018

12.4K 738 5
                                    

SINARAN CAHAYA dari kamera-kamera dihadapannya membuatkan matanya agak sakit . Walaupun sudah biasa dengan situasi sebegitu , rasa janggal masih ada dalam dirinya . Namun , langkah harus diteruskan jua . Bagasi hitam ditarik menuju ke arah sebuah kereta di luar lapangan terbang tersebut .

" Beri laluan . Terima kasih . " langkahnya dibantu oleh pengawal-pengawal yang menjaganya daripada dirempuh wartawan-wartawan dari pelbagai media yang mengepungnya itu .

Sampai sahaja di luar , seorang lelaki berdiri dengan jambangan bunga di tangan bersebelahan kereta mewah berwarna hitam . Terus terukir senyuman manis di bibir gadis itu . Rambut diusap lembut seperti biasa setiap kali mereka bertemu .

" Welcome back , Naayla Zahra . "

" Thank you Ayden . "

Huluran Ayden Kaiser disambut . Kini persahabatan tersebut sudah wujud selama enam tahun sejak mereka berumur 17 tahun . Kata lain , masing-masing kini sudah dalam lingkungan umur 20-an . Sekejap sahaja masa berlalu , tahu-tahu mereka sudah menjadi kawan dalam tempoh yang agak lama .

Ayden memandang wartawan-wartawan yang berkerumun di dalam lapangan terbang itu . " Semua tak sabar tunggu Cik Naayla , pianist terkenal ni balik Malaysia . " Naayla ketawa sambil menolak bahu Ayden perlahan .

" Kau tu pun nasib pakai mask tau , kalau tak sekali kau kena kepung macamtu . " kali ini Ayden Kaiser pula yang ketawa mendengar ayat tersebut . Bukan apa , pernah beberapa kali peminat Naayla Zahra kecewa kerana mendengar gosip bahawa dia dan Naayla merupakan pasangan bercinta . Siap ada yang kata mereka tidak sepadan kerana personaliti berbeza , mana taknya yang perempuan peramah manakala yang lelaki dingin memanjang . Penat sudah memberi pernyataan yang mereka cuma teman rapat sahaja . Tak akanlah perlu ulang selalu .

Cuma .

Teman .

Rapat .

" Cepatlah bukakan pintu kereta ni , kan kau dah lama tak jumpa aku . Tak rindu nak layan aku macam princess ke ? " tanya Naayla selamba dibalas dengan jelingan Ayden . Sudah tentu lelaki itu terus berjalan laju masuk ke kereta bahagian pemandu selepas memasukkan bagasi Naayla ke dalam kereta . Memang tidaklah dia mahu melayan karenah gadis itu . Ingat ini cerita cinta lelaki gentleman dengan perempuan dari istana ke ?

Naayla mencebik namun Ayden membuat muka tidak bersalah dan sudahpun tunggu di dalam kereta . Dengan itu , terpaksalah Naayla melayan diri sendiri membuka pintu kereta . Baru nak feeling princess !

Masuk sahaja di dalam kereta , Ayden membuka mask yang dipakai lalu pandangannya dialihkan ke tempat duduk penumpang di belakang . " Itu untuk kau . " kata Ayden tanpa riak , Naayla tersenyum lebar memandang jambangan bunga yang cantik itu . " Are you trying to flirt me or what ? "

" Pfft , sudah-sudahlah berangan . " kata Ayden lalu bergerak meninggalkan kawasan tersebut . Sepanjang perjalanan , dia cuma mendengar cerita daripada Naayla . Gadis itu pasti akan bercerita berkenaan persembahannya jika dia baru pulang ke tanah air . Nak atau tidak , tadah sahajalah telinga mendengar walaupun tidak memberi respon apa-apa .

" Conclusion dia , semua berjalan dengan lancar . "

" Okay . "

Kali ini , Naayla memandangnya geram . Panjang dia bercerita itu sahaja lelaki itu balas ?! Okay ? Cubalah respon dengan pertanyaan takpun teruja sekali .

" Seriously , Ayden ? Okay ? " tanya gadis itu namun Ayden sekadar menjongketkan kedua-dua bahu . Apa salahnya jika dia memberi balasan ' okay ' lagi baik daripada diam tanpa respons , marah pula gadis itu nanti .

Disebabkan berjauh hati dengan kawannya itu , Naayla membuat keputusan untuk berdiam diri sepanjang perjalanan . Sudahlah Ayden tidak suka membuka radio , mereputlah gadis itu dengan muka masa mencuka di sebelah .

