041

11.5K 658 9
                                    

DAGU DITONGKAT di atas meja sambil tangan mengoyakkan tisu menjadi kecil , Raiz yang duduk di hadapan Naayla merenung tindakannya . Naayla mengajaknya untuk keluar makan malam cuma untuk berdiam diri berlayar jauh dengan fikiran sendiri ke ?

" Kenapa kau asyik mengelamun dari tadi ? Ada apa-apa jadi ? " tanya Raiz Affan , dagunya juga ditongkatkan memandang Naayla . Dengar keluhan Naayla seketika sebelum dia membalas pandangan lelaki itu . " Haritu aku nampak Ayden dekat lapangan terbang tapi dia tak ada dekat rumah . " katanya .

Raiz tersentak , " Ayden dah balik atau itu cuma imaginasi kau ? " tanya Raiz hairan , dia tahu gadis di hadapannya sudah lama menunggu kehadiran Ayden Kaiser semula malah beberapa kali jugalah Naayla memberitahu dia ternampak Ayden sedangkan kebenarannya itu bukanlah diri lelaki itu .

Naayla mengeluh sekali lagi , " Dia memang dah balik , aku panggil pun dia pandang aku . Aku tak salah orang macam sebelum ni , Raiz . " katanya . " Kau dah call papa dia ? " Naayla mengangguk .

" Tapi tak jawab . "

" Tak apalah , nanti kalau aku jumpa Tuan Ethan biar aku yang tanya . But sekarang kau jangan asyik fikirkan semua tu . Kalau Ayden sayang kau , dia akan muncul bila-bila saja . " pesan Raiz disambut senyuman halus Naayla Zahra .

Makanan disuap ke dalam mulut sebelum dia berpaling memandang ke tingkap . " Kau cakap dulu bulan boleh jadi mimpi ngerikan ? " Naayla terimbau kata Raiz kepadanya dahulu semasa mereka meluangkan masa di taman tema . " Tapi bagi aku , bulan itu indah . Bersaksikan bulanlah Ayden luahkan perasaan dia dan melamar aku . " katanya lalu dia tersenyum halus .

Namun Raiz tidak memberi sebarang reaksi malah dia terus hanyut dengan fikiran kerana bersaksikan bulanlah dia kehilangan setiap orang yang dia sayang .

Telefon Raiz Affan berdering minta diangkat , dia memandang Naayla sekilas sebelum menjawab panggilan daripada Aqashah .

" Iz , tolong ambil aku dekat studio sekejap . " Apabila dijawab manusia di sebalik panggilan terus memberitahu tujuan dia mendail Raiz Affan , tidak tahu mengapa keretanya tiba-tiba bermasalah . Sudahlah semua rakannya sudah pulang awal , malang betul .

" Aku keluar dengan Naayla ni tapi sekejap lagi aku sampai ambil kau . " kata Raiz , Naayla mengerling ke arahnya apabila nama dia disebut . Setelah panggilan dimatikan , Raiz mengurut belakang leher sambil memandang Naayla serba salah . Kasihan pula dia mahu meninggalkan gadis itu sendirian di kafe tersebut . " Er..Naayla . " panggilnya .

" Qash suruh ambil dia dekat studio lah , kau tak apakan kalau aku balik dulu ? " Naayla mengangguk , " Tak apa lagipun aku nak pergi satu tempat ni . Kau baliklah dulu , ambil Qash . " balasnya .

Raiz tersenyum halus lalu dia meminta izin untuk beredar meninggalkan Naayla sendirian begitu juga dirinya memecut laju ke sebuah tempat istimewa .

Sampai sahaja di situ , Naayla keluar dari kereta lalu dia mendepakan tangan menikmati angin yang meniup tubuhnya . Dulu , tempat inilah tempat yang selalu dia meluangkan masa bersama Ayden Kaiser . Matanya memandang cincin di jari , mesti seronok jika Ayden berada bersamanya kini .

" I'm better when I'm with you . " katanya sendirian .

" Letting you go was the hardest thing I've ever done , Naayla Zahra . " Seorang lelaki datang berdiri di sebelahnya , dia menoleh ke arah Naayla lalu mengalihkan pandangan kepada pemandangan di hadapan . Mata Naayla terkebil-kebil memandangnya tidak percaya bahawa lelaki itu tidak mengelak lagi .

Mata Naayla masih melekat pada wajahnya , " Ini betul ke Ayden ? " tanyanya secara tiba-tiba , lelaki itu ketawa halus . Dia berpaling ke arah Naayla lalu tangan naik mengusap rambut gadis itu seperti sebelum ini . " Kenapa ? Nampak macam hantu ke ? " tanya Ayden kembali , mengusik . Tangan Ayden ditepis , Naayla melangkah menjauhi Ayden kebelakang .

" Kenapa kau elak daripada aku haritu ? " tanya Naayla , hatinya tiba-tiba berat apabila memandang lelaki yang dia tunggu selama ini sudahpun berada di hadapan mata . " Aku takut kau marah aku pergi macam itu saja . " lengan Ayden dicubit geram .

" Ada aku cakap aku marah kau ke ? Kau tahu tak aku tunggu kau selama ni tapi bila kau nampak aku , kau larikan diri . Aku tak marah kau lang- "

Wajah Ayden mendekat dengannya sambil jari telunjuk diletakkan di bibir lelaki itu sendiri lalu dia tersenyum manis memandang Naayla yang sudah diam dari terus membebel . " Shh... Janganlah bebel kan aku dah ada depan mata kau , sayang . " pintas Ayden lembut . Seretak itu dahi Ayden dijentik Naayla .

" Auch ! " adu Ayden sambil menggosok dahinya yang memerah , dia memandang geram ke arah Naayla yang seronok ketawa melihat dia dalam kesakitan . Lelaki itu terus mencubit hidung Naayla membuatkan Naayla berdecit . Mereka berdua duduk bersebelahan di bawah sebuah pokok besar di situ . Naayla tersenyum ceria setelah sekian lama dia dibelenggu dengan perasaan bimbang terhadap Ayden Kaiser .

" Jom kahwin . "

Hampir tersedak Naayla mendengar bait kata Ayden di sebelahnya . Dahlah baru muncul terus ajak kahwin ? Eh ?

" Wah ... Senangnya ajak anak orang kahwin . " perli Naayla disambut dengan tawa sinis lelaki itu . " Sebab senanglah aku ajak kau kahwin . Lagipun kalau aku nak melamar macam dulu , tak surprise dah . " balasnya . Teringat pula cara dia melamar Naayla sewaktu mereka berdua menari di sebuah dewan mewah di khalayak ramai .

Mereka berdua tertawa kecil apabila teringat tentang peristiwa itu , Naayla memandangnya disebelah begitu juga dengan Ayden Kaiser . Suasana di antara mereka tiba-tiba sahaja sunyi kecuali bunyi kesesakan lalu lintas yang dipenuhi dengan kenderaan dan bunyi bising sebuah bandar .

Mata dua insan itu saling berpandangan seperti waktu mereka bersama tiga tahun lepas .

" I love you , Naayla Zahra . "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now