049

9.8K 580 5
                                    

PAPARAN wajah Robert Eason di skrin besar membuatkan seluruh penonton bersorak kuat sambil memegang kain yang tertulis namanya. Kemudian, muncullah lelaki itu mengangkat tangan ke arah penyokongnya dari pintu besar bahagian kiri bersertakan lagu Till I Collapse - Eminem. 

Dia berjalan megah sepanjang perjalanan ke ' sangkar ' seolah-olah kemenangan sudahpun miliknya lalu baju yang tersarung pada tubuhnya dicampak ke tepi. Sinaran kamera terpancar ke wajahnya yang dingin kemudian dia menghampiri jurulatihnya.

" You must win this fight! " bahu Robert ditepuk berkali-kali memberi semangat. 

" I'll kill him. "

Dia memandang skrin besar yang memaparkan wajah Ayden Kaiser pula sekali gus lagu bertukar apabila lelaki itu keluar dari pintu kanan menuju ke ' sangkar ' berbentuk oktagon, penyokongnya terus bersorak kuat. Dia memandang kamera sekilas sebelum pandangan dialihkan pada Robert Eason di seberang, peristiwa semalam terus berlayar di minda. Oleh sebab itu jugalah, Naayla Zahra hanya mahu duduk di dalam ruang menunggunya menonton secara langsung di televisyen memandangkan dia tidak bersedia memandang wajah Robert bersemuka.

Apabila Ayden sudahpun berdiri di luar ' sangkar ' itu Robert melambai tangan ke arahnya dengan senyuman sarkastik menaikkan amarah lelaki tersebut. Seterusnya dia menggerakkan tangannya di leher seolah-olah mengugut Ayden yang jauh darinya namun ia dibalas dengan wajah selamba.

" Ladies and gentlemen, welcome to UFC Las Vegas main event. We will watch the fight between the unbeaten and the most dominant fighters! Our King, Ayden Kaiser who is the unbeaten fighter in Mixed Martial Arts and his opponent the most dominant fighter Robert Eason with no defeats!  " pengacara berucap dengan penuh semangat begitu juga tempat itu dimeriahkan dengan sorakan para penonton. Ayden dan Robert masuk ke dalam tempat mereka berlawan, di antara mereka terdapat seorang pengadil yang akan memantau perlawanan penting tersebut.

" The referee in charge of the action, Joseph Dean.

Pengadil menghampiri kedua-dua lawan tersebut, mikrofon didekatkan pada mulutnya. " All right, we know the rules. Protect yourself, we're gonna keep it clean okay? Touch gloves and we will start this fight. " Ayden menghulur tangan tetapi dada bidangnya ditolak kasar.

" Ready? Fight!

Baru sahaja mula perlawanan Robert sudahpun membuat percubaan menyerang, tendangan tinggi diberikan namun Ayden sempat mengelak. Sekali lagi dia mencuba namun Ayden masih tetap mengelak, nampak sangat bahawa lelaki itu bertekad untuk menjatuhkan Ayden Kaiser pada perlawanan akhirnya itu.

Kali ini, Ayden pula yang membuat tendangan tinggi dan dia berjaya memandangkan tumpuan Robert terganggu sedikit. Robert menjauhkan diri selangkah sambil mencarut perlahan manakala Ayden tersenyum sinis. Tidak semudah itu Robert boleh mengalahkannya apatah lagi ini merupakan perlawanan terakhir sebelum dia meninggalkan kerjaya tersebut.

Robert berlari lalu menumbuk tepat wajah Ayden Kaiser lalu dia tersenyum bangga apabila lawannya terdorong ke belakang. Dengan peluang keemasan itulah, Robert terus menumbuk Ayden berkali-kali hingga bibir dan pipinya terluka sedikit. Pandangan Ayden bertukar tajam, setiap gambaran semalam dia cuba mengingat ke dalam mindanya. Demi Naayla Zahra dia akan terus mencapai kemenangan untuk malam itu. 

Tubuh Robert Eason ditolak kembali lalu dia menendang bahu lelaki itu menyebabkan tangan Robert sedikit lenguh dan lemah. Begitulah Ayden menjatuhkan Robert ke lantai dan menumbuk wajah lelaki itu namun disebabkan tekadnya untuk mengalahkan Ayden, Robert bangun semula menendang perut Ayden. Darah yang semakin mengalir diabaikan malah dia cuba membalas serangan.

