059

9.6K 528 26
                                    

JAM sudah menunjukkan pukul 6 petang namun Lion dan Naayla Zahra baru sahaja pulang setelah lelaki itu membawa dia ke pelbagai tempat seperti pantai, spa dan wayang untuk menenangkan fikirannya malah Lion juga layankan sahaja kehendak Naayla apabila dia mahu membeli kemeja untuk Ayden Kaiser sebagai tanda maaf.

" Jangan lupa janji kau. " kata Lion semasa berjalan beriringan bersama Naayla menuju ke tingkat dua rumah tersebut. Naayla mengangguk, tahulah dia bahawa janji yang dimaksudkan itu merupakan janji dia untuk berbaik semula bersama Ayden Kaiser. Segala nasihat Lion pagi tadi dia simpan sebagai semangat untuk mengekalkan hubungannya bersama Ayden.

Apabila mereka berdua menghampiri bilik Ayden Kaiser dan Naayla Zahra, Lion menunduk lagak seperti seorang gentleman sambil tersenyum halus membuatkan Naayla ketawa kecil sebelum membuka pintu bilik.

" Sayang.... "

Namun cepat sahaja wajah ceria itu pudar apabila mendengar perkataan itu keluar dari mulut suaminya yang berbaring tanpa seurat benang pada badan di atas katil bersama seorang wanita berbalut tuala yang melingkar tangan pada perut lelaki itu. Dia terus melangkah ke belakang selangkah demi selangkah hinggalah dia bersandar pada pintu bilik dengan mata yang masih melekat pada dua manusia tersebut begitu jugalah beg kertas berisi kemeja untuk Ayden terjatuh pada lantai.

Tolong katakan ini semua cuma mainan mimpi.

" Ayd.. "

Setelah melihat Naayla seakan-akan terkejut melihat sesuatu di bilik itu, Lion turut melangkah masuk dan melihat juga apa yang wanita itu lihat sebentar tadi. " What the hell are you doing, Ayden Kaiser?! " ujar Lion dengan kuat cukup membuatkan dua manusia itu tersentak. Ayden yang seolah-olah mamai itu menolak tubuh wanita di sebelah kasar lalu dia terus menjauhkan diri.

Dia memandang Naayla sambil meraih tangan isterinya itu. " Sayang- " ayatnya terputus apabila tangan ditepis. " Apa Ayd buat belakang Naayla ni? " mata Ayden mengerling ke arah wanita yang sedang duduk di atas katilnya sekilas.

" Let me explain, sayang..." dia cuba mendapatkan kepercayaan Naayla tetapi dibalas dengan tawa hambar. " Naayla tahu Ayd dah tak sayangkan Naayla sebab Naayla suka bertindak ikut kepala sendiri but this is too much Ayd. " kata Naayla dengan matanya menikam tajam pada wajah lelaki itu penuh dengan kekecewaan terhadap suami sendiri.

Bahu Ayden dipegang kemas. " Dah tak ada langsung tempat untuk Naayla dalam hati Ayd selepas kita gaduh tadi? Hilang terus ke janji Ayd untuk setia dengan Naayla sampai bila-bila? " tanya Naayla dengan mata yang berkaca tunggu masa sahaja air matanya mengalir sekali lagi, entah banyak air mata yang telah dibazirkan untuk lelaki tersebut pada hari itu.

" Naayla... Please, Ayd tak tahu apa-apa. Ayd tak kenal pun dia siapa! " tangan Naayla diraih sekali lagi namun Ayden ditolak jauh darinya. " Huh tak tahu? Kalau tak tahu macammana korang boleh ada dekat bilik ni berdua dengan keadaan yang macam ini? Apa lagi Ayd nak jelaskan kalau semuanya dah terbukti depan mata? Naayla tak bodohlah, Ayd. "

Langkahnya diaturkan pada almari baju lalu segala pakaian yang dibawa terus dimasukkan ke dalam bagasi tanpa memandang Ayden yang sedang serabut dengan apa yang terjadi di sisinya.

Setelah selesai, dia memandang wanita di atas katil lalu memandang Ayden pula. " Fine! Kalau kau nak dia, kau boleh kahwin dengan dia. Tapi ceraikan aku, Ayd. " tiada lagi panggilan yang selalu digunakan malah semuanya berbalik seperti dahulu kala. Naayla terus menarik bagasi keluar dari bilik, langkahnya terhenti apabila Ayden menahan tangannya.

