053

10.2K 560 5
                                    

JONAS BENJAMIN berjalan menuruni tangga bersama tongkat ditangan untuk menyambut Ayden Kaiser dan Naayla Zahra yang baru tiba bersama Zach untuk makan malam mereka. Apabila cucunya itu masuk ke dalam rumah, dia mengukir senyuman lalu matanya mengerling ke arah tangan lelaki itu yang berpegangan erat dengan seorang wanita disisi. " You must be Naayla Zahra. " katanya menghampiri pasangan itu, Naayla mengangguk membalasnya lalu Jonas menghulurkan tangan.

" Welcome to our family. " ucapnya sekaligus tangan disambut oleh Naayla dengan senyuman manis yang terukir pada bibir. Ayden menepis tangan Jonas kasar namun lelaki tua tersebut masih kekal tersenyum halus.

Benarkah ini datuk kepada Ayden Kaiser?

Tidak pernah pula melihat senyumannya.

Mereka berempat berjalan ke ruang makan, sempat lagi Naayla menjeling Ayden geram. Dia tahu bahawa Jonas itu merupakan manusia yang paling suaminya benci tapi tidak perlulah memberi layanan sebegitu rupa lagipun Jonas sudahpun meminta maaf atas semua perbuatannya dalam surat yang dikirim oleh Zach semalam.

Mungkin dia benar-benar maksudkan semuanya. Hati manusia kan boleh berubah?

Empat orang gaji menarik kerusi untuk mereka tanpa riak, wajah masing-masing tiada perasaan walaupun sedikit senyuman seolah-olah patung. Naayla agak kekok dengan situasi yang baru dia alami namun tidak bagi Jonas Benjamin, Ayden Kaiser dan Zach. Naayla menunduk sedikit tanda hormat, " Thank you. " ucapnya namun mereka terus beredar sesudah dia duduk bersama yang lain.

Jonas memandang semua yang berada di meja makan tersebut seorang demi seorang, matanya tertumpu pada kerusi kosong di sebelah Zach yang sepatutnya Lion duduk. Sejak Zach keluar hinggalah Zach sudah pulang menjemput Ayden, Lion masih tidak pulang sedangkan dia keluar pada waktu yang sama dengan lelaki itu.

Seketika Jonas meletakkan garpu dan pisau lalu dia berdehem memecahkan suasana yang sunyi, dia mengerling ke arah Ayden Kaiser. " Your birthday is coming soon, right? " Ayden mengangguk membalas pertanyaannya kerana hari lahirkan akan tiba dua minggu lagi. " Why don't we just celebrate it here? " cadang Jonas.

" I don't want to celebrate my birthday. "

Ayden menayangkan wajah dinginnya. Sudah lama dia tidak meraikan hari lahir memandangkan dahulu ibunya juga meninggal dunia pada tarikh yang sama dengan hari istimewa tersebut.

Datuknya ketawa kekok, " If you're still mad at me, go ahead but please... I want my grandson back and celebrate your birthday here. " rayu Jonas. Dahulu sewaktu Ayden Kaiser kecil setiap kali hari lahirnya pasti disambut bersama namun sejak dia berpindah ke Malaysia semuanya berubah malah wajah Jonas sedikit pun tidak mahu dipandang kerana benci.

Ayden menoleh memandang Naayla yang mengangguk untuk dia bersetuju, " Okay, fine. "

Setelah selesai makan malam mereka bersama, Ayden Kaiser terus menarik tangan Naayla untuk beredar. Jonas memandangnya hairan, " Where are you going? ", Ayden terus menoleh memandang datuknya dia melepaskan tangan Naayla lalu menghampirinya.

" You know what? You're suspicious. First, you invited us to this dinner and second, you want to celebrate my birthday and third, you asked me to stay here. Be honest with me, what do you want from me? "

" I already apologized and I don't want anything from you. "

Ayden ketawa sinis mendengar balasan datuknya.

" Liar. "

LION bersiul di atas rooftop bangunan berdekatan sebuah hotel sambil mengemaskan sarung tangan hitamnya. Sudah satu jam lebih dia berada di situ sengaja tidak mahu menyertai makan malam bersama Jonas Benjamin dan yang lain. Lagipun, dia tahu bahawa Jonas mahu menyambut hari lahir Ayden Kaiser dan bercadang untuk lelaki itu tinggal di rumahnya sementara. Lion sudah dengar semua perancangan Jonas dan Zach petang tadi sebelum Zach pergi menjemput Ayden. Tapi dia tidak tahu sama ada cucu sulung Jonas itu bersetuju atau tidak.

Jika setuju sekalipun mungkin tidak sempat dia membawa semua bagasi ke rumah Jonas dia sudahpun pergi. Pergi mana? Pergi mati.

Lion berjalan kehulu-hilir, gambaran seseorang ditembak tepat di dahi berlayar di ruang imaginasi membuatkan dia ketawa puas melihat percikan darah. Jikalau pada hari sebelumnya dia menyelamatkan Ayden Kaiser daripada dilanggar tetapi malam itu dia sendiri akan pastikan nyawa lelaki itu melayang.

Tiba-tiba mata Lion menangkap kehadiran sebuah kereta milik Zach di hadapan hotel sekali gus dia menghampiri snipernya dan mengacukan pada kereta menunggu seseorang muncul dalam pandangan. Apabila Ayden Kaiser keluar daripada kereta tersebut dan berbual bersama Zack, Lion menjadikan dia sebagai target sambil senyuman sinis terukir pada bibirnya.

" Rest well, King. " katanya.

Baru sahaja dia mahu melepaskan das tembakan, seorang wanita berdiri bersebelahan lelaki itu menghalang target Lion. Dia terus menjeling tajam sambil mencebik. Ini kalau dia lepaskan tembakan, Ayden pasti akan tercengang di situ. " Stay away from my sight, you idiot. " katanya kasar.

Namun apabila wajah wanita itu jelas pada pandangannya, tangan Lion terus berketar hebat membuatkan dia terlepas pegangan pada sniper. Kakinya bergerak selangkah kebelakang namun dia terus meraup wajahnya kasar sambil menggeleng untuk kembali memberi perhatian. " Focus, Lion. " serentak itu sekali lagi dia mengacukan sniper dan mencari wajah Ayden semula namun dia tertumpu pada Zach.

" Oh no. " katanya perlahan apabila Zach memandangnya dari jauh sambil berpeluk tubuh dengan wajah memberi amaran.

Pasti rancangannya itu akan diberitahu kepada Jonas Benjamin!

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now