoa. Insya-Allah semuanya berjalan dengan baik. Dia kan adik kau, mesti dia kuat. " Raiz cuba menenangkan hati lelaki itu.

Tiba-tiba pintu kecemasan dikuak, sebuah katil pesakit ditolak pergi oleh dua orang jururawat manakala di belakang mereka terdapat seorang doktor yang menghampiri Ayden dan Raiz. Ayden terus berdiri dengan wajah penuh harapan, dia berharap bahawa semua bayangannya tadi bukanlah kenyataan yang bakal dia dengari.

Doktor tersebut membuka topeng mulut lalu tersenyum halus, " Everything's fine but he needs some rest for his full recovery. " dengar sahaja maklumat tersebut Ayden terus meraup wajahnya lega bersama tepukan perlahan di bahu oleh doktor sebelum beredar. " Alhamdulillah. " ucap Raiz di sebelah.

Beberapa minit setelah jururawat menguruskan Lion, Ayden mengatur langkah masuk ke dalam wad yang menempatkan adiknya itu. Melihat wajah Lion yang terlantar di atas katil dengan selamat membuatkan Ayden menghela nafas syukur kerana semua yang dibayangkan tadi tidak terjadi. 

Dia duduk di sisi Lion sambil merenung wajah pucat tersebut, tangan lelaki itu digenggam.

" Aku nak luangkan masa dengan kau macam kita kecil dulu. "

LION membuka matanya perlahan-lahan, sinaran cahaya yang masuk dari tingkap wad tersebut menerangi pandangannya. Mata dikecilkan sedikit lalu dia menoleh ke arah seorang lelaki yang tertidur sambil duduk di sebelah katil. 

" Kau ingat sweet ke jaga aku sepanjang malam, Ayd? " tegurnya membuatkan Ayden Kaiser terjaga dari lena, wajah diangkat memandang Lion yang baru sedar. " Kau dah sedar? Sekejap, aku panggilkan doktor. " serentak itu seorang doktor bersama dua orang jururawat masuk ke wad VVIP tersebut untuk menganalisis kesihatan Lion.

Beberapa minit kemudian, mereka keluar meninggalkan Lion bersama Ayden Kaiser berdua. " Kau ni risaukan aku macam aku cedera teruk, aku tahulah nak tahan macammana. " sindir Lion sambil menjeling abangnya. Ayden menjongketkan kening. " Tak teruk? Kau kena tembak dengan Seyn tau. " balasnya.

" Don't worry, dulu aku kena tembak tak mati dan sekarang pun sama. Am I that lucky, bro? " wajah bangga ditayangkan kepada Ayden, terus abangnya itu berdecit. " Nak aku tembak lagi tak? Nak tengok juga jauh mana 'lucky' kau tu. " balasan tersebut disambut dengan tawa Lion, tangannya terus memegang bekas tembakan di perut disebabkan rasa pedih.

" Tahu pun sakit lepastu nak berlagak. " sindir Ayden. Lion terus membaling bantal kepadanya dengan geram, " Ini kalau aku dah sihat, sumpah aku kejar kau Ayd. " marah Lion bersertakan wajah mengejek dari abangnya. Seketika kemudian, tawa riang kedengaran di ruang tersebut sama seperti suasana beberapa tahun lepas sewaktu zaman kanak-kanak.

" Kawan kau mana? Siapa nama dia? Ra- "

" Raiz. " Lion mengangguk berkali-kali. " Dia ikut Zach uruskan mayat Seyn. " 

" Jonas? " 

Serentak itu, pintu dikuak oleh Encik Ethan. Seorang lelaki tua yang duduk di atas kerusi roda ditolak masuk mendekati Lion dan Ayden Kaiser. Mata Lion tidak lepas memandang kaki lelaki itu yang berbalut angkara perbuatannya semalam.

" My grandsons. " sapa Jonas Benjamin perlahan memandang wajah Ayden dan Lion bersilih ganti lalu buat pertama kalinya senyuman ikhlas terukir pada bibirnya. " Lion... " tangan Lion digenggam, air matanya menitis ke pipi buat pertama kali.

Apa yang mereka saksikan pagi itu, semuanya kali pertama bagi mereka melihat diri Jonas yang lain. Bukannya seorang lelaki tua yang kejam, tiada perasaan dan seseorang yang dibenci malah Jonas kelihatan menyesal dengan semua perbuatannya selama ini.

" I'm sorry that you were in so much pain because of me. I ignored you as my grandson, I'm so sorry. " diulang-ulang kata maaf itu berkali-kali sebelum mengalihkan pandangan kepada Ayden Kaiser. " If you want me to leave, it's okay Ayden Kaiser. I know that I was being such an awful person to both of you. " namun Ayden menggeleng mendengar luahan Jonas, " You can stay with us. " katanya lalu Encik Ethan tersenyum bangga mendengar baris ayat anaknya di sebelah kerana dia tahu bahawa selama ini Ayden cuma mahu kata maaf dari lelaki itu.

" But if you become a villain again, I will kill you Jonas. " ugut Lion. Jonas terus mengangguk laju, akur dengan amaran tersebut. 

Kemudian, Lion mengambil pemetik api dari poket jaketnya yang diletakkan di birai katil lalu dia menghulurkan kepada Ayden. " Aku beli untuk kau sebelum ni tapi aku lupa nak bagi. " katanya, Ayden tersenyum halus memandang pemetik api yang sama dengan Lion namun jika pemetik api Lion diukir ros hitam tetapi pemetik api untuknya terukir bunga tulip hitam.

" Black tulip means power and strength. " katanya, dia tahu makna setiap bunga disebabkan Lion selalu bercerita dahulu dan dia ingat sehingga kini tetapi apa kaitan dia dengan tulip hitam?

" Aku tahu kau terkenal dengan gelaran King sebab semua orang takut nak lawan dengan kau. Aku tahu juga yang kau banyak sembunyikan kisah lama kau sebab kau sendiri tahu yang kau kuat. " Lion diam seketika.

"That's why black tulip suits you, bro.

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now