" Kau nak makan dulu ke sebelum aku hantar balik ? " tanya Ayden dibalas dengan gelengan . " Aku nak balik terus , nak rehat . Aku balik rumah parents aku tau . " pesan Naayla .

Ayden akur .

Terpaksalah dia memandu jauh sedikit . Sepatutnya perjalanannya sekejap sahaja memandangkan dia dan Naayla membuat keputusan untuk tinggal di kawasan perumahan yang sama tetapi kali ini gadis itu ingin pulang ke rumah keluarganya pula .

Mereka tiba di rumah keluarga Naayla setelah hampir 1 jam memandu kerana kesesakan lalu lintas yang agak teruk . " Thank you . " kata Naayla lalu masuk ke rumahnya . Baru sahaja Ayden mahu memecut pergi , telefonnya berbunyi menandakan satu mesej masuk .

- Papa ada dekat rumah .
- Where are you ?

Baca sahaja pesanan ringkas daripada papanya itu Ayden terus menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu dia meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah . Selalu papanya , Encik Ethan akan tinggal di rumah lama mereka yang berdekatan syarikat supaya tidak perlu menghadap kesesakan lalu lintas di awal pagi .

Sampai sahaja di kawasan perumahan , kelihatan Encik Ethan duduk bersilang kaki di luar rumah sambil meniup asap rokoknya ke udara dengan surat khabar di tangan . Ayden Kaiser memandang pula seorang lelaki yang duduk di hadapan papanya itu .

Zach .

Satu-satunya orang datuknya yang boleh dipercayai . Lelaki itulah yang mengajarnya seni mempertahankan diri dan menembak . Nampak sahaja Ayden dari jauh , Zach terus menuju ke arahnya lalu merangkul lehernya . Rambut Ayden diserabutkan , namun Ayden tidak memarahinya .

" I'm not a kid anymore , Zach . "

" Yes you are , kiddo . "

Serentak itu , Ayden ditarik mendekati papanya . Encik Ethan tersenyum melihat kemesraan antara Zach dan anaknya itu . Sejak kecil , apa-apa sahaja pasti Ayden akan mencari lelaki itu . Bagi Ayden , Zach itu seperti keluarganya sendiri walaupun pada awalnya lelaki itu cuma seorang anak buah Jonas .

" So how's life , MMA fighter . I'm very proud of you every time i saw your face on television , Ayd . " kata Zach , setiap kali muncul wajah Ayden di kaca TV pasti dia akan menontonnya hingga lewat malam untuk melihat lelaki itu berlawan . Nama lelaki itu juga telahpun terkenal di mana-mana sahaja .

" Just fine . " balasnya sepatah , Encik Ethan memandang anaknya itu . " Actually , Zach has something to tell you . " katanya . Wajah Zach terus berubah serius lalu dia mengeluh sebelum mengalihkan pandangan pada Ayden Kaiser . Satu sampul surat diserahkan padanya .

Lihat sahaja ke dalam isi kandungannya , kelihatan beberapa keping gambar seorang gadis yang dikenali Ayden menghias pandangannya . Keningnya dijongketkan hairan , " Someone is watching her everywhere she go . " dengar sahaja setiap bait ayat itu membuatkan amarah Ayden meningkat . Sudah terang lagi bersuluh bahawa ini merupakan kerja datuknya itu . Tidak cukup dengan mengganggu hidupnya , kali ini lelaki tua itu mengganggu rakannya pula .

Terkejut dia melihat gerak-geri Naayla Zahra ketika mengadakan persembahan di Jakarta diperhatikan oleh seseorang . " Apa yang dia nak dari Ayd , pa ? Tak cukup dia bunuh mama dulu ? " tanya Ayden , Encik Ethan memegang bahu anaknya itu .

" He needs you to be the next Benjamin's , Ayd . Selagi Ayd tak muncul depan dia dekat sana , selagi itu dia akan cuba untuk tarik Ayd . He's my dad dan dia tak akan putus asa macam itu sahaja . " Ayden menunduk memandang tangannya yang digenggam geram . Dia tidak minat dengan Benjamin's semua itu sejak dahulu lagi walaupun itulah darah yang mengalir di tubuhnya tetapi dia jijik dengan kerja sebegitu .

" Ayd kena jumpa Jonas , selesaikan semua ini untuk arwah mama . " sambung Encik Ethan lagi . Dia tahu jauh di sudut hati anaknya itu pasti mempunyai rasa teringin untuk menyedarkan datuknya dari kerja-kerja kotor tersebut . Kerana Jonas lah isterinya ibu kepada Ayden Kaiser meninggal dunia dengan kejam .

" One day , everything will be over . "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now