051

10.6K 591 8
                                    

LION berjalan keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambut yang basah lalu dia menyangkut tuala ke bahunya menghampiri telefon yang berdering di atas meja kecil. Dia terus menghela nafas berat apabila mendengar suara Jonas Benjamin di sebalik panggilan. 

" How long are you going to stay there?

" Forever. " balas Lion dingin sedangkan dia sudah mahu pulang ke Los Angeles pada malam itu. Dia tidak suka apabila Jonas mengambil tahu tentangnya malah dialah satu-satunya Benjamins yang berani menaikkan suara dan mengabaikan lelaki tua tersebut. Lagipula siapalah Jonas itu untuk dia hormat? Segerun lelaki tua itu dimata orang lain, Lion hanya melihatnya seperti warga emas biasa.

Jonas merengus geram dengan respon dari Lion, " I am f*cking serious, Lion. You have to be here tomorrow morning. No buts. " Lion ketawa sinis kemudian dia menjeling telefonnya. " So what? " balasnya kasar sebelum dia mematikan panggilan tersebut tanpa menunggu Jonas Benjamin membalas. Setelah dia mencampak telefon ke atas katil, dia bersiap untuk pulang dengan memakai pakaian serba hitam bersama topeng mulut hitam. 

Dia menunggu Noah iaitu rakannya di hadapan pintu hotel sambil memandang pantai yang terbentang luas di hadapan bangunan tersebut. Lelaki itu memerhati pasangan bercinta di persisiran pantai, beberapa minit kemudian salah seorang dari mereka datang menghampiri. Lion mengabaikan saja malah dia mengerling ke kiri sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket jaket kulit, dia tersentak memandang sebuah kereta laju memecut ke arah manusia yang sedang melintas jalan tersebut.

Tidak tahu mengapa kakinya berlari laju ke tengah jalan lalu tubuh lelaki itu ditolak sehingga mereka berdua jatuh ke tepi jalan manakala kereta tadi terus memecut beredar. Lion berdiri lalu dia menghulur tangan pada lelaki yang diselamatkan tadi. 

" Lion! " Lion menoleh memandang Noah yang sudah tiba. Belum sempat lelaki tersebut mengucapkan terima kasih, Lion menunduk mengambil semula topeng mulutnya yang terbuka dan menghampiri Noah. Dia menyuruh Noah memandu kereta Ferrari SF90 miliknya itu lalu mereka beredar daripada tempat tersebut. 

Lion memandang ke luar tingkap, dia tertanya-tanya pada diri sendiri mengapa dia bertindak drastik membantu lelaki tadi sedangkan selama ini dia sudah banyak kali melihat orang dilanggar di hadapan mata memandangkan itulah dunianya. Dia tersentak apabila Noah tiba-tiba menjerit teruja.

" Is he King ?!

" Who?

Noah meraup wajahnya, dia tidak percaya yang dia akan bertemu King secara bersemuka malam itu, selalunya dia hanya menonton perlawanan di internet sahaja. " He is UFC Las Vegas champion, Lion! He beat Robert Eason last fight. You helped him!  " balas Noah teruja. Lion menjongketkan keningnya hairan. " His real name is King?

" Pfft... No! His real name is Ayden Kaiser. " 

" Ayden Kaiser? " Noah mengangguk. Adakah dia bermaksud Ayden Kaiser cucu sulung kepada Jonas Benjamin? Dia mahu bertanya soalan itu pada Noah namun dia baru sedar bahawa Noah masuk ke Benjamins beberapa bulan yang lalu, sudah pasti lelaki itu tidak mengenali nama tersebut manakala dia pula tidak mengenali wajah lelaki itu. Pandangannya dibuang ke jalan raya kembali sepanjang perjalanan ke Los Angeles yang mengambil masa hampir empat jam.

Sampai sahaja di sebuah rumah agam milik Jonas Benjamin, Lion masuk ke dalam rumah mencari lelaki tua itu. Langkah diaturkan ke pejabat, kelihatan Jonas sedang bersilang kaki memegang sepucuk surat di tangan. Surat tersebut Lion ambil secara kasar, apabila nama Ayden Kaiser terukir di hadapan dia tersenyum sinis.

" You want to invite your beloved grandson for dinner huh?

Jonas memukul meja kayu dengan kuat sambil memandang Lion yang bersikap biadab. Walaupun sudah biasa dengan perangai yang satu itu, ini sudah melebih kerana lelaki itu sesuka hati mengambil surat yang sepatutnya diberi pada cucunya. " What's wrong with you, Lion?! Get out of my office now! " Lion membaling surat itu pada wajah Jonas lalu dia beredar, pintu pejabat dihempas kuat.

Zach yang baru turun memerhati Lion yang sedang berjalan naik ke tangga, dia menahan bahu lelaki itu sambil menayangkan muka penuh soalan. " Woah woah, what's wrong? " tanya Zach namun tangannya ditepis kasar. " Don't touch me. " kata Lion sepatah demi sepatah lalu meninggalkan Zach yang terpinga-pinga.

" Zach! " namanya dipanggil dari pejabat Jonas Benjamin, dia terus berjalan laju masuk. Sepucuk surat tertulis nama Ayden Kaiser dihulur. Perlahan-lahan lelaki itu menyambut, Jonas memandangnya sambil menghembus asap rokok ke udara. " Give this to my grandson and I want you to bring him and his wife here. " 

Zach pantas mengangguk.

LUKA KECIL ditangan Ayden Kaiser dirawat dengan berhati-hati , nasib lelaki itu tiada apa-apa memandangkan dia diselamatkan oleh seseorang semasa Robert Eason membuat percubaan langgar lari tadi. Selesai sahaja Naayla merawat suaminya itu, dia mengusap rambut Ayden lembut lalu beredar untuk membasuh tangan di bilik air.

Apabila bayangan Naayla Zahra hilang dari pandangan mata, Ayden mengeluarkan pemetik api yang terukir bunga ros hitam. Lelaki yang membantunya tadi tercicir pemetik api tersebut, dia memusing-musingkannya. Setahunya sewaktu dia berada di US selama tiga tahun dahulu, Zach pernah menghubungi seorang lelaki bernama Lion. Katanya Lion itu antara orang terkuat di dalam Benjamins, tak akanlah lelaki yang membantunya tadi Lion yang sama dengan cerita Zach itu?

Dia pernah dengar bahawa Lion dari Benjamins tidak pernah takut melihat kematian di hadapan mata malah hati lelaki itu kering dan sebati dengan darah. Bukan itu sahaja malah Lion itu juga mahir dengan sniper dan pisau. Jadi tak mungkinlah Lion yang hati keras bak batu itu membantunya kan?

Kepala Ayden digeleng berkali-kali. 

" Ayd kenapa? Nampak macam stress saja? " tanya Naayla setelah mengambil tempat di sebelahnya di birai katil. Ayden cepat-cepat menyimpan semula pemetik api di dalam laci lalu mengerling ke arah isterinya itu. " Nampak macam Ayd stress ke? " soalan dibalas soalan. Naayla menjelingnya.

" Ya lah, dari tadi asyik diam lepastu termenung. Kalau Ayd sakit mana-mana ke beritahulah Naayla. Kita boleh pergi hospital. " bebelnya geram. " Haah,  Ayd sakit. " katanya.

Naayla tersentak, dia terus membelek tubuh lelaki itu dengan wajah bimbang kemudian kedengaran tawa kecil Ayden. " Sakit sini. " Ayden memegang hati sambil tersenyum mengusik. " Sakit tau hati ni tengok Naayla nangis tadi. " Mana tidaknya apabila dia diselamatkan Naayla terus berlari memeluknya erat sambil menangis. Bermacam-macam rungutan keluar dari mulut isterinya disebabkan bimbang. 

Pantas satu cubitan hinggap dipeha lelaki itu. " Amboi, tak baik tau cubit suami. Nanti derhaka. " usik Ayden lagi, Naayla mencebik. Sikit-sikit kata tak baik, habistu dia bergurau tak kena situasi sampaikan Naayla risau baik sangatlah?

" Malaslah nak layan, orang nak tidur. Bye! " kata Naayla berjauh hati menjadi punca Ayden ketawa mengekek lalu dia baring di sebelah Naayla. Tubuhnya dipeluk erat dari belakang.

" Sorry kalau Ayd buat Naayla risau, okay? " Ayat itu merupakan ayat terakhir dia dengar sebelum dia lena terbuai mimpi pada malam yang penuh dengan pelbagai emosi. 

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now