033

11K 635 6
                                    

PERHATIAN diberikan kepada skrin telefon sementara menunggu rakan-rakannya tiba . Naayla memandang setiap mesej daripada Ayden Kaiser , sepatutnya hari ini mereka akan meluangkan masa bersama Farid dan Aliya bersama namun tiba-tiba sahaja kata lelaki itu jadualnya padat .

Sudahlah dua minggu mereka tidak bertemu disebabkan Naayla menetap di rumah ibu bapanya seketika , hari ini lelaki itu pula yang sibuk .

" Ehem ! "

Naayla mengangkat wajah memandang manusia yang berdehem itu , kelihatan Raiz Affan berdiri sambil memasukkan kedua tangannya ke dalam poket sambil memandang Naayla kekok . Kemudian , dia mengambil tempat di hadapannya .

" Raiz buat apa dekat sini ? " tanya Naayla hairan , tak akanlah Farid dan Aliya mahu mengenakannya pula ? Tapi bukan boleh percaya sangat pun pasangan suami isteri itu . Kononnya nak keluar dengan dia dan Ayden sahaja , ini Raiz sekali pula ?

Raiz mengangkat kening kirinya , " Bukan ke Farid suruh datang sini ? Diorang tak sampai lagi ? " tanya Raiz disambut dengan gelengan .

" Ayden ? "

" Dia busy sikit hari ini . " balas Naayla lalu dia mengerling ke arah skrin telefonnya untuk menghantar mesej pada Aliya agar segera tiba . Raiz berpeluk tubuh sambil memadang ke luar tingkap .

Sedar dengan situasi kekok itu , Raiz menoleh kearahnya kembali cuba membuka topik perbualan . " Ayden dengan Naayla memang rapat dari habis sekolah dulu ke ? " Naayla mengangguk , " Ya , habis saja sekolah Naayla dengan dia asyik keluar sama-sama . Bila dah habis belajar , makin selalulah kitorang jumpa . " ceritanya .

" Raiz memang selalu ke pergi melawat pesakit dekat hospital ? " tanya Naayla pula . Raiz menghirup kopi panasnya sebelum membalas , " Selalu jugalah and that's how I met my wife . " dia tersenyum halus . Rindu betul dengan Meera .

" I see . Mesti wife Raiz baik orangnya , sesuai dengan Raiz . " kemudian , dia berdehem seketika manakala Raiz sekadar tersenyum . Sekali lagi mereka membuat hal masing-masing sambil menunggu kehadiran pengantin baru itu .

Tiba-tiba bahu Naayla dicuit perlahan oleh seseorang . Apabila dia menoleh , tibalah Aliya yang baru sampai bersama Farid . Suaminya sudahpun duduk di sebelah Raiz setelah bersalaman . " Sorry , Aliya ni bersiap lama sangat . " adu Farid , serentak itu pehanya dicubit . Naayla menahan tawa melihat karenah mereka berdua , gaduh macam zaman sekolah dahulu pun ada . Tiada apa yang berubah .

Selesai sahaja membuat pesanan , Farid menepuk bahu Raiz . " Aku nampak basketball court dekat-dekat sini tadi . Pergi sana jom lepas makan . " kata Farid teruja . Raiz terus menunjuk cuaca di luar , " Panas terik macam ini kau ajak aku main basketball ? " Farid menjelingnya .

" Sejak bila manja macam ini , dulu time hujan pun kau okay saja main . " Raiz berdecit melihat senyuman sinis Farid . Tak boleh nak tolak lah tu !

Semasa dua lelaki tersebut berbual , Aliya memandang Naayla sambil mulut dimuncungkan . " Aku nak pergi honeymoon dekat luar negara tapi Farid cakap dia nak dalam Malaysia je . " adu Aliya berbisik . Perkara sebegitu dia perlulah mengadu pada rakan rapatnya itu , manalah tahu Naayla boleh memujuk Farid . Bolehlah dia merasa bercuti negara orang .

" Malaysia pun okay . " dengar sahaja balasan itu , dia terus mengecilkan mata memandang geram . " Aku teringin nak pergi luar negara , lainlah kau yang selalu buat persembahan dekat Jakarta lah apa . Lepastu , kalau kau kahwin dengan Ayden mesti korang pergi honeymoon jauh-jauh . Ya Allah bestnya . " Aliya membebel meluahkan apa yang dipendam .

" Apa kau cakap ? "

Aliya memandangnya hairan , " Aku teringin nak pergi luar negara ? " Naayla menggeleng lalu meletakkan pisau untuk memotong chicken chop di atas pinggan setelah selesai makan , Aliya berpura-pura berfikir sedangkan dia tahu apa maksud gadis itu , dia tersenyum mengusik .

