006

16.8K 897 8
                                    

RAIZ AFFAN mengikat tali kasutnya dengan ketat lalu begnya digalas . Kemudian , dia bersalaman dengan seorang wanita dalam lingkungan 50-an , Puan Sarah . " Hati-hati tau , Iz . " kata Puan Sarah dibalas dengan senyuman . " Kalau ada apa-apa call saja ibu ke Qash . " pesannya lagi seperti biasa , walaupun dia sekadar ibu saudaranya dia tetap risau dengan keadaan Raiz Affan . Memandangkan keluarga ini yang menjaga Raiz sejak ibu bapanya meninggal dalam kemalangan , Raiz teramat selesa dan berasa selamat bersama mereka .

" Ibu ! Nampak tak kunci kereta Qash ? " tanya anak kandungnya , Aqashah . Raiz memandang wajah risau Aqashah lalu dia mengeluarkan kunci kereta lelaki itu dari poketnya . " Ini ke Qash ? " tanya Raiz dengan senyuman sinis . Aqashah terus menghampirinya lalu menumbuk bahu lelaki itu perlahan .

" Aku tumbuk muka kau kang . " kata Aqashah . Puan Sarah ketawa melihat perangai dua remaja itu yang seakan-akan kanak-kanak . " Kau yang tinggal kunci atas meja makan , aku ambillah . " kata Raiz , mengusik . Aqashah terus menjelingnya lalu pandangannya dialih ke Puan Sarah . " Qash pergi studio dulu , ibu . " katanya lalu bersalaman dengan wanita tersebut .

" Jomlah aku tumpangkan kau . " ujar Aqashah namun dibalas dengan gelengan dari Raiz Affan . " Aku naik motor je . " kata Raiz , Aqashah sekadar mengangguk faham . Dia sudah agak jawapan dari lelaki itu . Dengan itu mereka berdua terus memecut beredar ke destinasi masing-masing .

20 minit kemudian , Raiz Affan tiba di sekolah . Langkahnya diaturkan ke bilik Emerald Team , kelihatan ahli kumpulannya sedang berbual sesama mereka . Farid yang sedang menyarung kasutnya terus merangkul leher lelaki itu . " Nah , ada junior suruh aku bagi kau . " katanya sambil menghulur coklat kepadanya . Raiz memandang sekilas lalu beredar untuk memasukkan begnya ke dalam loker .

" Kau makanlah . " kata Raiz . Farid menghampirinya sekali lagi , " Ini pula Aliya , dia kata Naayla yang bagi . " kata Farid , Raiz menyambut huluran lelaki itu . Setelah Farid beredar , sticky note dari Naayla itu dibacanya .

' Goodluck untuk next week ! '

Raiz Affan melipat sticky note itu lalu disimpan ke dalam begnya . Dia mengerling ke arah jam di dinding lalu dialihkan ke arah pasukannya . " Dah jom . " katanya , serentak itu semua ahli pasukan sudahpun keluar menuju ke gelanggang . Masing-masing memberi perhatian sepenuhnya terhadap latihan mereka untuk persediaan final game bola keranjang minggu hadapan .

Beberapa jam kemudian , Raiz Affan mengerling ke arah jam di skrin telefonnya . " Okay , latihan kita cukup sampai sini harini . " katanya selaku captain mereka . Farid mengeluh lalu duduk di bangu sambil meneguk botol mineralnya .

" Kau berdua nak join makan cendol tak ? " tanya Hakim yang sedang menggalas begnya untuk beredar bersama yang lain . Farid tersengih , " Aku nak keluar dengan A- "

" Aliya . Aku tahu sangat kau ni . " kata Hakim memintas ayat lelaki itu . Kali ini matanya memandang Raiz Affan . " Aku ada hal . " kata Raiz sebaris lalu beredar meninggalkan mereka semua . Farid dan Hakim saling bertukar pandangan .

" Kau macam tak tahu mamat tu . " kata Farid menjaga hati Hakim . " Kau dengan Aliya ada apa-apa ke ? " tanya Hakim , Farid menggeleng laju . " Kenapa ? Kau suka Aliya ke ? " usik Farid membuatkan Hakim menumbuk perutnya perlahan .

" Lambat lagi , gila . "

AYDEN KAISER mengurut kepalanya yang berdenyut kuat sejak kejadian tadi , setiap kali dia teringat peristiwa lama dimana dia tertembak adiknya itu pasti situasi yang sama akan terjadi . Peristiwa yang terjadi sebelum dia dibawa pulang ke Malaysia itu merupakan kali terakhir dia memandang wajah adiknya itu , dia tidak tahu sama ada adiknya itu masih hidup atau tidak . Apabila adiknya itu dibawa ke hospital sekali gus bapanya membawa Ayden ke Malaysia . Setiap kali dia bertanya , bapanya akan memberitahu bahawa adiknya sudah mati .

Apa yang dia lihat pada hari itu cuma tubuh adiknya yang rebah jatuh ke tanah dan senyuman bangga datuknya .

" Ayd ! Amir , Ayd ! " jeritan Mak Siti dari bilik Amir mengejutkan Ayden , lelaki itu terus melangkah laju menghampiri mereka . Amir yang berselimut tebal itu dipandangnya , " Mak Siti tak tahulah , Amir tiba-tiba saja demam . "

" Pak Man dah pergi kerja ? " tanya Ayden , Mak Siti mengangguk serentak itu Ayden terus berlari memakai kasut untuk ke farmasi berdekatan . Keadaan kesihatan Amir lebih penting darinya dia terpaksa berlari ke farmasi kerana Pak Man , pemandunya bekerja di kedai makan setiap petang hingga malam . Walaupun dia melarang , Pak Man yang juga suami kepada Mak Siti masih berkeras .

Sampai sahaja di farmasi tersebut , Ayden masuk membeli ubat demam dengan tercungap-cungapnya . Selesai sahaja , dia berlari pulang ke rumah semula namun kepalanya semakin kuat berdenyut membuatkan langkahnya terhenti , matanya juga berpinar-pinar . " This is not the right time , Ayd . F*ck ! " dia cuba berjalan sekali lagi , namun semakin kuat kepalanya sakit . Sebuah motorsikal mewah berhenti di sebelahnya , seorang lelaki menghampiri Ayden Kaiser .

" Bro , kau kenapa ? " tanya lelaki itu , dia memandang wajah Ayden yang pucat itu . " Jom , aku bawa kau pergi hospital . " katanya , Ayden menggeleng . " Bawa aku balik . " katanya , lelaki itu terus memapahnya menuju ke motorsikal . Sepanjang perjalanan itu , Ayden menunjuk jalan ke rumahnya .

Sampai sahaja di rumah , Mak Siti mengambil ubat demam dari Ayden manakala Ayden dipapah masuk ke dalam rumah . " Kau tak nak pergi klinik ke hospital ? " tanya lelaki dihadapannya dengan wajah risau . " Aku dah biasa . Er , kau- "

" Raiz , Raiz Affan . " kata lelaki itu manakala Ayden cuma mengangguk .

" Ayden . "

Bermula dari situlah persahabatan dua lelaki itu tercipta .

KAISER : The Hidden Kingحيث تعيش القصص. اكتشف الآن