038

11.3K 622 12
                                    

TANGAN dilambaikan pada Adrea , anak tunggal Dato' Daud berumur 11 tahun yang sedang berdiri di sebelah bapanya . Walaupun dia baru melatihnya bermain piano selama dua bulan , hubungan mereka sangat erat . Pada awalnya Naayla menolak tawaran itu namun disebabkan Adrea merupakan peminatnya sejak dia mula berjinak dalam kerjaya itu , dia terus setuju .

Baru sahaja Naayla ingin keluar daripada rumah tersebut , Dato' Daud memanggil namanya dan menghampiri dia yang berdiri di pintu masuk .

" Naayla nak saya hantar balik ke ? Dah jam 10 malam ni , bahaya kalau Naayla balik seorang diri . Kereta tak apalah tinggal sini . " tawaran itu dibalas dengan gelengan , " Tak apa , saya dah biasa balik seorang diri lagipun saya ada kerja sikit esok . Terima kasih . " kata Naayla lalu dia keluar daripada rumah itu . Dia berjalan menjauhi rumah Dato' Daud lalu dia menghampiri kereta Mini Cooper merahnya .

Naayla memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah , mulut bernyanyi riang sambil jarinya diketuk pada stereng kereta untuk mengelakkan rasa gerun melalui jalan yang agak gelap memandangkan rumah Dato' Daud sedikit jauh dengan kawasan awam . Mungkin perlukan privasi .

Keluar dari kawasan perumahan itu , keretanya bergerak perlahan secara tiba-tiba .

" Aduh ... Problem lah ni ! " rungutnya lalu menghentikan kereta di tepi jalan , nasiblah dia sudah tiba di kawasan awam . Kalau tidak , luangkan masa dengan hantu-hantu lah jawabnya dekat jalan sunyi tadi . Kepala diurut perlahan lalu dia kelusr daripada kereta mengharap seseorang datang membantu .

Dua orang lelaki menghampirinya yang sedang buntu berfikir mahu buat apa dengan keretanya itu . Bahu Naayla disentuh perlahan dari belakang , apabila dia menoleh dua lelaki itu tersenyum lebar .

Seorang mempunyai jambang halus manakala seorang lelaki berambut keriting berwarna perang .

" Rosak ke , sayang ? " tanya salah seorang daripada mereka , Naayla menjauhkan diri sedikit disebabkan bau alkohol yang agak kuat pada tubuh lelaki itu . Dia baru mahu masuk semula ke dalam kereta namun tangannya direntap oleh seorang lelaki lagi .

" Alaaa nak kemana ? Jomlah lepak dengan kitorang dekat kelab sana . " katanya sambil menunding jari ke arah sebuah kelab malam kecil di hujung jalan . Naayla terus menggeleng , " Saya ada hal . " katanya , sekali lagi dia cuba masuk ke dalam kereta .

Lelaki berjambang halus menahan pintu kereta , " Kitorang jarang jumpa perempuan cantik macam awak tau , sayang . Dahlah cantik , jual mahal pula tu . Geram ! " Naayla mula terketar-ketar , seram betullah mamat dua orang ni ! Tiba-tiba tangannya ditarik oleh lelaki berambut keriting pula , " Jangan degil , sayang . "

" Lepaslah ! "

" Shhh ... "

Naayla memandang sekeliling namun hampa dia baru perasan bahawa di situ penuh dengan lelaki-lelaki yang melanggan wanita dan kebanyakannya mabuk .

Entah dari mana dia mendapat keberanian , kakinya menendang lelaki itu . Terus lelaki itu merengus kasar apabila kasut Converse Naayla terkena tepat pada betisnya . Apabila lelaki biadab tersebut rebah ke tanah , Naayla melarikan diri ke lorong sunyi dan gelap . Kalau dia patah balik ke kereta , kemungkinan besar dua manusia itu datang memecahkan tingkap untuk membalas dendam . Bahaya !

Walaupun dia agak takut dengan gelap , dia tetap gagahkan diri menyorok disebalik timbunan kotak besar di tepi bangunan . Mata ditutup rapat sambil menekup mulut apabila mendengar bunyi tapak kaki yang semakin hampir .

