010

15K 851 0
                                    

MULUTNYA bersiul sambil kaki diayunkan ke udara , matanya memandang suasana malam di taman tema itu . Nasib baik ibu bapanya memberi kebenaran untuk keluar ke taman tema bersama Farid . Jika tidak , pasti dia berasa bosan di rumah memandangkan gadis itu merupakan anak tunggal .

" Aku ada ajak Raiz tau sebab aku janji dengan dia nak lepak malamni . "

Aliya terus memandang lelaki itu teruja . " Bagus , bagus . Sekejap eh aku nak call someone . " dengan itu Aliya terus menjauhi Farid dan mendail nombor telefon Naayla Zahra .

Tut ..

Tut ..

" Hell- "

" Naayla ! Jom teman aku dekat theme park ? Farid tinggal aku seorang diri dekat sini , pleaseeee ? " tipu Aliya , dia cuba membuat suara sedih supaya Naayla bersetuju . Jika dia beritahu bahawa Raiz akan muncul pasti gadis itu tidak mahu kerana segan . Sampai bila dia mahu malu bertemu Raiz ? Sudahlah tahun ini tahun akhir mereka sekolah lagipun SPM juga mahu dekat .

" Aku tak ada mood la , Aliya . "

" Sebab kau tak ada mood la kau kena enjoy , Naayla Zahra ! " gadis itu masih memujuk Naayla . Lama Naayla mendiamkan diri sehingga dia bersetuju dengan ajakan gadis tersebut .Lagipun jika dia keluar , dia tidak perlu berhadapan dengan Naufal Zaid di rumah .

Panggilan dimatikan , langkah Naayla diaturkan ke almari lalu sehelai hoodie berwarna hitam disarungkan ke tubuhnya . Rambut pendek paras bahu itu dikemaskan kemudian topi hitam menutup kepalanya . Selesai sahaja bersiap , gadis itu beredar menaiki motorsikal .

Dia tiba di sebuah taman tema beberapa minit kemudian , sampai sahaja di situ Aliya sudah kelihatan di hadapan pintu utama . Namun seorang lelaki yang berdiri di sebelah gadis itu membuatkan Naayla agak hairan . Dia terus berlari merangkul leher Aliya yang tersenyum ceria seperti ada sesuatu yang disorokkan olehnya .

" Kau cakap Farid tingg- "

" Hai Raiz ! " sapa Aliya memintas ayat rakannya itu sambil melambai ke arah seorang lelaki yang menghampiri mereka bertiga . Raiz Affan membalas lambaian tersebut kemudian menepuk bahu Farid yang tersengih . Naayla Zahra pula cuba sedaya upaya menutup mukanya dengan topi . Sepatutnya dia sudah boleh agak bahawa Aliya menipunya kerana selama ini Farid tidak pernah meninggalkan Aliya sendirian apatah lagi waktu malam sebegini .

" Haa Farid , jom ! "

Aliya menarik hujung baju Farid pergi ke permainan yang ada disitu manakala Naayla dan Raiz ditinggalkan berdua di pintu utama . Raiz Affan membongkok sedikit untuk melihat wajah gadis yang dari tadi menyorokkan wajahnya itu .

Bibir lelaki itu mengukirkan senyuman nipis .

" Assalamualaikum . " sapanya , Naayla mendongak memandang Raiz . Seperti biasa , setiap kali mereka bertentang mata pasti jantungnya berdegup laju sekali gus pipinya yang merah dan membahang . " Wa-waalaikumussalam . " balasnya lalu rambutnya dikemaskan sambil berjalan laju di hadapan Raiz .

Dia tidak mahu Raiz menegur dirinya yang sedang malu .

Tanpa disedari , dia benar-benar sudah jauh daripada Aliya , Raiz dan Farid . Naayla memandang sekeliling , kini dia sudah ditenggelami dengan sesakan orang awam yang berada di situ . Tiba-tiba hoodie-nya ditarik oleh seseorang .

" Hold me and never let me go , okay ? " wajah Raiz Affan menghias pandangannya . " Nah , pegang ni . " arah Raiz sambil menunjuk hujung lengan bajunya . Dengan perlahan lengan bajunya itu dipegang .

Raiz memandangnya sekilas sebelum memulakan langkah menghampiri Aliya dan Farid . " Kalau kau hilang macam tadi , Aliya risau . " kata Raiz perlahan . Naayla sekadar menunduk memandang tanah hingga mereka tiba di hadapan sebuah ferris wheel .

" Naik berempat ya ? " tanya pekerja yang ditugaskan untuk menjaga bahagian tersebut . Farid menggeleng laju . " Saya dengan dia naik berdua . " balasnya sambil menunjuk dirinya dan Aliya , kemudian Farid memandang Raiz dibelakang .

" Diorang pun naik berdua . "

Naayla Zahra tersentak apabila Farid menunding jari ke arah dirinya dan Raiz Affan . " No no , aku takut tinggi lah ! " namun Aliya tersenyum mengejek mendengar katanya itu . " Raiz ada , Naayla . Kau okay je dekat atas sana nanti , aku janji . "

" Kesian Raiz , ini benda wajib dia main tau setiap kali pergi sini . Tak akan lelaki handsome macam dia naik seorang kot ? " Farid menambah-nambah supaya Naayla bersetuju untuk naik bersama rakannya . Serentak itu , dia dan Aliya sudahpun masuk ke tempat duduk mereka .

Raiz menoleh ke arah Naayla yang agak risau sambil memandang tempat duduk di hadapan mereka berdua . " Kalau kau tak nak , kita tunggu dekat sini saja . " namun Naayla menggeleng lalu terus berjalan masuk . Raiz menjongketkan keningnya hairan sambil mengikut Naayla Zahra .

Bergerak sahaja ferris wheel itu , Naayla terus memejam matanya rapat manakala tangannya digenggam . Raiz yang sedang berpeluk tubuh di hadapan memandangnya , " Cuba buka mata tu . " katanya .

Naayla cuba membuka matanya perlahan dan perkara pertama yang dilihat ialah bulan yang menerangi langit luas gelap berhias bintang . Matanya seolah-olah bersinar kagum dengan ciptaan indah di hadapannya itu .

" I've had a rough day and honestly all i want is this . "

" If you ever feeling lonely , just look at the moon . Trust me , someone is looking at it too and maybe you share the same story with them . "

Naayla mengerling ke arah Raiz yang sedang memerhati bulan terang tersebut .

" Itu sebab kau suka naik benda ni ? "

Raiz mengeluh lalu dia meraup wajahnya sebelum membalas pandangan gadis itu . " Aku ada kisah aku sendiri dulu . " pandangannya dikembalikan kepada pemandangan di hadapan .

TANGAN dilambai ke arah Naayla sebelum Aliya beredar menaiki kereta bersama Farid untuk pulang ke rumah . Hilang sahaja bayangan dua orang itu , Naayla memandang Raiz Affan yang berjalan sambil memasukkan tangan ke dalam poket di hadapannya . Dia tahu lelaki itu semestinya mengingati kisah lamanya selepas menaiki ferris wheel sebentar tadi .

Keluar sahaja dari tempat itu tadi , Raiz terus ingin pulang dengan alasan dia sudah penat . Wajahnya yang ceria serta-merta hilang , mustahillah dia baik-baik sahaja .

" Aku balik dulu . " kata Naayla sebelum dia ke arah motorsikalnya . Namun langkah terhenti apabila namanya dipanggil lelaki itu . Dia menoleh memandang Raiz Affan di belakang .

" But Naayla , moon can be a nightmare too . "


KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now