058

10K 561 20
                                    

FERRARI SF90 memecut laju di atas jalan raya pada jam 4 pagi mencari keberadaan Naayla Zahra yang keluar sendirian selepas tercetusnya pergaduhan antara dia dan Ayden Kaiser. Mata menangkap seorang wanita berbaju hitam yang sedang duduk di perhentian bas sambil memeluk lututnya, apabila wajahnya diangkat untuk menyeka air mata yang mengalir Lion tersenyum halus lalu menghentikan kereta di tepi jalan sebelum menghampiri Naayla. Apalah gadis itu buat di dalam hujan lebat sebegini.

" Hi cantik. " Lion menyapa Naayla seperti dahulu kala ketika mereka kecil lalu dia mengambil tempat di sebelah Naayla. Jaket hitam yang dipakainya diletakkan di atas bahu Naayla yang terdedah, risau pula jika wanita itu jatuh sakit. Dalam suasana sunyi di antara mereka itu Lion mengambil kesempatan merenung wajah Naayla dari sisi. Tidak sangka dia akan bertemu dengan cinta pertamanya setelah sekian lama tidak mendengar khabar, walaupun waktu itu dia baru sahaja 9 tahun Naayla seolah-olah mempunyai personaliti tersendiri yang menjentik hati Aryan Haider. 

Lion menggeleng perlahan sambil menunduk. Siapa sangka bahawa cinta pertamanya sudah memegang gelaran kakak ipar, isteri kepada abangnya sendiri Ayden Kaiser. Malangnya dari dulu hingga sekarang tiada siapa dapat mengganti tempatnya di dalam hati.

' I still love you, Rara. ' monolognya lalu dia memandang tubuh Naayla yang sedikit terketar kerana kesejukan yang mula terasa pasa kulit. Tangannya dihulurkan pada Naayla, wanita itu terus mendongak memandangnya hairan serentak itu satu senyuman manis diberikan padanya. " Jom kita balik, nanti kau demam Ayd yang susah nak jaga. " kata Lion namun dibalas dengan gelengan. " Naayla tak nak jumpa dia. " Belum sempat Lion mahu memujuknya lagi, nama Naayla dipanggil dari jauh.

Kelihatan Ayden Kaiser yang baru sahaja keluar dari kereta Lamborghini Veneno menghampiri Naayla dengan wajah risau. Sejak Naayla keluar dari rumah hatinya tidak tenang, dia risaukan keselamatan isterinya. 

Tubuh Naayla didakap erat, air mata lelaki itu mengalir buat pertama kalinya di hadapan wanita itu. Dagu ditongkat pada bahu Naayla sambil tangan mengusap belakang badan, " Sayang... I'm so sorry. Kita balik ya? " namun tubuhnya ditolak. Naayla memandang Lion yang sedang berdiri di sebelahnya, kemudian dia terus berjalan masuk ke dalam Ferrari SF90 milik Lion.

Lion yang masih di luar mengerling ke arah Ayden, dia menepuk bahunya perlahan sebelum masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan Ayden Kaiser sendirian di situ. Hancur hati lelaki itu apabila isterinya lebih memilih untuk pulang bersama Aryan Haider berbanding dengan suami sendiri. Dia duduk di perhentian bas berharap bahawa Naayla datang kepadanya semula dan memaafkan salahnya tersebut namun hampa tiada tanda-tanda wanita itu akan datang hinggalah hujan berhenti membasahi Bumi.

' You can hate me but I'll always love you, Naayla Zahra. '

SATIN NIGHTDRESS paras buku lali berwarna hitam yang tersarung pada tubuh Naayla dipandang sekilas sebelum Lion mengambil hoodie biru muda yang memang tersedia di dalam keretanya lalu dihulurkan padanya. Nasiblah hoodie itu sentiasa ada bersama di dalam kereta sebagai persediaan jika dia mahu kemana-mana setelah membuat kerja bolehlah membuat wanita itu lebih selesa.

