037

11.4K 666 20
                                    

AYDEN KAISER yang sedang duduk di atas kerusi dengan tangan dan kakinya yang terikat disimbah sebaldi air . Dia terus tersedar dari lenanya , terbatuk-batuk lelaki itu disebabkan tersedak . Baju melayu putih yang tersarung ditubuh sudahpun comot dengan kotoran .

" How are you , Ayden Kaiser ? " sapaan sarkastik diberi oleh seorang lelaki tua sambil menjalankan pistol ke rahang Ayden , siapa lagi kalau bukan Jonas Benjamin ? Ayden memandang datuknya tajam dan penuh dengan amarah . Kalau tidak diikat , mahu sahaja dia terus membunuh lelaki tua biadab itu .

" Aw , look at you now stuck in this room and not going to your wedding day . That girl must be crying while waiting for you yesterday . " asap rokok yang disedut dihembuskan pada wajah Ayden membuatkan dia menoleh ke tepi namun rambutnya ditarik kasar .

Ayden tersenyum sinis , dia memanggil datuknya mendekatkan diri . Jonas akur malah dia terus mendekatkan telinga ke mulut cucunya itu . " I'm going to kill you if you keep talking . " Mata lelaki tua itu terus merenung anak matanya , muka Ayden tidak sedikit pun gerun dengan pandangan maut itu . Dia nak takut dengan Jonas ? Sampai mati pun tidak akan ! Datuknya hanya berani kerana dia diikat , kalau tidak dah lama datuknya menjauhkan diri . Coward .

" I hope you'll agree to be the next Benjamins , Ayd . " Jonas menghulur sehelai kertas mengandungi beberapa syarat lalu dia beredar , pintu ditutup dan dikunci oleh Seyn yang berdiri di belakang Jonas dari tadi selepas melepaskan ikatan pada tangan dan kaki Ayden Kaiser . Hilang sahaja kelibat dua manusia tersebut , dia memandang sekeliling .

Kini , dia berada di rumah rahsia milik Jonas Benjamin di US iaitu tempat dia selalu belajar menembak di sini bersama Zack dan Aryan Haider ketika kecil dahulu . Matanya meliar memandang bilik yang dicat hitam , disitu cuma terdapat sebuah meja dan sebuah kerusi sahaja .

Kemudian , dia menghampiri tingkap besar di ruang itu . Kelihatan ramai pengawal bersut hitam yang menjaga kawasan tersebut , memang tiada peluang untuk larikan diri . Bulan yang bercahaya terang dipandang lama sebelum dia membaca sehelai kertas yang diberi oleh Jonas sebentar tadi .

" Maafkan aku , Naayla . "

TELEFON yang asyik berdering hanya dipandang oleh Naayla yang sedang berbaring di atas katil dengan wajah tidak bermaya . Mana tidaknya , selepas dapat tahu bahawa Ayden dibawa ke United States sewaktu majlis akad nikah itu dia terus masuk ke bilik berkurung seharian dan tidak tidur mengharapkan Ayden menelefonnya memberitahu bahawa semua baik-baik sahaja .

Hatinya tidak tenang jika cuma Zack yang memaklumkan untuk tidak risau kerana lelaki itu pergi berjumpa datuknya di sana .

Mungkin salah dia juga yang tidak tahu apa-apa tentang keluarga lelaki yang bakal menjadi suaminya .

Lihatlah sekarang , disebabkan peristiwa semalam wartawan-wartawan asyik mencari untuk bertanya pelbagai soalan . Bukan itu sahaja malah , semua sosial media juga asyik berbualkan tentang ' Naayla Zahra ditinggal bakal suami ' . Biasalah , manusia yang tidak tahu cerita sebenar akan terus bercakap benda yang salah kan ?

Tok .

Tok .

Tok .

Naayla memeluk bantal apabila seseorang menguak pintu masuk ke bilik , dia masih belum bersedia untuk bertemu sesiapa pun . Biarlah dia duduk di bilik itu seminggu sekalipun , selagi dia tidak mendengar suara Ayden Kaiser selagi itu dia akan terus berharap .

