054

9.7K 545 4
                                    

AYDEN KAISER yang sedang memandang pemandangan dari balkoni bilik hotel didakap dari belakang, pipi disandarkan pada belakang badan milik lelaki itu. Tangan Naayla di perut Ayden terus dipegang lalu Naayla ditarik ke hadapan. Kali ini Ayden pula yang mendakap tubuh kecil isterinya dari belakang membuatkan Naayla ketawa kecil. 

Lama mereka diam menikmati angin malam.

Naayla Zahra menoleh menghadap Ayden lalu tangan merangkul leher suaminya itu. " Naayla nak tanya beberapa soalan boleh? " Ayden mengangguk sambil membetulkan rambut hadapan wanita itu yang terurai menutup dahi. " Tanyalah banyak mana pun Naayla nak. " dia menguntum senyuman.

" Ayd memang tak nak berbaik dengan datuk Ayd? " Ayden menggeleng tanda tidak mahu.

" Walaupun dia dah minta maaf? " Ayden mengangguk pula namun mulutnya masih terkunci tidak bercakap sepatah pun membalas soalan demi soalan yang diajukan. " Kenapa? Dia kan family Ayd lagipun tak baik tau kalau kita tak maafkan orang lain, kesian dia. " Naayla cuba memujuk Ayden untuk maafkan Jonas Benjamin. Saat dia membaca surat meminta maaf yang ditulis oleh Jonas, tidak tahu mengapa hatinya tersentuh namun Ayden sekadar memberi surat itu semula pada Zach dengan persetujuan untuk makan malam bersama. 

" I told you, trust no one in Benjamins especially him. Kalau kita tinggal dekat sana dia boleh buat apa-apa saja pada Naayla. " Ayden ketawa sinis. " Kesian huh? Naayla nak Ayd kesiankan lelaki yang dah bunuh mama? Sampai mati pun Ayd tak akan maafkan dia. " sambungnya.

Naayla merenung wajah lelaki itu, " Ayd kan pernah kata yang Ayd nak protect Naayla. Jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan kalau kita tinggal dekat sana pun. Dua minggu saja sebelum birthday, manalah tahu datuk Ayd nak buktikan yang dia betul-betul dah kesal dengan semua perbuatan dia." dengar sahaja pujukan tersebut, Ayden menjongketkan kening. " Jadi, Naayla setuju untuk tinggal sana dua minggu? " 

Dia mengangguk.

Ayden Kaiser mengurut dahinya yang runsing, bukannya apa dia cuma risau perkara yang pernah terjadi pada ibunya berulang kembali pada Naayla Zahra. Bukan setakat ugutan biasa yang Puan Aishah pernah terima namun wanita malang itu juga pernah diugut bunuh dan dipukul oleh Jonas Benjamin. Oleh itu, segala yang pernah dilihat oleh Ayden pada waktu kecil dahulu boleh berulang saja serta-merta.

" Okay, kita tinggal sana untuk dua minggu but walau apapun yang terjadi Naayla kena percayakan Ayden bukannya orang lain. Faham? " Naayla mengangguk faham lalu dia memandang semula pemandangan di hadapan. " Kalau apa-apa terjadi pada Naayla satu hari nanti, Ayd tak boleh maafkan diri sendiri. Ingat tu. " sambung Ayden lagi membuatkan Naayla tersenyum halus.

" Naayla selalu percaya yang Ayd akan jaga Naayla lebih baik dari Naayla jaga diri sendiri macam apa yang Ayd pernah janjikan dulu. " ujar Naayla mengimbau kenangan lama. Terus Ayden mengeratkan dakapan pada pinggang isterinya bersertakan kucupan yang dihadiahkan pada ubun-ubun milik Naayla.

" Ayden.... "

" Hm? "

" Aiskrim tadi takkan nak biarkan saja? Kita makan sekarang nak tak? " Ceh! Baru nak romantik sikit isterinya sudah membuka topik aiskrim yang dia beli tengah hari tadi. Perut Naayla yang sentiasa lapar itu tidak pernah tak ganggu momen indah mereka. Cemburu!

Baru Naayla hendak masuk mengambil aiskrim, dakapan Ayden semakin kuat tidak memberi Naayla pergi. " Between ice cream and you, I will choose you. So the answer is no. " Naayla terus berdecit berjauh hati dengan balasan Ayden Kaiser.

" Between ice cream and you, I definitely choose ice cream. So the answer is yes. And now jom kita makan. " balas Naayla sambil membuat muka bangga dengan ayatnya yang diolah daripada ayat Ayden tadi. Lelaki itu menggeleng perlahan sambil kedua tangannya ditarik Naayla yang sedang teruja. Entah apa yang dia gembira sangat tentang aiskrim pun tidak tahu. Mesti ada apa-apa yang dirancang.