" Thanks. " balas Naayla sepatah, kemudian dia beri semula jaket hitam yang menutup bahunya dari tadi lalu menyarung hoodie biru muda tersebut ke tubuhnya. Setelah selesai Naayla berpaling memandang ke luar tingkap tenggelam dengan pemikiran sendiri. 

Namun tiba-tiba terasa perjalanan agak lama malah jalan itu juga bukan jalan yang dia lalui sebentar tadi sewaktu keluar dari rumah, dia memandang Lion yang memandu. " Bukan kita nak balik ke? " tanya Naayla tidak dibalas olehnya. " Aryan... Aryan salah jalan ni. " dia cuba memberitahu sekali lagi. Walaupun dia tidaklah lama mana tinggal di rumah Jonas Benjamin dia tahu jalan yang harus dilalui jadi mustahillah jika lelaki yang dari kecil tinggal bersama Jonas terlupa.

" I just want to spend a day with you before I forget all my feelings for you. "

Serentak itu kereta dipecut laju di atas jalan raya, Lion tahu itu bukanlah masa yang sesuai untuk membawa Naayla meluangkan masa bersamanya dalam keadaan masih marah pada Ayden tetapi apa salahnya jika dia dapat melupakan segala masalah yang bermain di fikiran sekali gus membuat Naayla wanita paling bahagia walaupun sekejap.

Dalam beberapa minit kemudian mereka tiba di Santa Monica Beach. Naayla sekadar mengikut langkah lelaki itu mengambil tempat menghadap pantai yang terbentang luas dan indah. Matahari yang baru sahaja terbit menerangi tempat itu dipandang lama sebelum Lion memandang air mata yang bertakung pada tubir mata Naayla.

" Do you love him? " dia mengangguk dengan pandangan yang masih kekal pada matahari di hadapan.

Lion tersenyum halus. " Kalau aku boleh lupakan apa yang dia dah buat dulu demi kau kenapa kau tak boleh maafkan dia demi aku? " Sejujurnya selepas dia dapat tahu bahawa Naayla Zahra lah merupakan isteri lelaki itu entah kenapa dia tidak sanggup pula untuk membalas dendam, mungkin kerana Ayden Kaiser lah kebahagiaan cinta pertamanya.

" Tapi... "

" I am still alive and there's nothing wrong with it right? " kening kiri ternaik meyakinkan Naayla untuk memaafkan abangnya walaupun dia sendiri akan tersakiti melihat mereka berdua terus bahagia. Namun kebahagiaan Naayla juga merupakan kebahagiaannya bukan?

" Dia tipu sejak kitorang sekolah lagi, Aryan. " Lion terdiam seketika sebelum dia mengeluarkan pemetik apinya lalu menunjuk bunga ros hitam yang terukir ke arah Naayla. " Black rose. Semua orang cuma tahu ia sekadar bunga but no one knows the meaning. Black rose represent death same goes to human, everyone knows their names but not their stories. Mungkin Ayden tak nak kau nampak diri dia yang sebenar macammana dia nampak diri sendiri. "

Naayla memandang wajah Lion lama " Aryan okay ke kalau Rara maafkan orang yang pernah tembak Aryan? " Lion terus ketawa halus. " Itu hak kau Rara, tak ada halangan untuk kau nak berbaik semula dengan dia. We still can be friends. "

" Haha yeah, friends. " sambungnya.

Air mata yang sudah kering diseka lalu Naayla menghela nafas berat sebelum dia mendepakan tangan menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi itu. " So harini aku nak bawa kau lupakan semua benda yang buruk terjadi dekat sini tapi kau kena janji dengan aku untuk maafkan Ayden. Boleh?  " Naayla mengangguk sambil tersenyum halus, " Terima kasih, Aryan. "

" My pleasure but Naayla... "

Naayla menoleh memandang lelaki itu.

" Can you stop calling me Aryan because he's already dead to me. "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now