040

11.2K 680 16
                                    

TIGA TAHUN KEMUDIAN , bagasi hitam ditarik sepanjang perjalanan untuk keluar dari lapangan terbang , Naayla Zahra tersenyum memandang wartawan-wartawan yang sedang mengambil gambar . Dari jauh sudah kelihatan Encik Yusuf menunggu anak bongsunya yang baru sahaja pulang membuat persembahan di Sabah .

Tangan dilambai riang melihat senyuman bangga Encik Yusuf itu , baru sahaja Naayla mahu menghampiri papanya , seorang lelaki berpakaian kot panjang berwarna hitam berjalan melepasinya . Dia terkedu apabila terpandang wajah lelaki itu sekilas .

Serentak itu langkah kaki bertukar arah mengejarnya . Dia cuma mahu pastikan bahawa dia tidak salah pandang !

" Ayden Kaiser ! " apabila nama itu disebut , lelaki tadi terus menoleh memandang Naayla . Masa seakan-akan terhenti apabila dua pasang mata bertemu , lelaki itu terus kaku memandangnya .

Namun sewaktu Naayla cuba menghampirinya sekali lagi , dia terus menyambung langkahnya laju dan masuk ke sebuah kereta hitam . Belum sempat Naayla mengejar , kereta sudahpun memecut laju beredar . Naayla berdiri kaku di dalam kesesakan orang awam menggenggam erat bagasinya .

Dia berjalan kembali ke arah Encik Yusuf dengan wajah hampa , nampak sahaja wajah Encik Yusuf tubuh tua itu dipeluk . Rambutnya diusap perlahan manakala air mata sudahpun menitis . " Naayla pergi mana tadi ? " tanya Encik Yusuf risau apabila mendengar suara tangisannya .

" Ayden dah balik , papa . " Encik Yusuf tersentak , kekasih lama anaknya itu sudah pulang ? Selama ini dia amatlah risau dengan Naayla Zahra kerana tidak mahu membuka hati kepada sesiapa walaupun sudah ramai lelaki yang cuba berkenalan . Gadis itu sanggup menunggu lelaki bernama Ayden Kaiser hinggalah berumur 26 tahun .

" Naayla nak jumpa Ayden . " sambungnya , Encik Yusuf mengangguk . Sepatutnya setiap kali Naayla baru pulang dia pasti akan tinggal di rumahnya seketika untuk berehat secukupnya . Tetapi tidak mengapalah kali ini biar dia mengubat rindu anaknya terhadap lelaki itu .

Masuk sahaja ke dalam kereta , Encik Yusuf memandu ke rumah Ayden Kaiser manakala Naayla masih tidak percaya bahawa wajah yang dia lihat tadi merupakan Ayden Kaiser yang sudah lama dia tidak mendapat khabar berita .

Beberapa minit kemudian , mereka tiba di kawasan perumahan Naayla dan Ayden . Naayla keluar lalu mengetuk rumah lelaki itu kuat .

Namun , Mak Siti yang muncul membuka pintu . " Eh ! Naayla dah balik ? " tanya Mak Siti . " Ayden dah balik ke , Mak Siti ? " tanya Naayla terus , jelas wajah gugup Mak Siti yang berdiri di hadapannya itu .

" Beritahu Naayla , Ayden dah balik ? " tanya dia sekali lagi inginkan kepastian . " Encik Ethan beritahu Ayden akan balik minggu ini tapi dia tak balik sini . Tak beritahu pula Ayden tinggal di mana . " balasnya , Naayla mengurut dahinya . Lelaki itu seperti mahu menjauhkan diri daripadanya . Tapi apa motif untuk jauhkan diri ?

Setelah mendapat maklumat daripada Mak Siti , Naayla terus mendail nombor Encik Ethan namun tidak dijawab . Kali ini dia mendail nombor Zack pula , malangnya juga tidak dijawab membuatkan Naayla mengeluh berat . Janganlah buat hati dan fikirannya tidak tentu arah sebegini !

Naayla mendekati Encik Yusuf yang menunggu di dalam kereta , " Boleh tak kita pergi rumah Papa Ethan ? " tanya Naayla namun dibalas dengan gelengan .

" Papa tahu Naayla tertanya-tanya tapi Naayla baru balik kan ? Apa kata , Naayla rehat dekat rumah lepastu baru kita cari jalan jumpa Ayden . " cadang Encik Yusuf , Naayla diam seketika . Ada betul juga kata papanya itu , mungkin Ayden juga mahu berehat . " Janji dengan Naayla , papa akan bawa Naayla cari Ayden . " pintanya .

