029

12K 670 4
                                    

KERETA diparkir lalu Raiz Affan keluar dari kereta tersebut bersama beberapa orang pekerjanya . Seperti biasa , syarikat dia akan melawat pesakit-pesakit di Hospital Orked untuk memberi sedikit semangat setiap hujung minggu . Kotak-kotak yang berisi buku diangkat lalu dia melangkah masuk ke dalam hospital tersebut .

" Tuan Raiz , bunga-bunga ni nak bawa sekali ke ? " tanya salah seorang pekerjanya , Raiz menoleh lalu mengangguk . " Bawa semua yang ada dalam kereta , semua itu untuk diorang . " balasnya , pekerjanya akur mendengar arahan .

Kemudian , dia melangkah ke sebuah bilik hospital yang dihias dengan kerusi-kerusi yang kemas tersusun . Beberapa pesakit turut masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman . " Selamat pagi , Encik Raiz . " kata salah seorang wanita tua dalam lingkungan 50-an . " Selamat pagi , cantik ibu hari ini . " kata Raiz , wanita yang membahasakan dirinya ' ibu ' itu tersipu malu .

Raiz mengerling ke arah seorang gadis berhijab hitam yang sedang tertawa bersama beberapa orang kanak-kanak di bahagian belakang ruang itu . Itu merupakan kali pertama dia melihatnya sewaktu dia menziarahi pesakit di situ . Lamunannya tersentak apabila seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur 10 tahun memanggilnya sambil memeluk erat patung beruang .

" Abang Raiz nyanyilah lagu abang selalu nyanyi tu . Dhea suka sangat ! " Raiz mengusap rambut hitam kanak-kanak itu sambil tersenyum manis . " Haah betul tu , cepatlah Abang Raiz . " nyahut seorang lagi .

" Okay okay , dah duduk sana . Abang nak nyanyi ni . " kata Raiz membuatkan semua bersorak riang , masing-masing duduk di kerusi memandang lelaki itu di hadapan . Mereka amat suka setiap kali Raiz datang menziarahi , dia sangatlah sopan membuatkan dia disenangi ramai . Raiz membuka muzik dari telefonnya kemudian diletakkan di atas meja bersebelahan .

" Tentang malam kurasakan
Pedih rasa bak selamanya " Raiz mula bernyanyi , baru sahaja dia mahu menyambung lirik seterusnya suara perempuan memintas . Matanya mencari pemilik suara itu , rupa-rupanya gadis di belakang tadi yang menyanyi .

" Tentang fikir tak terkata
Tiap masa temu titiknya . " Semua mata menoleh ke arahnya .

" Ada kamu, selamat duniaku " Raiz menyambung lalu tersenyum halus apabila mata mereka bertentangan dari jauh . Dia tidak pernah kenal gadis itu tetapi hatinya seolah-olah dekat ?

" Erat tanganku temani mimpimu . "

" Tenang , ribut jiwa
Tiup awan minda
Dan bentangkan senja
Telantanglah tanya
Biar saksikan syurga
Walau masih di dunia . " Kali ini mereka berdua bernyanyi secara harmoni , suara mereka sebati dalam satu lagu indah tersebut .

" Langit tak selalu cerah, kadang tuk berserah " Gadis itu tersenyum halus saat Raiz menyanyi bahagiannya .

" Hujan tanda ada berita untuk kita semua. "

Pesakit-pesakit yang mendengar nyanyian mereka melambai tangan mengikut melodi . Beberapa wanita tua berbisik sesama mereka tentang betapa serasinya pasangan itu walaupun mereka tidak begitu mengenali gadis tersebut .

" Tentang siang bertopengkan
Rasa sedih dengan senyuman "

" Ada kamu, selamat duniaku . " Raiz memandang pesakit-pesakit yang berapa di situ . Dia suka meluangkan masa bersama mereka , baginya itu merupakan satu tanggungjawab untuk bersikap prihatin tentang keadaan mereka .

" Erat tanganku temani mimpimu . " Gadis itu mengusap lembut pipi Dhea yang duduk di ribanya .

" Tenang, ribut jiwa
Tiup awan minda
Dan bentangkan senja
Telantanglah tanya
Biar saksikan syurga
Walau masih di dunia "

" Tenang, ribut jiwa
Tiup awan minda
Dan bentangkan senja
Telantanglah tanya
Biar saksikan syurga
Walau masih di dunia "

" Langit tak selalu cerah, kadang tuk berserah . "

" Hujan tanda ada berita untuk kita semua " Dhea melompat suka apabila lagu itu habis , kemudian dia memeluk gadis itu erat lalu tersenyum memandang Raiz Affan dihadapan .

