028

12.1K 771 17
                                    

LAMPU PENTAS bertukar ungu , berdirilah Naayla Zahra dengan dress panjang berwarna merah bersama Aqashah berpakaian sut biru gelap bersedia membuat persembahan pada malam itu . Petikan gitar berbunyi dimainkan oleh Karl membuatkan semua mata tertumpu kepada mereka .

Perjalanan masih jauh menuju hatimu

Naayla memejam matanya menyanyikan bait lirik itu seolah-olah ceritanya dimasukkan ke dalam nyanyian . Aqashah pula menggenggam mikrofon sambil matanya mengerling ke arah gadis itu .

Hingga tak terasa kehadiranku.

Saat Naayla memandang ke arah penonton , dia terlihat Raiz Affan yang baru sahaja tiba berpakaian sut hitam sendirian . Matanya berpaut apabila Raiz melihatnya di atas pentas . Namun nyanyian tetap diteruskan sambil memandang tepat ke dalam mata lelaki itu dan Raiz pula berdiri kaku memandang gadis yang disakitinya tempoh hari .

Biarpun kau begitu,
Usiaku setia menunggu.
Kerna ku mahu kau jadi milikku

Jika ini hari dan malam terakhir dia bertemu Raiz biarlah dia meluahkan segalanya yang terbuku di dalam hati . Cukuplah dia simpan sejak dahulu hinggalah saat dia ternampak Raiz dan isterinya yang kini sudah berbahagia .

Sekiranya Raiz bahagia , tak akanlah dia mahu merampas kebahagiaan itu . Biarkan perasaannya terus hilang bersama malam itu .

Perasaan masih aku merindui kamu,

Aqashah berinteraksi bersama Naayla menggunakan pandangan mata . Siapa sangka dia telah lama menyukainya dalam diam sejak dahulu , dia tidak berani . Cukup sekadar melihat dari jauh dan memberi Naayla barang-barang kegemarannya.

Ya , dialah insan yang memberi Naayla sebotol mineral dan coklat Hershey di dalam dewan pada hari itu dan dia jugalah yang Naayla terlanggar di hadapan kelas Raiz .

Hingga tuhan selalu mendengar namamu.
Biarpun kau begitu,
Masih aku setia menunggu.

Nama Naayla Zahra sentiasa berada di dalam doanya , jika dia jodohnya pasti Allah akan ketemukan mereka satu hari nanti . Itulah harapan dia , namun sekiranya telah tertulis bahawa gadis itu bukanlah untuknya dia akan redha .

Hingga kau mahu menjadi milikku.

Entah kenapa saat lirik itu disampaikan mata Ayden yang sedang berdiri di sudut dengan segelas jus ditangan memerhatikan Naayla .

Dipisah lautan dunia namun cintaku tetap ada dan bergelora,
Untuk menjadi cahaya bahagia hidupmu.

Tangannya dimasukkan ke dalam poket menyentuh kotak cincin mempersoalkan keputusan yang dibuat itu . Dunianya penuh kegelapan namun tidak gadis itu . Apakah patut dia bawa gadis yang disayangi itu ke dalam dunia miliknya ? Dia tidak mahu kisah cinta ibu bapanya terulang sekali lagi .

Biarpun kau begitu,
Masih aku setia menunggu.
Kerna ku mahu,

Tanpa disedari Naayla sudahpun menitiskan air matanya . Para penonton menyatukan kedua tangan , nyanyian itu betul-betul sampai ke hati mereka .

Hingga kau mahu menjadi milikku.

Tiba-tiba telefon Raiz Affan berdering , dia memandang skrin telefon dengan degupan jantung yang laju . Dia berdebar apabila memandang nama rakannya muncul .

" Raiz , Meera ... " , dengar sahaja nama itu Raiz terus meninggalkan majlis sekolahnya , dia terus berlari ke kereta dan memecut untuk datang melihat isterinya di hospital .

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now