022

12.1K 715 8
                                    

NAAYLA ZAHRA mengemaskan dress putih yang tersarung ditubuhnya lalu mengambil tas hitam yang tersusun di rak , setelah puas hati dengan penampilannya pada hari itu dia berjalan keluar rumah lalu menuju ke kereta BMW M3 milik Harris Qalish yang menunggu di luar pagar rumah . Apabila melihat bayangannya , Harris terus keluar dan menghampiri gadis itu .

" You're the most beautiful person I have ever seen , Naayla . " Naayla membalas dengan senyuman kemudian Harris membuka pintu bahagian penumpang untuknya lagak seorang gentleman . Senyuman manis yang terukir di bibir lelaki itu dari tadi tidak pudar-pudar .

Sepanjang perjalanan dia hanya memberi perhatian ke arah jalan raya manakala Naayla mendengar lagu yang berkumandang dari radio . Dia agak kekok untuk berbual bersama lelaki yang baru dia kenal itu .

Sampai sahaja di sebuah restoran mewah , mereka di bawa ke meja makan di sudut ruang tersebut dan membuat pesanan . Beberapa minit kemudian dua pinggan spaghetti carbonara dan sepotong kek red velvet dihidang bersama dua gelas jus oren di hadapan mereka . Spaghetti tersebut digulung menggunakan garpu lalu disuakan ke mulut .

" Sedap ke ? " tanya Harris .

" Sedap ! Ruginya , I tak pernah pergi sini selama ni . " kata Naayla , kesal . Harris tertawa halus . Dia memandang Naayla lama , gadis itu mempunyai raut wajah yang manis dan menawan . Tidak mustahillah dia mempunyai ramai peminat . " You mesti dah ada boyfriend kan ? " pertanyaan itu membuatkan Naayla tersentak seketika .

" Muka macam I ni nak ada boyfriend ? Lambat lagi , Harris . " katanya sambil tertawa . Dengar sahaja jawapan yang diberikan Harris terus membuat muka terkejut . " Orang cantik, berbakat macam you ni kalau jadi girlfriend I , I bangga sangat tau . Rasa nak beritahu satu dunia . "

Naayla tertawa mendengar gurauannya , " Amboi ! Beritahu satu dunia ? Buat malu saja . " Harris menyuakan spaghetti ke dalam mulut sebelum memberi respon . " Mestilah ! By the way , I ingatkan lelaki yang balik Malaysia dengan you haritu boyfriend you . So , dia cuma abang you je lah kan ? "

Ayden Kaiser abangnya ? Kalaulah ya , pasti dia tidak boleh berjumpa dengan lelaki ini . Entah-entah terus dikurung olehnya . Ish seram !

" He's my close friend . "

" No feelings ? "

Naayla menggeleng . Serentak itu Harris melepaskan nafas lega , " Kalau ada , melepaslah I ! " kata Harris selamba . Apa yang melepas ? Naayla menjongketkan kening kanannya hairan . " What do you mean ? " dia terus tersengih malu lalu menggeleng perlahan tidak mahu menjawab . Dengan itu , mereka menjamu selera dengan muzik yang memenuhi ruang tersebut .

Selesai sahaja , Harris meletakkan beberapa keping wang di dalam sebuah buku lalu mengajak Naayla untuk keluar dari tempat itu . Seterusnya , mereka berdua tiba di sebuah taman . Sebuah bangku berhadapan tasik dituju , Harris duduk di sebelah Naayla .

" Dulu I tengok you dari jauh sahaja , tak sangka hari ini siap boleh date lagi dengan you . " Harris memandang Naayla , mata mereka saling berpandangan . Perlahan-lahan tangan Harris dinaikkan mengusap pipi Naayla .

" I'm in love with- "

" Ehem ! " Naayla berdehem lalu menepis tangan lelaki itu . Harris terus mendongak memandang langit gelap itu , suasana janggal mula muncul di antara mereka . " I'm sorry , Naayla . Maybe I terlalu selesa dengan you . " Naayla menaikkan kedua bahunya , " It's okay . You gurau je kan ? " Namun dibalas dengan senyuman nipis Harris sahaja .

" You nak balik sekarang ke ? " tanya Harris , Naayla sekadar mengangguk . Sebelum dia mendengar luahan penuh dari lelaki itu baik dia balik dahulu . Sudahlah dia baru sahaja mengenalinya , tak akanlah nak terima pula ? Tidak mahu menyesal kemudian hari , tak tentu pasal dia pula harus tanggung sakit hati .

Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta untuk menghantar Naayla pulang ke rumah .

AYDEN KAISER baring di atas keretanya merenung bintang-bintang yang menghias langit malam sambil menghembus asap rokok ke udara . Dari tadi dia menelefon Naayla tapi tidak dijawab , apabila ketuk pintu rumahnya tidak pula menyahut . Entah kemanalah gadis itu malam-malam sebegini .

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Naayla Zahra . Ayden memerhati Naayla tersenyum mesra terhadap seoang lelaki di dalam kereta itu . Apabila matanya berpaut dengan mata Naayla , dia mengalihkan pandangan ke tempat lain . Setelah kereta itu beredar , Naayla menghampiri di halaman rumahnya itu . Rokok dimulut Ayden dirampas dengan muka geram .

" Aku dah cakap kau kena stop hisap rokok kan . Nak mati awal ke ? " marahnya lalu dipijak seputung rokok itu ke tanah . Ayden sekadar berpeluk tubuh memandangnya tanpa riak , " Kau keluar dengan lelaki mana tadi ? " tanyanya seperti seorang abang yang melindungi adiknya .

" Harris . Kenapa ? Kau cemburu eh ? " tanya Naayla mengusik . Walaupun Ayden bukan dalam mood baik , dia masih berani mengusik rakannya itu . " I'm serious , Naayla . " kata Ayden sambil memandangnya tajam . Kecut perut gadis itu ! " Okay , okay . Sorry aku lupa nak beritahu , " dia duduk di sebelah Ayden Kaiser .

Mulalah gadis itu bercerita tentang aktiviti dia bersama Harris Qalish tadi termasuk dengan lelaki itu cuba meluahkan perasaan . Dengar sahaja tentang itu , Ayden tertawa sinis . Memang sejak pertama kali bertemu lagi dia sudah agak Harris mempunyai perasaan terhadap Naayla . See ? Kan betul !

" Dia tak sepadan dengan kau . " katanya , lancar sahaja dia berkata sebegitu tanpa hiraukan perasaan orang lain .

Sekejap sahaja masa berlalu , malam semakin lewat . Baru sahaja Naayla ingin beredar masuk ke rumahnya , telefonnya berdering minta diangkat . Nama Harris muncul di skrin telefon .

" Hello ? "

" Can you come to my house ? Tiba-tiba I rasa macam tak sihat . "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now