Encik Yusuf mengangguk dengan senyuman halus .

" Papa janji . "

PEMANDANGAN dihadapannya dipandang sambil memegang segelas jus epal manakala sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket . Sudah tiga tahun dia meninggalkan Malaysia , lama juga hinggakan Encik Ethan pun sudah siap membangunkan bangunan apartmen mewah yang menjadi impian sejak dahulu .

Dia tersenyum halus apabila teringat wajah gadis yang sudah lama dia rindui di lapangan terbang tadi . Tidak sangka dia dapat melihatnya setelah dia mendarat di Malaysia . Jodoh ? Mungkin .

Ayden ketawa halus sendirian lalu dia memandang parut pada tangannya . Dia masih ingat hari-hari seksanya mengikut Jonas Benjamin kemana sahaja sepanjang tiga tahun malah parut itu juga berpunca daripada orang tua tersebut .

Tiga tahun lepas , Ayden Kaiser masuk ke pejabat datuknya secara sembunyi untuk mencari telefon bimbit demi untuk mendail nombor Naayla Zahra bertanya khabar . Jika dia mengguna telefon Zack , lelaki itu pasti akan dipukul . Belum sempat dia membuka laci meja , sebilah pisau dihalakan pada lehernya .

" What are you doing here ? " tanya Jonas dingin , Ayden menoleh memandang wajah bengis tersebut .

" I told you , Ayd . If you're trying to contact that girl , I'll kill her . " ugut Jonas Benjamin seperti biasa sambil pisau didekatkan dengan leher cucunya itu . Ayden memegang erat pisau bahagian tajam apabila ia hampir melukakan lehernya .

Senyuman sinis terukir , " Why don't you kill me instead ? " dia menarik pisau itu mendekatinya lagi lagak seorang psiko . Jelas wajah ketakutan Jonas apabila melihat darah yang mengalir dari tapak tangan lelaki itu . Tubuh Jonas ditolak kasar lalu dia jalan melepasi datuknya untuk masuk ke biliknya .

T-shirt putih dikoyak untuk membalut lukanya manakala mulutnya keluar bermacam-macam kata kesat untuk lelaki tua tidak guna itu . Tiba-tiba pintu bilik dikuak , Zack menghampirinya sambil memandang tangan Ayden .

" What the f*ck , Ayd ? Jonas did this to you ? " tanya Zach , Ayden menggeleng . " No , he's not . Nevermind , so any information about Naayla ? " tanya Ayden ingin tahu . Dia meminta Zach untuk mengupah seseorang untuk memerhati dan menjaga Naayla dari jauh memandangkan dia tidak berada di sana untuk tiga tahun mengikut perjanjiannya bersama Jonas . Apabila tempoh itu tamat , Ayden boleh pulang ke Malaysia dan membuat keputusannya sendiri tanpa memikirkan ugutan atau amaran .

" She's fine but two guys tried to touch her . But don't worry , she ran with this one guy . " cerita Zach , Ayden mengerutkan dahi . Seorang lelaki ? Siapa ?

" How about that two guys ? "

" They were sleeping all night long on the street . " dengar sahaja ayat itu , Ayden melepaskan nafas lega . Tahulah dia bahawa orang-orang Zach sudahpun menguruskan dua lelaki yang menganggu Naayla Zahra .

Bahu Ayden Kaiser disentuh menyebabkan lelaki itu terus menoleh ke belakang . " Papa ada urusan kerja dekat pejabat , ada apa-apa yang nak papa tolong ? " tanya Encik Ethan .

Dia mengangguk . " Kalau Naayla cari Ayd , jangan beritahu Ayd tinggal dekat sini . Untuk sementara waktu ni , Ayd belum bersedia . " Encik Ethan terus mengangguk faham .

Apabila papanya sudah beredar , tubuh dihempas ke atas katil empuk lalu tangan menutup dahinya . Bukan dia tidak mahu berjumpa Naayla tetapi dia takut jika gadis itu membencinya disebabkan dia sudah lama tidak menelefon .

Sedangkan dialah yang menjaga Naayla Zahra sepanjang waktu tanpa pengetahuan .

Walaupun dari jauh .

KAISER : The Hidden KingTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang