004

18.5K 1K 5
                                    

KEHADIRAN pelajar baru di Emerald High School menjadi bualan hangat setiap pelajar pelajar pada hari itu . Setiap langkah yang diaturkan sepanjang perjalanannya ke kelas barunya , ada sahaja segelintir pelajar perempuan yang memandangnya . Namun , lelaki yang agak tinggi itu langsung tidak memberi sebarang reaksi membalas senyuman mahupun sapaan mereka .

Pap !

Satu tuala basah dilibas ke mukanya menyebabkan langkah kakinya terhenti . Dia tergamam sambil memandang tepat belakang seorang gadis yang sedang mengelap tingkap makmal itu . Beberapa pelajar yang berehat di keliling mereka terkejut dengan situasi tersebut . Gadis itu masih tidak sedar bahawa dia dipandang malah dia masih bernyanyi .

" Cause you're my painkiller
When my brain gets bitter
You keep me close
When I've been miserable
And it takes fore- " nyanyiannya terhenti apabila salah seorang dari pelajar tersebut memanggilnya perlahan .

" Naayla ! "

Dia menoleh kebelakang lalu tersentak memandang seorang lelaki dengan wajahnya yang sedikit kotor memandangnya tajam dengan wajah yang serius . " K-kau okay tak ? " tanya Naayla gugup , Ayden tidak menyahut malah memandangnya sinis lalu beredar . Naayla menggaru kepalanya yang tidak gatal itu .

" Kau ni bodohlah , Naayla ! Lain kali buat kerja tu cuba fokus . Ugh ! " bebelnya pada diri sendiri . Dia memandang kembali pada tugasnya . Kalau tidak kerana dia memandang Raiz di luar makmal tadi pasti dia tidak akan didenda sebegini .

Akhirnya dia dapat balik ke kelasnya setelah selesai membuat tugasnya . Sampai sahaja di kelas , Aliya menghulurkan roti coklat kepadanya memandangkan dia masih tidak makan kerana tidak sempat untuk rehat . " Tadi kecoh tau yang kau buat hal dengan budak baru . " ujar Aliya itu membuatkan Naayla tercekik , dia terus meneguk botol airnya . " Sudahlah , jangan cakap pasal itu lagi . " katanya .

Tiba-tiba kelas yang riuh itu terdiam apabila guru kelas mereka masuk bersama seorang lelaki . Naayla cepat-cepat menyimpan rotinya ke dalam laci meja lalu matanya terpaut dengan lelaki itu . Dia membulatkan matanya manakala lelaki itu memandangnya tajam .

Dia menggenggam tangan Aliya , " Dialah budak baru tu . " katanya , Aliya agak terkejut namun dia ketawa perlahan . " Matilah kau , Naayla kalau dia sekelas dengan kita . " usik Aliya .

" Kenalkan Ayden Kaiser , rakan baru awak semua . " serentak itu Naayla rasa seperti mahu lari dari tempat itu . " Ayden , awak boleh duduk di belakang Naayla Zahra . Naayla , angkat tangan awak . " dengar sahaja arahan daripada Cikgu Kamil itu , Aliya menarik tangan Naayla lalu diangkat sambil tersenyum manis .

Mata Ayden Kaiser menjeling Naayla sekilas apabila berjalan ke tempatnya . Apabila kelas sudahpun bermula , Ayden mendekatkan mulutnya dengan telinga gadis itu . " We meet again . " katanya membuatkan Naayla kaku . Jantungnya berdegup laju , jangan-jangan lelaki itu mahu membalas dendam !

Ah sudah Naayla ! Jangan overthinking sangat .

Selesai sahaja waktu persekolahan pada hari tersebut , Naayla melangkah kaki ke perpustakaan memandangkan Raiz pada kebiasaannya mengulangkaji di sekolah setiap hari Khamis . Sampai sahaja di peerpustakaan , matanya memandang Raiz yang sedang duduk sendirian di sudut perpustakaan .

Kemudian , dia berjalan ke rak buku . Mustahillah untuk mengambil buku rujukan kerana dia masih dalam keadaan malas untuk mengulang kaji , oleh itu dia akan membaca novel sepanjang masa di situ untuk melihat Raiz Affan dari jauh . Semasa dia mencari novel untuk dibaca , matanya memerhati Raiz seketika namun kelibat lelaki itu tiada disitu .

Dia mengeluh lalu mengambil sebuah novel dari rak . Kelihatan Raiz Affan di sebalik rak itu membuatkan Naayla tersenyum . Namun , senyumannya mati apabila mata lelaki itu bertentang dengannya . Serentak itu , novel di tangan cepat-cepat dipeluk lalu dia berlari bersembunyi di sudut perpustakaan .

Sekali lagi , jantungnya berdegup laju melihat Raiz Affan melangkah mendekatinya , masa itulah gadis itu baru tersedar bahawa tempat itu merupakan tempat duduk Raiz . Mukanya semakin membahang , baru sahaja dia hendak beredar Raiz sudahpun mematikan langkahnya .

" Duduk . " katanya , Naayla memandangnya . " Er- aku nak balik . " katanya lalu keluar dari perpustakaan tersebut . Raiz memandang Naayla lalu pandangannya dialihkan pada buku rujukan Kimia di tangan . Beberapa minit kemudian , seorang gadis duduk di hadapan lalu merampas buku dari tangannya .

Gadis itu menongkat dagunya merenung wajah Raiz Affan , Raiz mengeluh lalu memandang gadis itu . " Ya Hannah ? " , Hannah tersenyum manis apabila namanya disebut . " You dah makan nasi goreng i buat tu ? " tanyanya , Raiz menggeleng . " Aku tak lapar , Farid yang makan . " katanya .

Dengar sahaja Farid yang memakan nasi tersebut bukannya Raiz , dia terus mencebik . " Tapi I bagi you . " katanya seolah-olah berjauh hati . Setiap hari pasti Raiz menerima dua hingga tiga bekal makanan dari pelajar perempuan , tidak mungkin dia akan makan semuanya . Oleh itu , setiap kali dia mendapat makanan pasti dia akan beri kepada ahli kumpulannya yang lain .

" Sampai hati you , Raiz . " kata Hannah sekali lagi . Raiz bangun dari duduknya lalu memandang Hannah . " Aku balik dulu , buku tu kau simpankanlah dekat sana . " kata Raiz lalu dia beredar meninggalkan Hannah yang memuncungkan mulutnya itu .

Keluar sahaja dari perpustakaan tersebut , Raiz menyerabutkan rambutnya . Boleh tertekan dia jika Hannah datang menghampiri . Bukannya kerana dia benci cuma dia tidak berasa selesa dengan kehadiran gadis itu seolah-olah mencari perhatian .

" Oops , kau okay tak ? " tanya Raiz apabila dia terlanggar dengan seorang lelaki semasa dia hendak ke motorsikalnya . Dia memandang lelaki tersebut , " Aku okay . " kata lelaki tersebut lalu beredar . Raiz menjongketkan keningnya hairan , muka lelaki itu seperti dikenali oleh dirinya namun tidak pasti dimana .

Setelah lelaki itu beredar menaiki sebuah kereta mewah berwarna hitam , Raiz bergerak pulang ke rumah , pelanduk dua serupa agaknya .

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now