060

10.5K 506 5
                                    

ENCIK ETHAN menghembus asap rokok ke udara sambil memandang pemandangan dari atas rooftop Benjamin's Holdings. Bahunya disentuh dari belakang sebelum seorang lelaki bersut hitam yang baru sahaja selesai menyambut tetamu untuk majlis raikan Ludic Apartment yang semakin maju berdiri di sebelah.

" Maafkan saya sebab buat tuan tunggu lama dekat sini. " katanya lalu turut mengalihkan pandangan ke arah pemandangan di hadapan. Encik Ethan tersenyum halus, " It's okay. Apa yang penting sangat Encik Raiz nak beritahu? "

Raiz Affan menghela nafas berat.

" Macam yang Tuan Ethan tahu, saya dan Ayden Kaiser berkawan sejak sekolah lagi. Jadi kalau tuan izinkan, boleh saya ikut sekali ke US untuk birthday dia nanti? " pertanyaan itu disambut dengan tawa halus.

Encik Ethan tersenyum memandang jejaka yang sama umur dengan anak sulungnya itu, " Ingatkan apa yang penting sangat. Mestilah boleh, the more the merrier. " beliau berdehem seketika. " Tapi bukan itu saja kan tujuan Encik Raiz ke sana? "

Kening dinaikkan hairan, " Maksud Tuan Ethan? "

" Saya tahu yang Encik Raiz siasat latar belakang keluarga kami. " tersentak Raiz dibuatnya,maksudnya selama ini sudah diketahui? Jika begitu, sia-sia dia berbuat baik dengan beliau semata-mata untuk mencari siapa pembunuh ibu bapanya itu.

Pandangan mata Encik Ethan tepat menikam wajah Raiz Affan. " Boleh saya tahu kenapa? " sambungnya. Raiz mengurut belakang tengkuknya sebelum dia bercerita tentang malam 15 tahun lalu dimana bermula dengan dia melawat makciknya di sana dan keluarganya terlibat dalam kemalangan disebabkan mereka terlihat kejadian isteri Encik Ethan, Puan Aishah dibunuh.

Encik Ethan mengangguk perlahan serta bersimpati dengannya, tidak sangka malam yang sama dia kecewa menjadi salah seorang ahli keluarga Benjamins turut ada seseorang yang kehilangan kedua ibu bapa pada umur yang masih muda. Sejujurnya kisah Ayden Kaiser dan Raiz Affan kedua-duanya tidak jauh beza.

Tujuan yang sama.

Sebab yang sama.

" Mereka terlalu bahaya kalau Encik Raiz nak bertindak secara tiba-tiba. Kalau kamu bertekad nak balas apa yang Benjamins buat, silakan. Tapi ingat, sesiapa sahaja boleh terkorban. "

Raiz tersenyum halus, " Saya dah sedia untuk semua itu sejak dulu lagi, Tuan Ethan. "

MAKLUMAT BENJAMINS yang semakin bertambah pada papan siasatan miliknya itu dipandang sekilas dengan senyuman yang terukir di bibir lalu Raiz Affan berlalu ke almari baju. Sekian lama dia menyiasat kes itu akhirnya identiti pembunuh ibu bapanya sudah dia kenalpasti beberapa hari lepas. Pemilik mata yang di cari selama ini milik seorang lelaki bernama Seyn selaku orang paling setia dan merupakan orang kanan Jonas Benjamin.

" Aku rasa kau patut lupakan saja hasrat kau nak balas dendam dengan diorang tu. Kalau Meera masih ada dekat sini mesti dia tak izinkan kau pergi sana buat kerja yang boleh ambil nyawa sendiri. " kata Doktor Nazri melihat rakannya yang sedang masukkan baju ke dalam bagasi hitam. Selepas Raiz menelefonnya memberitahu bahawa dia akan ke US untuk berjumpa dengan pembunuh ibu bapanya, dia terus datang ke rumah untuk menghalang. Namun biasalah sudah namapun Raiz Affan, memang keras kepala!

