017

12.9K 771 1
                                    

TUBUH TINGGI seorang manusia yang berjalan dihadapannya dipandang , tidak sangka semakin hari semakin dia dan Ayden Kaiser menjadi rapat bagaikan kawan lama . Mungkin dia mula rasa selesa untuk berkawan dengan lelaki itu ? Apa salahnya , kali ini dia cuba mengenal abang kepada Arian Haider pula kan

" Ayden , kau nak pergi mana ni sebenarnya ? " tanya Naayla Zahra hairan . Ayden membalas dari hadapan tanpa menoleh sedikit pun pada gadis itu , " Kau yang nak ikut sangat semalam kan ? " Naayla berdecit .

Memanglah dia beria mahu ikut Ayden apabila dia memberitahu dia ingin ke suatu tempat esok pagi tetapi dia tidak tahu pula Ayden mahu berjalan kaki pergi ke tempat itu . Dengan beg galasnya , nak pergi perpustakaan ke ? Sudahlah Naayla mahu berjoging pun cukup malas apatah lagi berjalan jauh sebegini . Menyesal !

Dalam beberapa minit kemudian , mereka tiba di sebuah tempat . Masuk sahaja ke dalam tempat tersebut , kelihatan sekumpulan remaja dan kanak-kanak sedang mendengar arahan seseorang di hadapan .

Naayla membulatkan matanya lalu memandang Ayden Kaiser yang berpeluk tubuh di sisinya , " Sekejap , kenapa kau bawa aku datang sini ? Kau nak belajar ke ? " tanya Naayla . Ayden ketawa halus lalu matanya memandang beberapa bingkai gambar yang kemas tersusun di sebuah rak namun kebanyakannya adalah gambar Ayden Kaiser memegang trofi emas taekwondo .

" Kau- "

" Eh bawa girlfriend ke Ayd ? " seorang lelaki dalam lingkungan 20-an menghampiri mereka berdua yang berdiri di pintu . Lelaki itu tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya lalu merangkul leher Ayden . " She is my friend . " balas Ayden menekankan perkataan tersebut .

" Naayla , Naayla Zahra . "

" Amir , pembantu Park Sabeomnim . " katanya , Naayla menjongketkan kening sebelah . Apa nama pelik sangat ni ? " Sorry sorry , kitorang semua panggil coach as sabeomnim . " kata Amir sambil mengurut perlahan belakang tengkuknya dengan janggal .

Ayden menunduk memberi hormat apabila lelaki yang digelar ' Park sabeomnim ' itu menghampiri mereka bertiga , bahu Ayden ditepuk perlahan . " Pergi bersiap , kita nak berlatih . " kata beliau dengan pelatnya . Naayla pula dibawa ke tempat duduk berhampiran ruang berlatih , dia tidak pernah melihat seni mempertahankan diri di hadapan matanya .

Beberapa minit kemudian , Ayden keluar dengan baju taekwondonya yang elok tersarung ditubuh , tali di pinggang diketatkan kemudian dia berjalan menunju ke Naayla . Mata Naayla yang memandangnya tanpa berkelip itu membuatkan lelaki itu ketawa kecil , terpanakah dengannya ? Ceh !

Ayden berdehem , " Kalau kau bosan , depan tu ada kafe . Tunggu aku dekat sana . " katanya , belum sempat dibalas rambut Naayla diusap oleh Ayden sebelum dia beredar ke ruang latihan . Tindakannya membuatkan Naayla terpaku sambil tangannya memegang rambutnya yang diusap sebentar tadi .

Dup.

Dap.

Dup.

Dap.

Tangannya menekup pipi yang semakin membahang . Kau kenapa ni Naayla ? Dia menggeleng kepalanya berkali-kali , Ayden yang berdiri dari jauh sekadar merenung gadis itu sebelum memberi perhatian sepenuhnya terhadap latihannya pada hari itu .

Beberapa lama kemudian , lelaki itu sudah mula penat . Peluh yang membasahi tubuhnya itu diabaikan malah dia tetap meneruskan latihannya . Setiap gerak-gerinya diperhati oleh Naayla dari tempat duduk . Jujur dia kata lama kelamaan melihat lelaki bernama Ayden Kaiser ini , barulah dia sedar jika nak dibandingkan dengan Raiz Affan sangat berbeza . Tetapi kedua-dua mempunyai rupa paras yang boleh menarik perhatian gadis-gadis diluar sana untuk memandang mereka .

Namun , hanya Raiz Affan yang boleh menjadi hiasan pandangan Naayla .

Sejak dia berumur 13 tahun .

Ya , sudah lama .

" Helloooo . " tangan dilambai-lambai dihadapan matanya , terus dia menunduk memandang wajah Ayden yang melutut di sisi . Lelaki itu sudahpun menukar pakaiannya semula , entah berapa lama dirinya termenung .

" Jom aku bawa kau makan . " ajak Ayden Kaiser lalu dia berdiri untuk beredar , dengan pantas langkahnya itu dikejar oleh Naayla Zahra . Tidaklah jauh mana kafe tersebut malah tidak sampai 5 minit sekalipun . Selesai sahaja memesan makanan , Naayla menongkat dagunya di atas meja sambil memandang langit yang mendung di luar kafe manakala Ayden bermain telefon bimbitnya .

Pandangan dialihkan pada Ayden , " Kau memang selalu masuk pertandingan taekwondo ke ? " tanya Naayla dibalas dengan anggukan . " Papa aku daftarkan aku dekat US sejak aku kecil , bila pindah Malaysia masa umur 10 tahun aku join sini . "

" Aryan meninggal dunia dekat sini ke US ? "

" US . "

Suasana kembali senyap .

" Naayla- "

Naayla memandang wajah Ayden yang berubah serius . " Can you stop asking me about him ? Aku tak suka . " katanya . Eh kenapa pula dia tidak suka apabila berbual tentang arwah Aryan ? Pelik . Disebabkan suasana yang semakin tegang antara mereka , Naayla tidak berani untuk bertanya berlebih-lebihan . Kalau Ayden tinggal dia di sini bagaimana ?

Mereka berdua menjamu spaghetti bolognese dan kopi panas yang telah dihidangkan bertemankan muzik tenang yang memenuhi ruang tersebut . Sekurang-kurangnya tidak perlulah dia mencari topik perbualan untuk mengelakkan suasana janggal .

" Raiz macammana ? " tanya Ayden .

Walaupun , dia sudah tidak bertegur dengan Raiz Affan dia sering bertanya keadaan lelaki itu pada Naayla Zahra kerana dia bimbang dengan rakan rapatnya itu . Namun masih ada sisa perasaan geram dan marah pada lelaki tersebut . " Aku cuma pandang dia dari jauh , tak macam dulu dah . "

" Kenapa pula ? "

" Sebab aku tak nak sakitkan hati kau . "

Ayden menjongketkan keningnya hairan , apa kaitan dengan dirinya pula ? " What do you mean ? " , Naayla mengeluh perlahan . Dia memandang tepat mata lelaki itu . " Aku tahu kau sebenarnya still marahkan Raiz , kalau aku dekat dengan dia mesti kau tak suka . " kali ini , Ayden ketawa halus mendengar alasan gadis tersebut .

" Kau ada hak nak dekat dengan sesiapa pun , aku tak kisah . Kau kawan aku , aku happy tengok kau senyum . " kata Ayden , mata Naayla seolah-olah bersinar terang mendengar satu perkataan keluar dari mulutnya . " Err... What ? "

" Aku kawan kau ? "

Selama ini Ayden Kaiser selalu menyakat dan mencari gaduh bersamanya namun dia juga selalu mengikutnya kemana-mana sahaja tidak kiralah di sekolah ataupun di luar . Setiap kali Naayla ingin meluangkan masa bersendirian pasti diikuti Ayden membatalkan rancangannya . Sama dengan Naayla , dia juga selalu mengikut lelaki itu . Tetapi tidak pernah dia sangka Ayden menganggapnya sebagai ' kawan ' .

" I spent my time with you not as your bodyguard , Naayla . "

" But as a friend . "


















🌙 - The Korean term used is sabeom or sabeomnim (sometimes spelled "sabum" or "sabom") , which basically means coach or respected coach, respectively. The suffix "-nim" is an honorific that is added to denote respect. ... In all cases the suffix "-nim" can be attached for added respect

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now