Tubuh Ayden ditolak pada sebuah sofa di tepi tingkap sebelum dia berlalu mengambil aiskrim coklat yang disimpan di dalam peti bersama dua sudu. Kemudian dia duduk berhadapan dengan Ayden.

" Let's play some games. "

Seperti yang dijangkakan oleh Ayden! Siapalah Naayla Zahra kalau bukan seorang yang sukakan permainan untuk melihat orang lain terseksa menanggung malu.

" Truth or Dare but we only can choose dare. Setiap kali kita buat dare tu, boleh makan sesuap aiskrim ni tapi kalau tak nak buat, semua aiskrim ni pemenang punya. Deal? " tangan dihulurkan sambil kening dinaikkan berkali-kali mencabar suaminya sendiri. Ayden membuat muka lalu tangan Naayla disambut. " Deal. "

Naayla menjeling Ayden seolah-olah lelaki itu merupakan lawannya di dalam sesuatu pertandingan. Ketepikan dahulu hubungan suami-isteri, biar permainan itu seakan-akan dimain sewaktu mereka berkawan.

" Ayd kena nyanyi dekat luar bilik ni. " Ayden tersentak mendengar cabaran daripada Naayla. Wah! Pantang dapat peluang terus dia membuli ya?

Tanpa banyak rungutan, Ayden berpura-pura tidak malu berjalan membuka pintu bilik hotel mereka untuk menyahut cabaran manakala Naayla sudah menekup mulut agar tawanya tidak terhambur keluar. 

Ayden berfikir sebentar lagu apa yang dia perlu nyanyikan. Tiba-tiba dia teringat lagu yang Naayla pernah nyanyi sewaktu Ayden pertama kali menjejak kaki ke Emerald High School.

" Cause you're my painkiller
When my brain gets bitter
You keep me close
When I've been miserable " selesai sahaja menyanyikan bait lirik itu, pintu bilik dibempas lalu dia menoleh ke arah Naayla. Serentak itu tawa Ayden terlepas memandang wajah Naayla yang membahang malu. Teringat peristiwa memalukan dia lah tu!

Sepanjang Ayden menyanyi itu, Naayla teringat kejadian dia melibas kain lap sewaktu mengelap tingkap makmal pada wajah lelaki yang merupakan suaminya kini. Dari dahulu sampai sekarang, itulah satu-satunya peristiwa yang paling dia tidak mahu ingat. Sebab itulah dia terkait dengan Ayden dari didenda oleh cikgu disiplin, disakat Ayden dan kini sudah dikahwinkan pun.

" Eh siapa yang malu ni? " tanya Ayden mengusik setelah duduk semula menghadap Naayla. Naayla menjeling, " Cepat, giliran Naayla pula. " katanya tidak mahu Ayden terus memerlinya.

Dengan sisa tawa yang masih ada Ayden mengangguk. " Suka sangat kan buli orang tadi, so Ayd nak Naayla menari sekarang. " Naayla mengangguk tanda dia setuju lalu dia berdiri di hadapan Ayden manakala lelaki itu membuka lagu 24K Magic yang dinyanyikan oleh Bruno Mars.

Walaupun Naayla tidak pandai menari sendirian dia tetap mencuba sedaya upaya. Tidak mengapa Naayla, usaha tangga kejayaan! Demi sesudu aiskrim dia sanggup menanggung malu.

Sekejap Naayla melambai tangannya ke udara sambil tertawa kemudian dia menghampiri Ayden sambil menari mengikut muzik. Disebabkan Ayden masih mempunyai rasa kasihan dalam diri, dia juga turut menggoyangkan bahu melayan karenah isterinya itu.

" Twenty four karat magic in the air... " Naayla menyanyi sebaris, semakin lama semakin kurang segannya. " AAAHHHH! " seketika kemudian dia menjerit apabila kakinya tersadung pada karpet.

Bukkk!

Dia menutup mata rapat apabila menyedari dia terjatuh di atas badan Ayden Kaiser. Sudahlah malukan diri sendiri, Naayla Zahra! Rambut panjang Naayla menutup tepi wajah mereka, boleh dikatakan jika dia membuka mata sekarang apa yang dia nampak pertama ialah wajah Ayden.

Nasib baik rambutnya diselitkan pada telinga oleh Ayden. Kedengaran tawa perlahan Ayden.

" Let's be honest, you are trying to seduce me aren't you? "

Tiba-tiba terasa sejuk pada hidung lelaki itu, dengan pantas Ayden menyeka hidungnya dan ternyata Naayla meletakkan sedikit aiskrim. " Ohhh main kasar eh? " Naayla ketawa mengekek lalu dia cuba untuk melarikan diri.

Sudah tentu lelaki itu lebih pantas menangkapnya membuatkan dia terjatuh kembali pada Ayden Kaiser.

" You can't run away from me anymore, sayang.  "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now