044

11.7K 665 2
                                    

NOVEL yang baru dibaca sedikit disusun semula ke rak kemudian sebuah almari berdekatan rak buku tersebut menarik perhatian Naayla Zahra membuatkan dia terus menghampiri. Apabila dibuka kelihatan potret sebuah keluarga elok terletak bersebelahan beberapa album gambar. Keluarga itu dilengkapi dengan seorang datuk, pasangan suami isteri dan dua orang kanak-kanak iaitu rakannya dahulu Arian Haider manakala seorang lagi merupakan Ayden Kaiser sewaktu kecil. 

Tangan Naayla pantas mengambil satu album gambar berwarna hitam, dia membelek setiap halaman yang dipenuhi dengan gambar seorang wanita yang mempunyai senyuman yang sangat manis. Ada gambarnya yang sedang mendukung seorang bayi dan ada juga gambar memeluk erat tubuh kecil milik Ayden. 

Naayla memandang pula gambar Arian Haider dan Ayden Kaiser yang mencium kedua-dua belah pipi wanita tersebut, pasti dia merupakan ibu kepada dua beradik itu. Senyuman halus terukir pada bibir Naayla, pasti Ayden sangat merindui ibunya memandangkan dia sudah kehilangan seorang ibu sejak kecil lagi. 

Setelah membelek kesemua halaman, dia mengambil pula album berwarna putih dengan nama dua beradik terukir di hadapan. Gambar Ayden dan Arian sewaktu kecil yang sedang bermain bola keranjang membuatkan Naayla sedikit sebak apatah lagi apabila dia teringat bahawa Arian juga sudah tiada pergi meninggalkan lelaki itu. Dia memandang pula wajah comot Arian Haider yang terkena aiskrim coklat sambil memegang sekuntum bunga ros merah dengan senyuman lebar memandang kamera.

" Naayla dekat sini dah lama ke? " tanya seseorang di pintu perpustakaan mini menyebabkan Naayla terus cemas menyimpan semula album gambar lalu memandang si empunya suara yang sedang berpeluk tubuh memandangnya. Ayden Kaiser berjalan menghampiri Naayla yang kaku memandang dia sambil tangan dimasukkan ke dalam poket, dia mengerling ke almari album berdekatan mereka. " Ayd tak marah pun kalau Naayla nak tengok. " katanya lembut. Naayla terus melepaskan nafas lega, berdebar betul apabila memandang Ayden yang berdiri di situ memandang lelaki itu sedikit sensitif apabila isu keluarga ditimbulkan. 

Ayden Kaiser mengambil album gambar berwarna kelabu lalu menarik tangan Naayla duduk di sebuah sofa yang terletak di situ, album tersebut dibuka sebelum dia mengerling ke arah isterinya. " I will answer everything today about my family and my life. Ask me anything you want, hm?  "  

" Siapa sebenarnya Benjamins? " Ayden terdiam seketika, tidak sangka dalam banyak-banyak persoalan soalan itu yang Naayla mahu bertanya terlebih dahulu. Naayla Zahra memerhati Ayden menunggu jawapan, akhirnya dia dapat tahu tentang lelaki itu dengan lebih mendalam.

" The truth is Benjamins is a mafia family. Ayd dibesarkan dengan pistol dan pembunuhan sana sini and I hate myself for being part of them. People just close their eyes about us because we have a huge empire there. Papa kahwin dengan mama dengan syarat dan disebabkan syarat bodoh itulah mama meninggal dunia in front of me. Orang dah kena brainwashed dengan berita mama meninggal dunia selepas diculik beberapa hari sedangkan Jonas Benjamin sendiri yang rancang bunuh mama. That time I was angry at him and Aryan meninggal dunia keesokan harinya tepat selepas mama dikebumikan. " Ayden Kaiser ketawa hambar bercerita tentang keluarganya.

