052

10.7K 568 10
                                    

SEORANG remaja lelaki dalam lingkungan umur 14 tahun ditampar kuat sehingga pipinya berona merah dan terasa pedih. Dia menekup pipinya sendiri sambil memandang tajam si pelaku di hadapan. Namun Jonas Benjamin, si pelaku itu tiada sedikit pun rasa kasihan malah menolaknya ke dinding apabila dia cuba bersuara.

" If you want to be Benjamins you need to play with guns properly. " Jonas menunding jari ke arahnya dengan amaran. Remaja lelaki tersebut menunduk ketakutan, hanya kerana tembakannya tersasar dari target dia dimarah dan dipukul sebegitu rupa. Air matanya mengalir perlahan ke pipi namun cepat-cepat diseka supaya Jonas tidak melihat. Kepalanya ditolak kasar sebelum Jonas beredar pergi.

Zach yang sekadar berdiam diri dari tadi di tepi menghampirinya, belakang badan remaja itu digosok perlahan. " It's okay, Lion. " kata Zach menenangkannya. Remaja lelaki bernama Lion itu semakin teresak-esak, dia tahu sebagai Benjamins dia tidak patut mengeluarkan air mata kerana Jonas amat pantang melihat ahli Benjamins menjadi seorang yang lemah.

Tiba-tiba bunyi das tembakan tepat terkena tin di yang tersusun di hadapannya membuatkan Lion mengerling ke arah tingkat atas. Kelihatan wajah bengis dan mata yang menakutkan milik Jonas memandangnya dengan penuh amarah.

" Cry again and I'll kill you. "

Sekali lagi das tembakan dilepaskan namun kini tepat di lantai sebelah kakinya. Kedua-dua telinga ditekup sambil tubuhnya didakap Zach. Apabila Jonas beredar pergi, Lion mengambil pistol lalu berdas tembakan dilepaskan pada tin-tin kosong dengan jeritan melepas geram.

" I hate you! " jeritannya bergema di ruang tersebut.

Lion terjaga dari mimpi, dia meraup wajah lalu dia meletakkan tangannya ke atas dahi. Air matanya yang mengalir ke pipi semasa tidur tadi dibiarkan kerana sudah biasa. Hampir setiap malam mimpi dia diseksa oleh Jonas Benjamin sejak usia muda sering menemani tidurnya.

Lelaki itu kemudian duduk di birai katil sambil memandang ke tingkap biliknya merenung Zach yang baru sahaja datang turun daripada kereta. Senyuman hambar diukir, Zach lah satu-satunya manusia yang dia boleh percayai dalam dunia ini memandangkan keluarganya sendiri membuang dia jauh.

" The strongest heart has the most scars. A lion doesn't hesitate to hunt alone. "

Itulah ayat yang pernah dikatakan oleh Zach dahulu serta ditanam dalam hidup Lion buat selama-lamanya.

Dia menghampiri pakaian yang dipakai semalam untuk mencari sesuatu namun hampa poketnya itu kosong. Belakang leher diurut perlahan dengan dahi yang berkerut sambil menyelongkar segala laci dan tempat-tempat yang tersorok.

Lion merengus kasar apabila sedar bahawa pemetik apinya tidak dijumpai lalu dia mengurut kepalanya dengan harapan mengingati semula di mana dia meletakkan ia semalam. Dia menekup mulutnya apabila mengingati kembali saat dia membantu Ayden Kaiser dari dilanggar.

" Bloody hell... "

Dia terus berlari keluar dari bilik untuk mencari Zach setelah dia membasuh muka. Dengan rambut yang masih serabai, lelaki itu berkeliaran di rumah besar tersebut. " Zach! " panggilnya namun tidak disahut. Apabila dia menghampiri pejabat Jonas Benjamin, pintu yang terbuka sedikit diintai.

" He agreed to come here for dinner with you. " dengar sahaja ayat itu keluar dari mulut Zach, Lion menjongketkan keningnya. Jadi, Ayden Kaiser benar akan datang ke rumah? Tidak takutkah lelaki itu untuk berjumpa lelaki tua tidak guna tersebut? 

Malas mahu mencuri dengar lebih lama, langkah diaturkan ke ruang tamu menunggu Zach keluar daripada pejabat. Lion mengambil sebilah pisau lalu duduk di sofa sambil memusing-musingkan pisau tersebut. Apabila dia melihat Zach keluar, dia membaling pisau itu tepat terkena pada almari kayu berdekatan lelaki itu dengan muka selamba.

" What the hell is wrong with you! " marah Zach sambil memandangnya dengan wajah terkejut. Namun ia disambut dengan tawa nakal Lion. " Well, can you take my lighter back from that guy? " pintanya sedikit pun tidak rasa bersalah dengan apa yang dilakukan sebentar tadi. Zach berpeluk tubuh memandang Lion yang bersandar pada sofa. " Who? "

" Ayden. "

" Take it yourself, hm? " Lion menggeleng sambil berjalan menghampiri Zach, pisau yang menikam almari kayu ditarik lalu diacukan pada Zach. " You know how busy I am, right? " ujar Lion sebelum beredar.

Semasa perjalanannya ke bilik semula, matanya mengerling ke arah potret keluarga Benjamin atau lebih jelas dia memandang wajah Jonas Benjamin. Pisau yang dipegang ditorehkan pada wajah lelaki itu lalu menyambung perjalanan. Sudah banyak kali gambar tersebut ditukar baharu kerana wajah Jonas yang sering terkoyak disebabkan perbuatan Lion namun tiada seorangpun orang gaji di rumah itu membuka mulut kepada Jonas malah mereka terus menukarnya.

Zach yang memandang gerak-geri Lion dari jauh menggeleng kepala perlahan. Kadang-kadang lelaki itu bersifat dingin dan ada kalanya juga personalitinya tidak begitu matang, seperti seorang budak-budak. Childish.

" Stop or I will tell Jonas. " usik Zach membuatkan Lion menoleh ke belakang memandangnya dengan wajah takut yang dibuat-buat.

" Oh my God. Go ahead, I hope he gets a heart attack. "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now