" No! Dari dulu sampai sekarang cuma Naayla saja ada dalam hati Ayd, tak pernah sedetik pun Ayd fikir untuk duakan Naayla. "

" I love you, Naayla. I love you so much. " serentak itu tubuh Naayla dipeluk dari belakang dengan erat, terasa bahunya basah dengan air mata lelaki itu sekali gus air mata Naayla turut jatuh. " Stop saying you love me when you don't mean it. "

Dengan ayat itu, dia membuat keputusan untuk meninggalkan Ayden Kaiser dan pulang ke Malaysia.

Lelaki itu terus menggenggam lengan wanita yang menjadi punca hubungannya bersama Naayla semakin teruk manakala tangan kanan memegang rahangnya kasar. " Who are you? Kau siapa si*l?! " tengkingnya.

Wanita tadi sekadar tersenyum puas lalu dia menepis tangan Ayden dan menyarung semula pakaiannya. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh, " I just do what I've been asked to do, dear. " sebelum beredar pergi, sempat dia memandang Lion sambil tangannya menyentuh dada lelaki itu serta tersenyum menggoda, " Hi Lion. "

" Kalau kau nak rampas Naayla dari aku jangan sampai kau musnahkan rumah tangga orang. " dengar sahaja ayat itu Lion terus memandang Ayden tajam. " Apa kaitan aku dengan masalah kau ni? " tanya Lion tidak berpuas hati. Terus lengannya ditarik keluar rumah lalu dilepaskan dengan kasar.

" Kau yang rancang semua kan? Kau tak dapat bunuh aku, kau jauhkan Naayla dari aku. Aku tahulah Aryan semua kerja jahat kau tu. " satu tuduhan dikenakan pada lelaki itu membuatkan dia ketawa sinis. " Kalau aku nak ambil dia dari kau dah lama lah aku bawa dia lari keluar dari sinilah. Tak ada siapa akan jumpa aku, bolehlah aku jaga dia lagi baik dari kau. At least, I'm not a cheater. " balas Lion. Kolar bajunya terus dicengkam oleh Ayden.

Buk !

Satu tumbukan kuat terkena tepat pada pipi kiri Lion sekali gus dia rebah ke tanah dengan darah mula mengalir pada bibir yang sedikit pecah itu. " Kau adik aku Aryan. Aku tak sangka kau sanggup buat semua ni. " satu tumbukan lagi dikenakan namun hanya dibalas dengan tawa hambar oleh Lion yang sudah terbaring.

Dan dia membuatkan Ayden semakin bengang, baru sahaja tangannya naik ke udara untuk menumbuk adiknya sendiri sekali lagi, pistol diacukan di belakang kepalanya.

" Stop, Ayd. Jonas planned all of this because he hate your wife. " suara Zach kedengaran serentak itu Lion melepaskan nafas lega. " Oh God! I really want you to die right now. Aku dah kata bukan aku yang rancang! " marah Lion lalu dia menjauhkan diri.

Pistol disimpan kembali lalu Zach menghulurkan telefon kepada Ayden. Satu video Jonas Benjamin bersama wanita tadi dan Seyn muncul pada skrin. " I recorded everything. " Ayden memberi perhatian kepada video tersebut bersama Lion yang berdiri di sebelah.

Jonas Benjamin memandang seorang wanita yang duduk di sebelah Seyn sambil berpeluk tubuh. Dia terseyum kepada lelaki itu. " She is my girlfriend and she will help you. " kata Seyn kemudian Jonas memberi tahu kesemua rancangan untuk meruntuhkan rumah tangga cucu sulungnya itu. Pada akhir video, mereka berjabat tangan bersetuju dengan rancangan tersebut bersertakan pil tidur yang sepatutnya diletakkan di dalam minuman Ayden.

" Ayd. " panggil Lion apabila rakaman itu tamat. Ayden terus memandang wajah yang penuh luka disebabkan pergaduhan tadi. Rasa bersalah pula kerana menuduh lelaki itu.

" Boleh tak aku nak bunuh je orang tua bodoh tu? "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now