" Macammana Aryan boleh sakit? " tanya Naayla hairan memandangkan Ayden pernah memberitahunya bahawa adiknya meninggal disebabkan sakit namun sampai kini lelaki itu tidak memberitahu punca tersebut. " I don't know. " Walaupun dia ingin menjawab semua soalan dengan jujur namun dia tidak akan memberitahu kisah sebenar berkaitan pemergian adiknya itu kepada Naayla Zahra.

" Papa Ethan kata Ayden perlu tinggal dekat sana 3 tahun untuk uruskan sesuatu. Urusan apa? "

Ayden terdiam seketika, "  Selepas Aryan meninggal papa bawa Ayd balik Malaysia. Sejak itu, Jonas cari Ayd untuk ketuai Benjamins dan uruskan semua hal dekat sana. Dia beri 3 tahun untuk bantu dia selepas dia culik Ayd masa hari akad nikah kita dengan janji dia tidak akan ganggu Naayla lagi. Ayd tak nak apa yang jadi pada mama jadi pula pada Naayla because I can't stand the thought of losing you , sayang. Ayd tak kuat macam papa untuk hadap semua perkara macamtu. Jonas janji tak akan ganggu urusan kita kalau Ayd ikut dia kemana sahaja dekat sana and if one day he wants to kill you I swear I'll kill him first. " 

" Jadi maksudnya Ayd setuju jadi sebahagian daripada Benjamins lah? " hati Naayla sudah mula terasa cemas, sudah tentu Benjamins itu terlibat dalam hidup mafia pasti hidup mereka akan berada dalam bahaya selama-lamanya.

" Never. Ayd tak nak buat semua kerja jahat macam mereka yang gilakan kuasa, tak pernah cukup dengan gelaran The Greatest Benjamins walaupun semua takut dengan nama itu. Because of the power, they killed each other and everyone in Benjamins are betrayer. Trust no one especially Jonas Benjamin and Seyn. " muka serius Ayden dipandang lama, tidak sangka selama ini Ayden hidup dalam penuh kegelapan dengan keluarga yang kejam.

Suasana sunyi seketika.

" Naayla... " panggil Ayden perlahan.

" Kalau ada orang kata dia salah seorang daripada Benjamins dan minta Naayla ikut, please avoid them except Zach. You only can trust me, papa and Zach in Benjamins family. Promise, hm? " pinta Ayden lalu meraih tangan kanan Naayla lalu digenggam erat, Naayla memegang genggaman itu dengan senyuman. " Naayla janji. " katanya.

Ayden membalas senyuman isterinya , " Ayd janji akan lindungi Naayla dan tak akan izinkan sesiapa pun sakitkan Naayla. Ayd janji kita akan hidup bahagia selamanya tanpa halangan daripada orang luar. " sambungnya sambil merenung tepat ke dalam mata Naayla menandakan bahawa dia tekad dengan ayatnya sendiri. " I love you, Ayden Kaiser. " Naayla ucap perlahan mengharapkan lelaki di hadapannya tidak mendengar kalimah tersebut. 

" Naayla cakap apa sayang? I love you, Ayden Kaiser? " usik Ayden dengan senyuman nakal yang sudah mula terbit. Ah sudah! Baik betul pendengaran lelaki itu menyebabkan muka Naayla membahang malu. Terus dia bangun mahu beredar, kalau boleh mahu saja dia berselubung dengan selimut supaya Ayden tidak nampak wajahnya yang sudah merah. Belum sempat dia beredar, tangannya ditarik. " I'm not going to let you go if you don't say it again. " ugut Ayden, Naayla menjeling lelaki itu geram namun dia masih memandangnya dengan senyuman mengusik . " Ugh! Okay fine! "

" I love you, Ayden Kaiser. Puas hati? Dah boleh lepaskan dah kalau macam itu. " rungut Naayla, tangannya dilepaskan sekali gus di berlari meninggalkan Ayden tetapi lariannya terhenti apabila suara lelaki itu bergema di setiap ruang perpustakaan mini tersebut.

" I love you too ! "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now