065

14.3K 589 34
                                    

TIGA ORANG LELAKI akhirnya tiba di lapangan terbang setelah beberapa jam di dalam kapal terbang untuk sampai ke destinasi tersebut. Keluar sahaja dari lapangan terbang, Lion mendepakan tangan menyambut angin yang bertiup. " Damn! I miss you Malaysia. " katanya teruja memandangkan sudah 15 tahun dia tidak menjejakkan kaki di negara itu.

Ayden Kaiser menggeleng kepala melihat karenahnya manakala Raiz ketawa halus. Farid yang bersandar di luar kereta menunggu mereka dari tadi menjerit menyapa nama Raiz Affan lalu lehernya terus dirangkul semasa memasukkan bagasi ke dalam kereta milik Farid itu. " Qash asyik tanya kau hidup lagi ke tak, menyampah pula aku! " rungut Farid lalu tangan ditepis. " Ya, aku hidup sihat sejahtera lagi. " kata Raiz menjelingnya.

" Ha Ayden! Naayla asyik menangis sebab kau apa kes pula? " tanya Farid mengalihkan pandangan ke arah Ayden yang dari tadi berdiam diri. " Obviously, of course she miss me. " balasnya dengan kedua-dua bahu dinaikkan. " Pfft, please. Aku tak nak dengar ayat manis kau lagi. " pintas Lion di belakang lalu dia masuk ke dalam kereta diikuti Raiz. Sejak di US lagi abangnya itu asyik bercerita tentang Naayla seperti dilamun cinta kerana tidak sabar untuk bertemu kembali. 

Perjalanan dimulakan apabila Ayden dan Farid juga turut masuk ke dalam kereta. Ayden meneliti resit bayaran yang diberi oleh Farid. " Semuanya dah settle kan? " Farid mengangguk. " Dari A sampai Z, aku dah siapkan. Itu baju untuk isteri kau. " sehelai gaun kembang yang tergantung di belakang ditempah khas dari sebuah butik ditunjuk, Ayden menguntum senyuman. Pasti Naayla akan kelihatan cantik malam nanti.

" Thanks God, aku single lagi. I don't need to put my efforts for these things. " kata Lion mengundang tawa seisi kereta. " Kau tunggu kau jumpa girlfriend nanti. " kata Raiz mengusik, Lion terus menjeling. " Aku muda lagi tak macam kau semua. " balas Lion. Amboi! Mentang-mentanglah dia muda dua tahun sudah berlagak seperti muda sepuluh tahun dengan yang lain.

" Hello? Aku muda tau. " balas Farid yang sedang memandu. " Kau kan nak jadi bapa budak dah, tua la tu. " sindir Raiz. " Wah... Suka hati saja! Kau tu entah bila nak kahwin, penat aku tunggu. " Raiz ketawa hambar mendengar balasan Farid lalu dia menggeleng. " Aku masih sayangkan arwah Meera. " ujarnya perlahan serta merta suasana sunyi.

Tiba-tiba telefon Farid berdering, nama Aliya muncul di skrin. 

" Ya sayang, nak balik dah ni. " beberapa minit kemudian panggilan dimatikan, Lion ketawa apabila Farid memberi perhatian kepada perjalanan kembali. " Eee takut isteri. " usiknya.

" Buu Farid buu. " sambut Ayden pula.

" Buu.. " ingatkan sudah habis namun Raiz juga menyertai sesi memerli lelaki itu. Semakin membahang pipi Farid disebabkan malu. 

" Bukan takut isteri, itu namanya sayang isteri. " balas selamba darinya, semakin kuat tawa ketiga-tiga lelaki tersebut. " Buuu.. " Lion menyindir lagi.

" Diam! " 

NAAYLA ZAHRA merenung dirinya pada pantulan cermin manakala gaun yang tersarung pada tubuh dikemaskan oleh Aliya. Setelah selesai, Aliya berdiri di hadapannya dengan senyuman manis lalu bahu Naayla dipegang, " Aku suka tengok kau happy macam ini. " katanya. Lama sejak Naayla pulang sendirian ke Malaysia, rakannya itu asyik bersendirian dan berkurung sahaja malah sepatah perkataan juga tidak mahu keluar hinggalah dia mendapat rakaman membuktikan Ayden tidak bersalah, barulah senyuman terukir namun Naayla tetap merindui lelaki itu.

" Thank you Aliya selalu ada dengan aku dari dulu sampai sekarang dan waktu aku susah senang. " ucap Naayla ikhlas lalu tubuh Aliya didakap erat. Aliya tertawa halus, " Sudah tak nak lah emosi macam ini, kau kan nak jumpa Ayden. Senyum cepat! " arah Aliya disambut dengan ketukan pintu, dia terus membulatkan mata. " Dah sampai! " katanya riang, tangan Naayla dipimpin keluar rumah.

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now