014

13.6K 789 1
                                    

SUDAH menjadi kebiasaan gadis berusia 7 tahun itu menunggu rakannya di taman bunga dimana tempat mereka berdua pertama kali bertemu . Walaupun baru sebulan mereka berkenalan , dia sangatlah selesa dan suka berkawan dengannya .

" Hi cantik ! " dengar sahaja suara yang tidak beberapa fasih berbahasa Melayu itu membuatkan gadis bernama Naayla Zahra itu menoleh dengan senyuman lebar yang terukir di bibir . " Lambatnya Aryan sampai harini , Rara tunggu tau . "

Aryan Haider tersenyum halus .

" Aryan pergi beli ni untuk Rara . " katanya lalu dia menghulurkan gelang yang mempunyai bentuk bunga kepada kanak-kanak yang tua dua tahun darinya itu . Aryan terus memakaikan gelang tersebut pada pergelangan tangan Naayla . " Wah ! cantiknya . "

" Cantik macam Rara . " katanya lalu dia menoleh ke arah seorang pemuda yang menunggunya di tepi kereta . " Uncle Zach ! Can you take a picture of us ? " pemuda bernama Zach yang lengkap bersuit hitam itu tersenyum manis lalu mengambil gambar mereka berdua .

Aryan Haider merangkul leher Naayla Zahra .

" Smile ! "

" Naayla , are you okay ? "

" Naayla ! " lamunan Naayla Zahra terhenti apabila Ayden Kaiser memanggilnya . Dia terus memandang tepat mata lelaki itu . " Kau kawan dengan dia 10 tahun lepas ? " tanya Ayden sekali lagi memandangkan Naayla tidak mendengar pertanyaannya tadi .

" Ya , gambar tu kali terakhir aku jumpa dia . " katanya lalu dia duduk kembali bersama Ayden .

Ayden meraup wajahnya kemudian dia mengeluh , dia memandang wajah arwah adiknya itu . " But Naayla he died nine years ago . I'm so sorry . " serentak itu Naayla memandang Ayden dengan riak tidak percaya bahawa lelaki itu sudahpun meninggal . " How ? "

Lelaki itu sudah buntu mencari jawapan untuk memberitahu Naayla . Tak akanlah dia perlu beritahu bahawa dia yang menembak lelaki itu ? Gadis di hadapannya itu pasti akan takut dengan Ayden selepas dapat tahu .

" Ayden . "

" Aku hantar kau luar sekolah eh ? Nanti bapa kau tunggu sana . " kata Ayden , dia terus mendail nombor pemandunya manakala Naayla masih mendiamkan diri , mungkin Ayden tidak mahu ingat tentang kematian adiknya itu dan belum bersedia .

RAIZ AFFAN berjalan keluar ke pagar sekolah , hari ini dia pulang agak lewat memandangkan kelasnya yang paling lambat tamat kelas tambahan setiap hari . Kelihatan Naayla Zahra beredar menaiki kereta bapanya kemudian pandangannya beralih ke arah Ayden Kaiser yang disapa seseorang berkaca mata hitam .

Lelaki itu mendakap tubuh Ayden Kaiser seolah-olah mereka berdua mesra namun wajah Ayden terus berubah riak . Lelaki di hadapannya itu membuka cermin mata sambil mengukirkan senyuman . Apabila Raiz memandandang mata lelaki tersebut , satu peristiwa lama yang membuatkan dia trauma hingga kini mula berlayar di minda .

Wajah ibunya yang berlumuran darah dipandang kemudian dia memandang tubuh kaku milik bapanya pula . Tangannya diraih lemah , " Iz sayang , ibu minta maaf sangat-sangat . Ibu sayang Raiz . " ayat terakhir ibunya itu membuatkan dia menangis teresak-esak walaupun penglihatannya sedikit kabur akibat hentakan yang agak kuat .

Dia memandang pantulan seorang lelaki bersuit hitam bermata hazel dari cermin kereta . Satu senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu sebelum kesemua orang-orangnya beredar meninggalkan sebuah keluarga di situ .

Raiz memandang dengan penuh dendam lelaki yang berbual bersama Ayden Kaiser di kawasan agak jauh dari sekolah itu . Apabila lelaki itu beredar , Raiz terus memecutkan motorsikalnya ke arah Ayden .

" Kau dah habis class ? "

Pertanyaan Ayden diabaikan malah dia turun dari motorsikalnya lalu mencengkam kolar baju lelaki itu dan ditolak ke dinding . Seorang lelaki yang agak tua baru sahaja mahu menghalangnya namun Ayden Kaiser menghalang .

" Kau siapa sebenarnya , Ayden ? " semakin kuat cengkamannya membuatkan Ayden hampir tercekik . Mata Raiz amat berbeza dari sebelum ini , jika sebelum ini dia seolah-olah seorang yang tenang tetapi kali ini mata itu penuh dengan api amarah dan dendam yang sudah lama disimpan .

" Apa hubungan kau dengan pembunuh tu setan ?! " suara Raiz naik satu oktaf serentak dengan satu penumbuk tepat terkena di pipi rakannya itu . Ayden rebah ke tanah , dia menyeka darah yang mengalir dari bibirnya dengan senyuman sinis .

Raiz menghampirinya , berkali-kali penumbuk dilepaskan kepada Ayden membuatkan lelaki itu sudah hilang sabar . Ayden menolak tubuh Raiz menjauhinya , kemudian dia mengambil kayu berdekatannya . Tidak tahu mengapa , dirinya seperti dikawal dengan perasaannya sendiri .

Baru sahaja Ayden mengangkat kayu tinggi sebelum memukul lelaki yang terbaring di tanah itu , Raiz menengkingnya membuatkan tindakan luar kawalannya itu terhenti .

" Bunuh aku macammana korang bunuh mak bapa aku ! "

Kayu yang dipegang terus terjatuh ke tanah , selangkah demi selangkah dia berundur hinggalah dia bersandar di dinding . " Di-dia orang atok aku . " dengar sahaja jawapan Ayden , Raiz terus berbaring di tanah dengan tangan diletakkan di atas dahinya .

" Aku tak sangka orang yang selama aku cari itu engkau , Ayden . "

Ayden cuba mendekati Raiz , " Aku tak tahu apa-apa la Raiz . " namun Raiz terus berdiri lalu dia naik ke motorsikalnya dan menyarungkan topi keledar . " Kalau dah ada kaitan dengan atok kau , kau pun terbabit sekali la . " dengan itu , Raiz Affan terus beredar .

" F*ck off ! "

KAISER : The Hidden KingDär berättelser lever. Upptäck nu