019

12K 744 0
                                    

AYDEN KAISER menguap sambil menggeliat seketika apabila mendengar bunyi tingkap biliknya seperti dibaling batu kecil dari luar , kemudian dia mengerling ke arah jam dinding . Siapa pula yang menganggu lenanya pada jam 3 pagi sebegini , tak akanlah ada orang cuba mengusiknya ?

Langkah diaturkan ke tingkap , kelihatan Naayla Zahra dengan baju hoodie putihnya yang sedang memandangnya dari kawasan rumah . Senyuman manis terukir pada wajah Naayla menampakkan barisan gigi yang tersusun cantik . Ayden menjongketkan keningnya , dah kenapa Naayla datang ke rumahnya ?

" Aku bawa maggie ! " jerit Naayla dari bawah . Lelaki tersebut terus mencapai baju tshirt hitam yang tergantung di dalam almari lalu turun untuk membuka pintu , nasib hari ini Mak Siti dan Pak Man tidur di rumahnya memandangkan mereka bercadang untuk meluangkan masa bersama pada awal pagi esok hari . Kalau tidak pasti mereka berdua menjadi bahan bualan penduduk di kawasan tersebut .

" Dah seminggu aku tak jumpa kau padahal depan rumah je . Kau busy sangat ke ? " bebel Naayla sesudah melangkah masuk ke dalam rumahnya . Bungkusan plastik berisi paket maggi asam laksa diletakkan di atas meja lalu dia menongkat dagu memandang Ayden yang berdiri di hadapan . Namun , Ayden mengabaikan pertanyaan itu malah dia terus membuka dua bungkusan maggie untuk dimasak .

Naayla mengeluh , sepanjang mereka berkawan Ayden selalu merahsiakan perlbagai perkara . Entah apa yang nak dirahsiakan sangat pun tidak tahulah ! Disebabkan tiada tanda-tanda Ayden berminat untuk berbual , dia berjalan ke arahnya untuk membantu . Pisau diambil untuk memotong bawang , mata Ayden hanya memerhatinya dari tepi .

" Bukan ke kau tak pandai potong-potong ni ? "

Mata menjeling Ayden . Hellooo ?? Walaupun dia jarang masuk dapur , dia masih tahu bagaimana untuk memotong bahan , okay !

Tiba-tiba pisau terhiris jari telunjuknya saat memotong , terus Naayla mengadu kesakitan . Dia menepuk bahu Ayden tergesa-gesa apabila darah mula menitis , Ayden yang sibuk memasak itu memandang wajahnya yang seakan-akan mahu menangis .

Jari dihulurkan pada Ayden , lelaki itu terus tertawa sinis . " I told you . "

Kemudian , Naayla ditarik ke sinki untuk membasuh lukanya lalu peti kecemasan diambil . Ayden mengarah untuk duduk di bangku , dengan perlahan luka itu disapu ubat lalu dibalut . Naayla memandang Ayden yang menunduk merawat lukanya , pandangan mereka bertaut apabila Ayden mendongak untuk bertanya . Dengan itu , sekali gus masa seolah-olah berhenti di antara mereka .

Pandangan terputus mendengar seseorang berdehem berdekatan mereka . Mak Siti memeluk tubuh memandang dua anak muda itu menatap mata . Dengan gelabah , Ayden berdiri menjauhi Naayla . Dia terus beredar menyambung masakan , Mak Siti menggeleng melihat karenah mereka berdua .

Naayla tersenyum kekok , " Hai Mak Siti ! "

" Naayla dah lama ke sampai ? " , pertanyaan dibalas dengan anggukan . Mak Siti menukar pandangan kepada Ayden Kaiser pula . " Ayd hidang maggie je ke untuk Naayla ? Kenapa tak panggil Mak Siti ? "

" Naayla yang bawa maggie ni , Mak Siti . " balas Ayden .

" Kitorang ganggu Mak Siti tidur ke ? " tanya Naayla namun Mak Siti menggeleng . Lagipun dia terjaga kerana haus , tiba-tiba tekaknya kering sewaktu tidur . Tidak tahu pula dua anak muda itu sedang menatap sesama sendiri di dapur itu .

Dua mangkuk maggie dihidangkan di atas meja menyebabkan Naayla menelan liur . Nampak sedap ! Inilah salah satu sebab dia suka mengganggu Ayden Kaiser pada awal pagi ketika dia lapar , lelaki itu masak sedap sangat ! Maggie yang dimasak ringkas pun sedap apatah lagi masakan lain . Chef's kiss !

Bahu Ayden ditepuk Mak Siti , terus dia menoleh ke tepi . " Ajak Naayla pergi picnic sekali esok . Alang-alang masing-masing tak ada kerja . " kata Mak Siti lalu beredar masuk ke bilik semula . Naayla memandang Ayden sambil mengelip matanya berkali-kali .

