002

21.5K 1.1K 4
                                    

HARI INI, Naayla Zahra akan mencari dompetnya yang tercicir itu. Sepanjang hari dia tidak boleh hidup dengan tenang, jika cikgu yang menjumpainya pasti dia akan dimarahi kerana menjadi punca gambar itu hilang selama ini. Memandangkan subjek Sejarah bukanlah subjek yang diminatinya, Naayla mengambil keputusan untuk ponteng kelas tersebut. Walaupun dia tahu waktu sekaranglah guru disiplin sedang memeriksa setiap kawasan sekolah namun baginya isi dompet itu teramatlah penting.

Sejak semalam dia cuba mengingati di mana dia mencicirkan dompet itu dan dia teringat peristiwa di mana Aliya menarik tangannya untuk lari daripada Raiz Affan. Jadi, kesimpulannya ialah semua ini merupakan salah Aliya. 

Naayla berjalan menuju ke bilik khas atlet sekolah sendirian memandangkan Aliya mengambil keputusan untuk belajar demi percubaan SPM akan datang. Dia harap dompet itu masih di situ dan isi kandungannya dalam keadaan selamat. Tiba sahaja di hadapan bilik tersebut, kawasan itu kelihatan bersih dan kosong. Mata gadis itu meliar mencari, kemudian dia mendapat idea untuk ke kawasan larangan di mana dia, Aliya dan Farid bertemu semalam. 

Sampai sahaja di tempat itu, gadis itu disapa oleh suara garau seorang lelaki maka Naayla menoleh ke belakang perlahan. " Kamu buat apa dekat kawasan larangan?! ", jantungnya berdegup laju memandangkan empunya suara itu ialah guru disiplin. Naayla terus berlari namun guru disiplin tersebut masih mengikutnya , satu stor sukan lama menarik perhatian. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk bersembunyi di dalam stor tersebut sehingga guru disiplin Emerald High School yang digerun orang ramai itu beredar.

RAIZ AFFAN yang niatnya untuk membantu guru mengambil barang di pejabat terlihat seorang gadis yang berlegar di kawasan larangan, langkahnya diaturkan mengikut jejak gadis itu lalu matanya memandang kelibat guru disiplin yang menghampiri kawasan tersebut. Belum sempat, dia memberi amaran kepada manusia di hadapannya itu guru disiplin sudahpun menyapa. Saat gadis itu melarikan diri, Raiz Affan ketawa halus.

" Kau memang suka buat masalah ke Naayla? " katanya sendirian. Apabila guru disiplin menoleh ke arahnya kali ini dia pula yang melarikan diri. Sampai sahaja di sebuah lorong, lelaki itu masuk ke sebuah bilik gelap. 

" Maafkan saya , cikgu! " jerit seorang gadis menyebabkan Raiz Affan terkejut, dia terus menutup pintu stor itu sedikit sebelum menoleh ke arahnya. Wajah gadis yang amat dia kenali memandangnya terkejut. 

" Raiz? "

" Naayla? "

Mereka senyap seketika saat bunyi tapak kaki kedengaran dari luar. Tiba-tiba pintu stor itu dikuak menyebabkan tubuh Raiz Affan mendekati Naayla Zahra, gadis itu dapat rasakan hembusan nafasnya pada dahi. Raiz menunduk memandang Naayla yang lebih rendah itu, suasana antara mereka berdua mula janggal. Bunyi pintu ditutup kuat mematikan suasana itu.

Naayla cuba membuka pintu tersebut namun gagal, walaupun dicuba berkali-kali masih sia-sia hinggalah Raiz Affan bersuara. " Pintu tu dah lama rosak, sepatutnya tak boleh tutup rapat. Itu sebab aku tak tutup sampai habis awal tadi. " katanya, Naayla mula cemas. " Macammana kita nak keluar? ", dia meraup wajahnya. Mereka berdua boleh pengsan kerana stor itu gelap, sempit dan panas.

" Ini semua salah Aliya, kalau dia tak tarik aku haritu semua ini tak akan jadi. " sambungnya perlahan, " Kenapa kau masuk sini? " tanya Naayla lalu Raiz memandangnya. Raiz sudah mati akal untuk menjawab pertanyaan itu, tak akanlah dia mahu beritahu yang dia mengikut Naayla dari tadi, nanti takut dicop ' stalker ' pula,

" Aku nak ambil barang. Ha ya, barang. " katanya, Naayla memandang sekeliling. " Stor ni kosong. " balas gadis itu, Raiz berdecit dan matanya memandang sekeliling untuk menubah topik. Dia menunding jarinya ke arah sebuah kerusi, " Aku nak ambil tu. " katanya, Naayla hanya mengangguk.

Pipi gadis itu membahang dari tadi, selama 4 tahun dia menyukai seorang lelaki bernama Raiz Affan itu dia tidak pernah berbual mahupun berduaan. Mereka hanya berjumpa apabila Aliya mengajaknya untuk berbual bersama Farid sebagai peneman . Tidak pernah lebih dari itu. 

" Ehem! Kita boleh keluar dari tingkap tu. " ujar Raiz, dia terus mengambil kerusi yang ada di situ untuk memecahkan kaca tingkap tersebut kerana pemegang tingkap itu sudahpun berkarat dan tersekat. " Jauh sikit, Naayla. " katanya, Naayla hanya akur dan berdiri di belakang lelaki tersebut. 

Pangggg!

Raiz memandang Naayla, " Kau boleh panjat ke ni? " pertanyaan itu dibalas dengan gelengan. Dengan Naayla memakai baju kurung sebegitu, sudah tentulah tidak. " Okay, aku panjat lepastu aku tolong kau dari luar. " katanya, Naayla memandang risau. Raiz seolah-olah dapat merasai bahawa Naayla amat takut, dia memberi senyuman nipis. 

" I'm not going to leave you, Naayla Zahra. " katanya sebelum memanjat tingkap itu manakala jantung Naayla berdegup laju mendengar setiap bait perkataan tersebut. Apabila tiba giliran gadis itu, Raiz mengarahnya untuk memanjat kerusi kemudian dia akan membantu dari luar.

" Here. " katanya sambil memberi lengannya sebagai tempat untuk Naayla pegang, Naayla agak ragu-ragu namun dia tetap memegang lengan Raiz dengan dihalang lengan panjang baju lelaki itu. Apabila mereka bebas Naayla mengucap terima kasih, baru sahaja dia hendak beredar namanya dipanggil Raiz .

Raiz menghulurkan dompet hitam yang dicarinya sejak tadi. Mata Naayla membulat sambil memandang Raiz, dia mengambil dompet itu dengan pantas. " Kau cari itu kan dari tadi? " tanya Raiz namun Naayla hanya mendiamkan diri.

" Aku jumpa depan bilik khas kitorang. " katanya, " Terima kasih, Raiz. " kata Naayla, kemudian dia baru teringat tentang isi dompet itu. Dia mencari gambar lelaki di hadapannya itu, namun tiada. Ia membuatkan jantung Naayla semakin laju, bermacam-macam jawapan berlegar di mindanya. 

" Tak baik tau ambil gambar orang tanpa kebenaran. " kata Raiz Affan sambil menunjuk gambarnya yang dikeluarkan dari dompetnya. Belum sempat Naayla membuka mulut untuk bersuara, Raiz sudahpun melangkah pergi namun sempat lelaki itu menoleh seketika. Naayla memandangnya tanpa berkelip.

" Have a good day. "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now