" Naayla , papa Ayden datang ni sayang . " kata Encik Yusuf menghampiri anak perempuannya yang masih berdiam diri . Rambut dibelai lembut , " Papa Ayden nak beritahu pasal Ayden , ada dekat bawah tunggu Naayla . " sambungnya . Dengar saja nama Ayden , Naayla terus bangun mengemaskan rambut yang sedikit tidak terurus lalu dia turun ke ruang tamu .

Encik Ethan duduk di sofa sambil memegang secawa kopi memandang bakal menantunya itu , " Are you okay , Naayla ? Papa Ethan tengok Naayla macam tak cukup rehat . " kata Encik Ethan namun disambut dengan gelengan .

" Naayla okay . Papa ada apa-apa maklumat pasal Ayden ke ? " tanya Naayla penuh harapan .

" Yep , datuk Ayden yang bawa dia balik US . Papa Ethan dah call but dekat sana ada hal sikit and sebab tu Ayd kena tinggal sana lama sikit . "

Naayla menjongketkan keningnya . " Lama ? Berapa lama ? " tak akanlah bertahun pula kan ? Hal apa yang penting sangat dekat sana dan kerja apa yang datuknya buat sampaikan memerlukan cucunya itu ?

" Tiga tahun . "

" Apa ?! Ti-tiga tahun ? "

Encik Ethan mengangguk , ayahnya sendiri yang memberitahu bahawa beliau mahu Ayden menguruskan segala urusan di sana selama tiga tahun . Jika Encik Ethan membantu Ayden Kaiser lari darinya , mereka akan mengambil Naayla Zahra sebagai pengganti .

" Boleh Naayla tahu kenapa Ayden sampai kena bawa lari masa akad nikah kitorang ? Kenapa tak tunggu majlis habis ? " tanya Naayla bertubi-tubi memastikan segala persoalan di minda terjawab pada hari tersebut . " Keluarga kami bahaya , Naayla . " kata Encik Ethan sambil menunduk .

" Naayla tahu mama Ayden dah meninggal ? " sambungnya , Naayla mengangguk . Sudah tentu , dia cuma tahu bahawa ibu kandung lelaki itu sudahpun meninggal dunia namun dia tidak tahu apa puncanya .

Encik Ethan tersenyum halus . " Mama meninggal sebab datuk Ayden , Jonas . Selepas nenek Ayden meninggal disebabkan lahirkan adik papa , Jonas terus berubah serta merta . Bila bertahun kemudian dia dapat tahu Papa Ethan kahwin dengan mama dan mama mengandung anak pertama , Jonas terus letak syarat . "

Minda Naayla seolah-olah sedang memproses kisah lama keluarga Ayden Kaiser itu .

" Kalau Ayden berumur 10 tahun , mama terpaksa pilih untuk selamatkan nyawa anak atau diri sendiri dan mama pilih selamatkan nyawa Ayden . " Encik Ethan diam seketika menelan kesemua kisah peritnya kembali .

" Kita tak boleh lawan Jonas Benjamin , kalau tidak kita yang kena tanggung sakit itu sendiri . " sambungnya lagi . Naayla mengangguk , jadi selama ini Ayden menjauhkan diri daripada semua orang kerana keluarganya berbahaya ?

" Tapi kenapa Ayden ? "

" Ayden betul-betul sayangkan Naayla sampai dia abaikan amaran datuknya . Walaupun Jonas ugut dengan pelbagai cara sekalipun , dia tetap dengan pendirian dia . Dia pernah cakap pada papa , kalau Naayla dalam bahaya dia sanggup korbankan nyawa untuk Naayla . Tapi papa yakin , Ayden itu bijak dan dia tahu apa yang patut dia buat . Naayla jangan risau . " Encik Ethan cuba menenangkan hati gadis di hadapannya itu .

Naayla mengeluh perlahan , dia tetap akan menunggu Ayden walau mengambil masa bertahun sekalipun .

Jika Ayden sanggup berkorban deminya mengapa tidak dia ?

Biarlah orang lain mahu berkata apa , yang penting kisah dia dan Ayden akan kekal sampai bila-bila .

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now