" Fine , ikutlah kalau kau nak . "

NAAYLA ZAHRA mengambil tempat di sebelah Mak Siti yang sedang menyusun bekas makanan yang dibawa dari rumah di atas tikar manakala Ayden Kaiser membantu Pak Man mengeluarkan barang dari keretanya . " Masa Ayden baru pindah sini , dia suka sangat tempat ni . Katanya tenang saja . " Mak Siti membuka cerita .

" Dulu kalau Ayden rindukan mama dengan adik dia , dia selalu duduk sana seorang diri . Mak Siti ajak dia balik , dia tak nak . Ayd asyik ulang saja semua benda yang jadi tu salah dia . " Naayla mengangguk faham . Dia tidak pernah bertanya tentang keluarga lelaki itu lagipula itukan privasi .

" Amboi ... Seronok berbual ya ? " tegur Pak Man lalu duduk di sebelah isterinya . Ayden berdiri sambil memandang pemandangan di hadapannya yang tidak pernah berubah dari dulu . Salah satu sebab dia menyukai tempat ini ialah pemandangannya dan angin yang bertiup , masalah yang difikirkan di dalam mindanya terus hilang begitu sahaja . Walaupun cuma untuk seketika , dia cukup gembira .

Tiba-tiba Naayla berdiri di sebelahnya , gadis itu memandangnya sambil tersenyum manis . " Nah . " huluran aiskrim coklat disambut . " Jom jalan-jalan dekat sana . " ajak Naayla , Ayden mengikut langkah Naayla yang berada di sisinya .

Naayla menoleh ke arah lelaki itu , " Kau memang makan macam budak-budak ke ? Comot ! " katanya , dia mendekatkan tangan ke arah hidung Ayden . Secara tiba-tiba hidung lelaki itu berasa sejuk , Naayla sudah ketawa terbahak-bahak melihat hidung Ayden yang kotor terkena aiskrim .

" Naayla . "

Lagi sekali aiskrim dikenakan pada Ayden . Kali ini di pipinya pula , baru sahaja Ayden ingin menarik tangannya Naayla sudahpun berlari sambil ketawa mengekek . Langkah dihentikan apabila Ayden sekadar berdiri kaku memandangnya . Maksudnya , dia lari seorang diri macam orang gilalah tadi ?

Dia menghampiri Ayden semula dengan muka tidak puas hati . " Kenapa kau diri dekat sini ? " tanya Naayla berjauh hati . Nak juga rasa lari berkejaran macam dalam drama . Tapi kenalah terima bahawa rakannya itu bukan hero drama tapi lelaki bernama Ayden Kaiser . Dengar sahaja rungutan itu , Ayden tersenyum sinis lalu dia mendekatkan wajahnya .

" What should I do then ? "

Aiskrim coklat dikenakan pada pipi Naayla . " Like this ? "

" Ayd- "

Ting !

Pandangan mereka berdua dialihkan pada skrin telefon Ayden yang baru sahaja masuk mesej daripada seseorang . Naayla mengeluh lalu dia memandang wajah Ayden , Ayden pula mengurut belakang leher .

" So , kau kena pergi Canada next week ? " tanya Naayla . Sebenarnya lelaki itu mahu merahsiakan perkara ini kerana Naayla baru sahaja pulang ke Malaysia selama seminggu dan dia sudahpun merancang macam-macam perkara untuk dilakukan olehnya dan Ayden .

" Sorry , " itu sahaja yang boleh Ayden ungkapkan . Dia tahu bahawa Naayla pasti hampa , tapi nak buat macammana , dia seorang MMA fighter dan dia sering keluar negara untuk bertanding . Walaupun kecewa , Naayla tetap mengukir senyuman halus . " Kalau aku ikut ? "

Dengan pantas Ayden menggeleng tidak bersetuju . Dia tidak mahu Naayla melihatnya di dalam sangkar itu nanti , banyak perkara yang bakal terjadi dan Naayla tidak patut menontonnya . " No , kalau kau nak merayu macammana sekalipun aku tak akan bagi . "

" Rock paper scissors , kalau aku menang aku ikut kau . Kalau aku kalah , aku tunggu kau balik je . Deal ? "cadang Naayla , dia nak sangat melihat lelaki itu berlawan sejak dulu . Tak seronoklah kalau dia asyik melihat Ayden berlatih tetapi tidak pernah melihat lelaki itu berlawan kan ?

Belum sempat Ayden membalas , Naayla sudahpun mula .

Rock

Paper

Scissors !

Naayla tersenyum riang apabila melihat Ayden yang mengeluarkan gunting dan dia mengeluarkan batu . Dia terus melompat suka namun wajah Ayden semakin serius . " Kau tetap tak boleh pergi . " Naayla menjelirkan lidah membantah arahan itu .

" Stop being dramatic , aku cuma tengok kau lawan saja . "

Ayden menggeleng , tidak tahu bagaimana untuk menghalangnya lagi .

Degil !

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now