023

12.3K 743 4
                                    

TANGAN HARRIS cuba meraih tangan Naayla . Dia tak seharusnya datang ke rumah itu ! Kini , Harris mengepungnya agar tidak menjauhkan diri . Ini semuanya perangkap supaya gadis itu menjadi miliknya . Semua gadis yang dia kenali pasti akan jatuh di tangannya namun tidak Naayla membuatkan Harris berasa sedikit tercabar hinggakan dia berani bercadang sebegitu .

" Harris . "

Naayla menutup matanya rapat apabila wajah Harris mendekati telinganya . " We'd make a such cute couple , Naayla . Isn't it amazing ? Harris Qalish and Naayla Zahra . " kata Harris dengan suara psikonya . Tiba-tiba tubuh Naayla ditolak kasar , Harris memusing ke belakang sambil merengus . Dengan pantas , Naayla mendail nombor Ayden Kaiser lalu dimasukkan semula telefon bimbit ke dalam tas tangan .

" Tak pernah ada perempuan yang tolak aku tau . " kata Harris secara tiba-tiba . Naayla terkedu sambil memandang lelaki itu . Harris tersenyum sinis lalu dia menggenggam rambut Naayla kasar , gadis itu terus menjerit kesakitan .

" Tapi kau- "

Tiba-tiba pintu rumah Harris yang berkunci ditendang kuat . Seorang lelaki dengan jaket hitam menolak tubuhnya hingga dia jatuh ke lantai . Kemudian , lelaki itu menarik kolar bajunya .

" Get away from her before I break every bone in your body . " katanya satu persatu perkataan keluar dengan jelas . Suara seseorang yang dikenali Naayla itu cukup membuatkan dia rasa sedikit selamat berbanding situasinya tadi . Nasiblah selepas sahaja mendapat panggilan daripada Harris , Ayden Kaiser mengikutinya kerana dia seolah-olah rasa sesuatu buruk akan terjadi pada gadis itu .
Namun , Naayla menyuruhnya untuk menunggu di luar rumah .

" Jangan sibuk hal aku . "

Genggaman pada kolar Harris semakin kuat , ikutkan hati mahu sahaja dia menumbuknya hingga lunyai .

" Jangan sibuk hal kau ? Huh ! She's my friend , of course aku menyibuk . " kata Ayden lagi namun dibalas dengan bunyi ketawa sinis seseorang yang baru sahaja turun tangga rumah tersebut .

" I thought Jonas warned you not to be friendly . Now , you have a friend ? " pandangan Ayden dialihkan pada pemilik suara itu . " Seyn ... " serta merta semua perbualannya bersama Zack berlayar semula di minda .

" Someone is watching her everywhere she go . "

" Naayla , tunggu aku dalam kereta . Kunci pintu . " arah Ayden , Naayla akur walaupun otaknya masih memproses apa yang telah berlaku dan siapakah Jonas . Apa pula kaitan Ayden , Harris dan lelaki yang tiba-tiba sahaja muncul itu ?

Setelah Naayla beredar , Ayden melepaskan kolar baju Harris lalu dia menghampiri Seyn . Ini kali kedua mereka bertentang mata selepas kejadian di hadapan sekolah yang menyebabkan persahabatannya bersama Raiz Affan putus . Seyn memandang Ayden dingin , dia menghulur tangan namun diabaikan . " Auch . " katanya lalu dia menarik semula huluran tangan tersebut .

" What do you want from me , Seyn ? "

Seyn menjongketkan kening , " Zack and Ethan already told you . Am i right ? " tanyanya kembali . Setiap bait kata Encik Ethan kepadanya hari itu diingat semula . Satu-satunya tujuan mereka mencarinya adalah

" He needs you to be the next Benjamin's , Ayd . Selagi Ayd tak muncul depan dia dekat sana , selagi itu dia akan cuba untuk tarik Ayd . He's my dad dan dia tak akan putus asa macam itu sahaja . "

" Fine , I'll go . " Seyn tersenyum apabila mendengar persetujuan itu . Akhirnya setelah bertahun dia dihantar untuk membawa Ayden pulang sudahpun mengeluarkan hasil , lagi bagus kalau dia rancang sebegini sejak dahulu . Tidaklah dia dimarah dan dipukul oleh Jonas . Inipun dia sanggup mengupah seorang penaja majlis Naayla dengan sejumlah wang yang banyak .

Beberapa minit kemudian , Ayden Kaiser keluar dari rumah tersebut dan masuk ke dalam kereta , Naayla memandangnya bimbang . " Siapa lelaki tadi ? " tanya Naayla namun tiada respon daripada Ayden hinggalah mereka tiba di rumah . Kelihatan Mak Siti keluar membawa bagasi hitam manakala Pak Man berdiri di sebelah kereta menunggu Ayden .

" Take care , Naayla . " katanya lalu keluar daripada kereta menuju ke arah Pak Man . Naayla mengejar langkahnya , tangan lelaki itu ditarik . " Beritahu aku apa jadilah , Ayden ! " suaranya menengking lelaki itu buat kali pertama . Lelaki itu tersenyum tetapi dia tahu bahawa senyuman itu mempunyai makna tersiratnya tersendiri .

Rambut Naayla diusap untuk kali terakhir sebelum Ayden pergi , " Aku sayang kau . " kata Ayden lalu dia masuk ke dalam kereta dan beredar . Naayla rebah ke tanah disambut Mak Siti , air matanya menitis . Hatinya amat berat untuk biarkan Ayden pergi tanpa sebarang penjelasan .

AYDEN KAISER melangkah masuk ke rumah agam milik Seyn . Seyn menyambutnya dengan senyuman lebar .

" Are you ready , Ayd ? " tanya Seyn namun Ayden hanya mengabaikan pertanyaan itu . Seyn berdehem lalu mereka berdua melangkah ke jet peribadi miliknya untuk bergerak ke US .

Sepanjang perjalanan dia hanya memikirkan tentang situasi Naayla . Dia tidak pernah memberitahu asal usul keluarganya kerana dia takut Naayla akan menjauhkan diri memandangkan dia mempunyai pelbagai kisah silam yang pahit .

Sudah tiba masanya untuk dia bersemuka dengan lelaki bernama Jonas Benjamin .

Jika itu satu-satunya pilihan untuk mengelakkan Naayla daripada bahaya , dia sanggup kembali semula ke tempat sejarah hitamnya itu . Jika dia harus putuskan persahabatannya bersama Naayla Zahra sepetimana dia dan Raiz pernah lalui pun dia sanggup . Asalkan gadis itu selamat .

' I loved them more than anything in this world and they're dead because of me . '

' But this time , not Naayla Zahra . '

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now