Raiz melepaskan tawa hambar sambil memandang Doktor Nazri yang dari tadi memujuknya untuk tidak pergi ke sana. " Kalau aku mati sekalipun, tiada siapa akan kisah. Aku tak ada sesiapa dekat dunia ni, Naz. Kalau bukan sebab si Seyn yang bunuh ibu bapa aku, aku mesti dah hidup bahagia selama ini. Jadi tak salah kalau aku nak pertahankan ibu bapa aku yang tak bersalah mati dibunuh tanpa alasan munasabah. " dia berpaling kembali ke arah bagasi memasukkan beberapa helai lagi pakaian.

" Apa-apa sahajalah tapi aku tak nak kau balik sini jadi mayat eh, Raiz? Aku ni kawan kau, bukan sekejap kita kenal tapi dah lama.  Jangan buat kerja gila dekat sana. " pesan Doktor Nazri dibalas dengan anggukan. Lelaki itu lihat sahaja gerak geri Raiz yang sedang memerhati gambar perkahwinannya bersama Meera, gambar itu turut dibawa sekali. Mungkin untuk dijadikan sebagai semangat.

Tiba-tiba pintu rumah Raiz Affan dikuak sekali gus seorang lelaki masuk tanpa izin membaling bantal sofa kepada Raiz. " Kau betul-betul nak pergi sana ke gila?! " marahnya namun Raiz tidak membalas malah dia mengambil bantal yang mendarat di tepi kakinya. Dia baling semula ke arah lelaki itu, " Aku tak ada masa nak bergurau, Qash. "

" Nanti ibu tanya, aku nak jawab apa? " tanya Aqashah sambil mengurut kepalanya, kusut dia fikirkan beribu alasan untuk diberi kepada Puan Sarah apabila membaca mesej yang dikirim oleh saudara lelakinya itu tadi. Mana mungkin dia akan memberitahu yang Raiz pergi ke luar negara untuk membalas dendam, sudah pasti ibunya itu akan memarahi dia kerana tidak menghalang.

" Cakap dekat ibu, aku ada urusan kerja. " 

Dahi Aqashah dikerutkan lalu dia mengambil tempat di sebelah Doktor Nazri, " Sebab kau tak pasal-pasal aku dapat dosa menipu ibu. " dia menjeling. Raiz juga turut menjelingnya, " Macam aku tak pernah tolong kau beritahu ibu yang kau pergi study group masa sekolah sedangkan kau melepak dekat studio dulu. " serentak itu kedengaran Aqashah berdecit. " Okay, fine! Balasan dia aku nak kau belanja aku K Fry. " usik Aqashah untuk menyembunyi rasa risau di dalam diri. Siapa saja yang tidak sayang manusia yang dari kecil membesar dengannya di rumah yang sama kan?

" Insya-Allah kalau Allah panjangkan umur aku. "

" Itu sebab kau kena balik sini sihat macam kau pergi sana, faham? Kalau aku nampak luka sikit ke cacat sikit kat kau aku nak kau tambah Starbucks. " sekali lagi Aqashah mengundang tawa Doktor Nazri dan Raiz Affan. " Amboi kau! Pilih yang mahal-mahal. Pisang goreng tepi jalan pun cukup sedap dah. " balas Doktor Nazri lalu dia berdehem seketika.

" Belanja aku Rolex weh. " 

Terus sehelai baju milik Raiz Affan mendarat ke wajahnya. " Kau berdua ingat aku sugar daddy korang? " tanya Raiz memandang wajah dua manusia itu bergilir.

Hari terakhir mereka bersama Raiz Affan penuh dengan tawa walaupun rasa bimbang menyelubungi diri untuk menghantar lelaki itu jauh. Namun mereka tetap meluangkan masa seolah-olah itulah hari terakhir mereka bertemu.

Kerana setiap detik harus dihargai.

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now