Mata Robert sedikit bengkak kerana pukulan yang diberi oleh Ayden sebelum dia menjatuhkan Ayden ke lantai. Pusingan pertama itu tamat dengan kemenangan berpihak pada Robert Eason setelah loceng berbunyi. 

" Well, I win. " kata Robert angkuh.

PUSINGAN KE-5 semakin meriah dengan sorakan menanti keputusan akhir memandangkan kini sudahpun seri, masa lima minit itu benar-benar terasa lama. Tumbukan demi tumbukan berbalas di dalam ' sangkar ' tersebut. Banyak darah yang terpercik di lantai hasil dari perlawanan tersebut.

Tendangan tinggi diberikan menyebabkan Robert terjatuh, baru sahaja Ayden mahu menghampiri tubuh Ayden sudahpun ditolak ke tepi. Badannya terus sakit dan pedih.

Apabila masa berbaki satu minit, Robert menolak Ayden jatuh dan menguncinya supaya dia memperoleh kemenangan seperti yang dia mahu. Wajah masing-masing sudah merah melawan kekuatan masing-masing, Ayden memandang skrin yang menunjukkan masa sudah tinggal 20 saat. Dengan sisa baki kekuatan yang masih ada dia terus terbalikkan kedudukan dimana Robert dibawah dan dia mengunci lelaki itu pula hinggalah loceng berbunyi menandakan kemenangan miliknya.

Mereka berdua dibawa ke tengah untuk pengumuman keputusan.

" All three judges all see exactly the same and here he is the winner of this main fight our King, Ayden Kaiser! " tangan Ayden diangkat tinggi bersertakan sorakan, dia melambai ke arah penyokongnya manakala Robert menayangkan muka bengisnya.

" 17 victories and no defeats, we admit that he is the real King and he back with that belt for his last fight! " kata pengacara bangga lalu dia merangkul leher Ayden Kaiser. " Congratulations. Do you have any words for Robert Eason for the outstanding fights? " tanya pengacara, Ayden tersenyum.

Dia mengambil mikrofon yang dihulurkan, " I'm proud of him for defending the belt, thank you Robert for stepping into this cage. " ucapnya, pengacara tersebut memandangnya sekali lagi sambil tersenyum mengusik. " How's about your wife? "

" Well... Naayla Zahra, thank you for everything and this victory is for you, sayang. "

Dengar sahaja ayat itu Robert merengus kasar, mana mungkin dendamnya cuma berakhir di dalam ' sangkar ' tersebut. Semua tahu bahawa setiap kali dia mahukan sesuatu dia akan mendapatkannya hingga berjaya tidak kiralah apa halangan sekalipun jika terdapat rancangan lain dia akan terus lakukan tanpa sebarang persoalan.

Setelah tamat Ayden kembali semula ke ruang menunggu. Kelihatan Naayla Zahra sedang duduk di kerusi dengan sisa air mata yang mengalir di pipi. Lelaki itu pantas lalu air mata diseka. Dari dulu sampailah sekarang, wanita itu pasti akan menangis setiap kali menonton perlawanannya. Tidak tahulah apa yang sedihnya.

Naayla memandang luka-luka kecil yang terdapat pada wajah suaminya dengan muka bimbang, " Ayd sakit ke? " tanya Naayla, Ayden tersenyum halus lalu dia mengusap rambut Naayla lembut sambil menggeleng.

" Tengok Naayla semua sakit terus hilang. " Lengan lelaki itu dicubit perlahan dengan geram, tiba-tiba Ayden mengadu sakit terus wajah Naayla berubah semula. Setahunya dia tidaklah mencubit sekuat itu, bekas cubitan itu dipegang. " Sorry... " katanya meleret, kedengaran suara tawa Ayden Kaiser. " Comel betullah dia ni! " ujarnya ceria.

" Boleh tak jangan nak bergurau benda-benda macamni?! " marah Naayla, dia punyalah bimbang melihat perlawanan tadi dari awal hingga akhir suaminya itu boleh pula bergurau. Kalaulah apa-apa jadi pada lelaki itu sudah tentu Naayla tidak mahu mencari pengganti. " Tadi Ayden dekat sana pun Naayla berdoa supaya Ayden tak tinggalkan Naayla tau. " sambungnya .

Ayden memegang pipi Naayla, " Ayd tak akan tinggalkan Naayla sampai bila-bila sekalipun. Do you trust me, hm? " dia bertanya sambil mata mereka berpaut, perlahan-lahan isterinya mengangguk . 

" Good girl. "

KAISER : The Hidden KingDonde viven las historias. Descúbrelo ahora