" Ah ! B*dohlah perempuan tu ! "

" Aku rasa dia lari sana , Mat . "

Bunyi tapak kaki semakin menjauh , gadis itu masih takut untuk keluar daripada tempat persembunyiannya . Tangan meraba poket seluar lalu dia mengeluarkan telefon untuk mendail seseorang .

Apabila dia melihat gambar dia dan Ayden semasa di Canada dulu dijadikan sebagai wallpaper telefonnya , dia terus mendail nombor lelaki itu .

Tut .

Tut .

Tut .

Tiada balasan . Serentak itu , dia seolah-olah berbalik pada realiti . " Kau dah lama tak contact Ayden lah , Naayla ! " katanya perlahan , memarahi diri sendiri . Selalunya jika dia dalam masalah lelaki itulah yang datang menyelamat namun tidak lagi sejak dua bulan lalu .

Ayden Kaiser terus hilang .

Kedengaran tapak kaki tadi berpatah balik ke arahnya , terus dia menekan nombor seseorang berharap panggilan itu dijawab .

" Hello Raiz ? "

" Ya , Naayla ? Kau kenapa ni ? "

Suara sedikit terketar-ketar disebabkan jantungnya yang tidak berhenti berdegup kencang . " Tolong aku , Raiz- "

" Keluar ! Kalau aku jumpa kau , aku pukul sampai lunyai ! " ayatnya dipintas oleh jeritan lelaki tadi . Air mata Naayla bertakung pada tubir mata .

" Kau share location , aku datang sana . Jangan keluar selagi aku tak ada depan kau , faham ? " Naayla menggenggam telefon erat , apabila panggilan dimatikan dia terus menghantar lokasinya pada Raiz . Kemudian , Naayla memeluk lututnya menunggu Raiz datang menyelamat .

Beberapa minit kemudian , seorang lelaki mengangkat timbunan kotak tersebut lalu melutut dihadapannya . Wajah Naayla diangkat menggunakan jari telunjuk untuk dia menatapnya . " Raiz.... " panggil Naayla sambil menangis teresak-esak .

" Aku ada dengan kau sekarang , Naayla . Shhh , jangan menangis lagi . " Naayla menyeka air mata lalu dia bangun dengan bantuan Raiz . " Mana diorang ? " tanya Naayla masih takut . Bahu diangkat tanda tidak tahu . " Aku datang sini , diorang dah tak ada . "

" Woi ! "

Dengar sahaja jeritan seseorang , Naayla Zahra dan Raiz Affan terus menoleh ke belakang . Dua lelaki tadi muncul sekali lagi dan berlari ke arah mereka . Sekali gus pergelangan tangan Naayla yang berlapik lengan panjang ditarik oleh Raiz . Mereka berdua melarikan diri masuk ke dalam kereta milik lelaki itu . Apabila kereta itu memecut laju , Naayla melepaskan nafas lega .

" Kau okay tak ? " tanya Raiz , risau . Naayla mengangguk perlahan tanda dia baik-baik sahaja . " Thank you , Raiz . Aku betul-betul takut tadi . Kalau tak ada kau , agaknya aku dah kena pukul sampai mati . " balasnya , Raiz terus menghulurkan sebotol mineral ke arah gadis itu .

Naayla mengambil huluran tersebut lalu meneguk air mineral , dia mengerling ke arah Raiz di sebelah . " Kereta aku- "

" Tak apa , esok aku suruh kawan aku ambil . Kau bagi je kunci lagipun bahaya kalau kau pergi sana balik . " kunci yang dimasukkan ke dalam poket dikeluarkan untuk diletak ke atas huluran tangannya .

" Lain kali kalau kau balik lewat , call aku . Biar aku hantar dan ambil . " pesan Raiz dengan suara bimbang . " Tak apalah , aku dah biasalah balik seorang diri cuma tadi malang sikit . "

" Dah biasa ? Kau nak terbiasa kena sembunyi macam tadi ke ? " sindir Raiz geram . Nak tolong banyak pula alasan diberi padahal keselamatannya lagi penting . Namun , Naayla masih keras kepala . " Aku tak nak menyusahkan kau , Raiz . Aku pandai jaga diri sendiri . "

Kereta diperlahankan , matanya memandang Naayla serius .

" Kau tak menyusahkan aku langsung . "

" Sikit pun tidak . "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now