Dhea mendongak memandang wajah gadis tersebut . " Kak Meera dengan Abang Raiz ada apa-apa ke ? " tanya Dhea membuatkan gadis bernama Meera itu menggeleng laju dengan senyuman yang terukir dibibir .

Beberapa jam selepas meluangkan masa bersama mereka , Raiz Affan menghampiri rakannya , Doktor Nazri . Dia berpeluk tubuh sambil memegang secawan kopi panas . " Perempuan tadi tu pesakit baru ? " tanya Raiz ingin tahu . Kedengaran Doktor Nazri ketawa perlahan .

" Kenapa ? Kau angau dah ke ? " tanyanya spontan , Raiz menggeleng lalu menumbuk bahu lelaki itu perlahan . " Aku cuma nak tahu saja sebab tak pernah nampak pun . Sakit apa ? "

" Acute lymphoblastic leukemia . "

Raiz mengangguk , sungguh kasihan dengan gadis tersebut . Dari pandangannya , dia nampak masih muda atau sebayanya sahaja namun tiada siapa tahu setiap kisah individu berlainan . Ada yang akan sentiasa indah dan ada juga yang harus bertahan menghadapi realiti .

Gadis itu tiba-tiba berjalan melintasi mereka untuk masuk ke biliknya semula . Doktor Nazri mengalihkan pandangan kepada rakannya dengan senyuman manis .

" Dia Meera hidup sebatang kara saja , tua dua tahun daripada kau . " katanya sebelum beredar untuk melakukan tugas . Raiz tersengih , pada saat itu dia rasa ingin menjaga gadis bernama Meera tersebut .

Raiz menunduk menggenggam erat tangan isterinya yang terlantar di katil hospital . Air matanya menitis apabila mengimbau kembali saat pertama kali mereka bertemu pada hujung tahun lepas . " Awak kuat , Meera . " katanya memandang wajah pucat Meera , dia rindukan wajah cerianya terutamanya wajah semasa mereka menyambut hari kelahiran Meera pada hari itu .

Bingkai gambar perkahwinan mereka dicapai , " Saya perlukan awak . " katanya lagi . Dia mula menyesal pergi ke reunion semasa isterinya terlantar sakit namun Meera sendiri yang memaksanya pergi dan jangan hiraukan situasinya . Katanya , dia mahu Raiz berehat memandangkan lelaki itu banyak meluangkan masa menjaga dirinya di hospital hinggakan jika Meera mahukan sesuatu pasti ditunaikan .

Tidak mahu Raiz tertekan .

" Dulu saya suka tengok awak diam-diam sejak kita jumpa . Tak sangka , makin lama makin saya jatuh hati pada perempuan sekuat awak , Meera . Walaupun saya berkeras mahu jaga awak , awak tetap tolak . " kata Raiz , perlahan . Hatinya tiba-tiba terasa seakan-akan berat menanggung sesuatu . Pipinya diusap perlahan membuatkan mata lelaki itu bersinar memandang Meera .

" Raiz ... " panggilnya dengan suara lemah . Tangan Meera semakin digenggam erat manakala tangan kanan Raiz naik membelai kepalanya . Telinganya didekatkan pada mulut Meera memandangkan dia mahu berkata sesuatu .

" Terima kasih sudi jaga Meera . Terima kasih jadi suami Meera walaupun seketika . Percayalah , Meera satu-satunya perempuan yang beruntung dapat mengenali hati budi Raiz . " bisiknya sebelum mesin nadi berbunyi nyaring . Raiz mengangkat wajah memandang mesin itu , beberapa orang doktor masuk ke dalam bilik tersebut dengan cemas .

Tiada lagi Meera yang sentiasa disisi Raiz Affan dalam hidupnya .

Ceritanya bermula dengan satu cabaran , namun diakhiri dengan sebuah kebahagiaan .

Walau hanya seketika , kisah itu akan terus tersemat menjadi sebuah kisah cinta yang paling indah dan luar biasa .

-

🌙 Acute lymphoblastic leukemia (acute lymphocytic leukemia, ALL) is a malignant (clonal) disease of the bone marrow in which early lymphoid precursors proliferate and replace the normal hematopoietic cells of the marrow .

Acute lymphoblastic leukemia atau leukemia limfoblastik akut (LLA) adalah salah satu jenis kanser darah . Penyakit ini terjadi ketika sel darah putih yang belum matang (limfoblas) membiak secara cepat dan agresif .

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now