" Kau . Kahwin . Dengan . Ayden . " katanya satu persatu dengan kuat , cukup membuatkan Farid dan Raiz memandang mereka berdua . " Naayla nak kahwin dah ? " tanya Farid terkejut , tiba-tiba sahaja dia umum perkahwinan dekat sini sudah kenapa ?

Naayla menepuk dahinya lalu dia menggeleng laju , " Tak , ini ha isteri kau ni merepek apa tak tahu . " nafi Naayla , Raiz sekadar memerhati perbualan tersebut manakala Farid turut tersenyum mengusik seperti isterinya itu . " Kalau nak kahwin , beritahu . " sambungnya . Naayla menjeling kedua-dua manusia itu , dia terus membuat muka . " Patutlah korang kahwin , dua-dua satu kepala . " rungutnya perlahan disambut tawa mereka , bukan setakat itu malah siap high-five lagi .

Beberapa minit kemudian , mereka berempat keluar dari kedai makan tersebut , " Kita jalan sajalah pergi sana , dekat je pun . " kata Farid lalu memimpin tangan Aliya melangkah ke gelanggang bola keranjang yang ditemuinya itu meninggalkan Raiz Affan dan Naayla Zahra di belakang .

Mereka berdua berjalan beriringan mengikut langkah pasangan suami isteri tersebut tanpa sepatah kata . Sampai sahaja ke tempat tersebut , Naayla dipanggil untuk duduk di sebelah Aliya manakala Raiz dan Farid bersedia di tengah gelanggang sambil memegang bola yang ditemui di situ .

" Cincin tu Ayden bagi kan ? " tegur Aliya , Naayla tersentak lalu dia menyembunyikan tangannya . " Kalau dia betul-betul serius dengan kau apa salahnya . " kata Aliya lagi .

" Tapi aku kena tanya diri sendiri juga . " balas Naayla . Aliya memadangnya lalu memegang kedua bahu gadis itu . " Apa yang kau rasa bila jumpa dengan dia ? " tanya Aliya lagak seorang doktor cinta .

Naayla mengeluh , " Aku rasa selamat , lepastu kadang-kadang jantung aku laju sangat-sangat . " kata Naayla , Aliya tersenyum manis mendengar balasan itu . " Kau ini buta ke Naayla ? Kau dah jatuh cinta dengan dia lah . "

Jatuh cinta ?

Dengan Ayden Kaiser ?

" Naayla ! " jeritan Raiz membuatkan Naayla tersentak sekali gus bola keranjang itu mendarat terkena dahinya . Raiz Affan berlari menghampiri Naayla diikuti Farid , punca bola itu terbang jauh ke gadis itu . Nak sangat tunjuk skill barunya .

Naayla menggosok dahinya yang agak sakit , rasa ini seperti tidak asing dalam hidupnya .

Seorang gadis yang terlambat menyaksikan perlawanan itu dari awal berlari ke tepi gelanggang sebelum bola tersebut tepat terkena kepalanya . Semua pemain yang berada di dalam gelanggang tersentak apabila gadis itu menjerit kesakitan .

" Naayla ! "

Gadis bernama Naayla tersebut menggosok perlahan dahinya yang lebam , menyesal dia berjalan lambat semata-mata untuk melihat salah seorang pemain bola keranjang Emerald High School itu . Apabila dia melihat seorang lelaki tinggi menghampirinya , dengan pantas dia berlari untuk duduk di kalangan pelajar lain . Malu !

" Cepat , Aliya ! Raiz datang . "

Oh ya ! Kejadian memalukan 6 tahun yang lepas berulang kembali . Raiz membongkokkan badan memandang dahi yang ditutup , agak-agak benjol ke ?

" Aku tak sangka bola tu sampai kau , Naayla . " kata Farid , dia dipandang tajam oleh Aliya . " Dulu Farid juga punca Naayla kena bola . Memang tak puas hati ke ? " tanya Aliya , dingin . Farid menjelirkan lidah , " Bukan kena sayang pun kan . " balasnya .

" Dah lah , Naayla sakit korang bertengkar pula . " marah Raiz , matanya masih memandang Naayla yang mengadu kesakitan itu . Bahu Naayla disentuh Aliya , " Kau nak balik ? Kita boleh spend time lain kali je . " katanya risau dengan keadaan gadis itu .

Beg tangan Naayla diambil oleh Raiz , " Aku hantar kau balik . " katanya . Naayla menggeleng , dia cuba mengambil beg tangan itu semula namun dihalang oleh Raiz . " Aku boleh call grab . " katanya namun Raiz masih menghalang .

" Aku hantar kau . "

KAISER : The Hidden KingNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