062

11K 528 4
                                    

KOLAR BAJU dikemaskan sambil melihat refleksi diri pada cermin lalu matanya memandang telefon di atas katil. Ayden Kaiser mengambil telefon tersebut dan merenung lama mengharapkan seseorang akan mendail mengucapkan selamat hari lahir untuknya. Sejak pagi dia menunggu namun tiada sebarang panggilan yang masuk.

Dia mengeluh perlahan lalu meletak telefon itu kembali. Baru sahaja dia hendak sambung bersiap, telefon berdering minta diangkat. Alangkah gembiranya dia apabila nombor Naayla Zahra muncul pada skrin. 

" Naayla... " panggil Ayden setelah dia menjawab panggilan tersebut namun di pihak sana masih diam tidak berkata-kata. " Please, talk to me. I miss your voice sayang. " sambung Ayden dengan suara lemah lembutnya mengharapkan Naayla membalas.

" Maafkan Naayla. "  Kedengaran tangisan kecil dari sana membuatkan hati lelaki itu sedikit sakit mendengar tangisan tersebut kerana sedar bahawa dia tiada di sana untuk memeluk tubuhnya. Mata dipejam seketika, " Janganlah menangis, Ayd tak boleh nak peluk Naayla. " balasan Ayden lagi membuatkan hati Naayla terasa berat.

" Naayla selalu tak dengar penjelasan Ayd selepas itu tahu nak marah saja. Naayla minta maaf kalau buat Ayd sakit hati dan Naayla faham kalau selepas ini hubungan kita tak sama macam selalu. " jelasnya dengan suara serak menahan tangisan.

Terukir senyuman halus Ayden Kaiser. " Sekalipun Ayd tak pernah sakit hati atau benci dengan Naayla. Kenapa pula Naayla fikir hubungan kita tak akan sama lagi, hm? Naayla tahukan walau jauh manapun kita, I want you. Only you, sayang. "

" Ayd.. Zach beritahu hari ini Ayd dengan Lion rancang nak- "

" Jangan risau, Ayd akan muncul depan Naayla dengan selamat kalau semuanya sudah selesai. Ayd janji tak akan tinggalkan Naayla. I can't stay away from you, kalau boleh Ayd nak jumpa Naayla sekarang juga but I can't. " pintas Ayden. " Kalau Ayd tipu, Naayla bakar belt dengan piala Ayd menang dekat rumah ni. "  ugut Naayla. Mentang-mentanglah Ayden mengumpul semua kemenangannya dalam kerjaya fighter-nya di sebuah almari, terus ia menjadi bahan ugutan.

Ayden berdecit lalu dia ketawa perlahan. " Kalau Naayla bakar semua itu, habislah sayang kena peluk sampai rimas bila Ayd balik sana. And I can do whatever I want, Naayla Zahra. " sekali gus jantung wanita itu berdegup laju mendengar setiap ayat suaminya. Aduhai Naayla, kalaulah orang nampak mesti orang fikir dia pelik kerana tersenyum lebar dengan wajah yang membahang berbual di dalam telefon.

" Ehem! Are you done talking, Ayd? " Ayden menoleh ke arah Zach yang berdiri di pintu biliknya sambil berpeluk tubuh. Dia mengangkat tangan kepada Zach tanda dia perlukan sedikit masa. 

" Naayla... Ayd kena pergi dah ni. Take care, sayang. I love you. " katanya dibalas dengan ungkapan yang sama. Baru dia mahu mematikan panggilan, namanya dipanggil oleh Naayla di sebalik panggilan.

" Happy birthday, Ayden Kaiser. "

DUA ORANG LELAKI bertemu di tangga dengan aura masing-masing. Salah seorang dari mereka yang berpakaian jaket hitam sedang menyarung sarung tangan. Seorang lagi sedang menguak rambutnya yang menutup dahi ke belakang. Lelaki berjaket hitam memandangnya sambil tangan dihulurkan. " It's us against the Benjamins now. Goodluck bro. "  

Huluran tangan disambut " Well, aren't we the main characters in Benjamins? " bahunya ditumbuk perlahan. " Of course, Ayd. " kata Lion dengan senyuman sinisnya. Mereka berdua berjalan menuruni tangga serta menghampiri Zach dan Raiz Affan. 

" Let's go. " kata Zach lalu langkahnya diikuti oleh Raiz untuk ke rumah Seyn manakala Ayden dan Lion pula menunggu kehadiran Jonas Benjamin di ruang makan seperti yang dirancangkan.

Apabila Raiz dan Seyn sudah beredar Ayden menghampiri tempat duduk Jonas Benjamin lalu red wine yang disediakan di dalam gelas hanya untuk orang orang tua itu dimasukkan ubat tidur. Tiba-tiba Jonas datang dengan senyuman tanpa mengetahui bahawa malam itu mungkin malam terakhirnya, " Hello everyone. " sapanya setelah duduk. Matanya mengerling ke arah Ayden. " Happy birthday, Ayden Kaiser the King. " ia dibalas dengan senyuman palsu. Jonas tidak sedikit pun kisah jika Zach tidak berada di situ lagipula dia sudah bertekad untuk memujuk Ayden masuk ke Benjamins pada malam hari lahir cucunya itu.

" Thank you, grandpa. " semakin lebar senyuman Jonas mendengar dia menggunakan panggilan itu kepadanya buat pertama kali. Adakah ini bermaksud yang Ayden Kaiser sudah bersetuju untuk menjadi salah seorang Benjamins? Hatinya sangat gembira, dia mengangkat tinggi gelas lalu meneguk red wine tersebut.

Lion menyembunyikan senyuman memandang lelaki tua itu minum hingga gelas kosong tiada setitik pun red wine yang tertinggal. Ayden berpeluk tubuh menunggu ubat tidur itu berkesan tiba-tiba beberapa minit kemudian kedengaran Jonas merengus kasar sebelum kepalanya rebah ke atas meja. Ayden terus berdiri, pipi Jonas diusap perlahan dengan senyuman sinis.

" Thanks for nothing, Jonas Benjamin. "

PINTU RUMAH SEYN diketuk oleh Raiz Affan. Dalam beberapa saat kemudian, pintu dikuak. Jelaslah wajah yang selama ini dia cari muncul menghias pandangan.

" Who are y- " belum sempat dia bertanya kolar baju terus ditarik membuatkan lelaki itu terdorong keluar dan jatuh di lantai.

Zach datang bersama kain lalu menutup mulut Seyn lama. Perlahan-lahan matanya tertutup dan tidak sedarkan diri. Raiz dan Zach membawa tubuh Seyn masuk ke tempat penumpang kereta lalu Zach memecut ke sebuah destinasi.

Raiz menoleh memandang Seyn di belakang.

" Nice to meet you, Seyn. "

KAISER : The Hidden KingOnde as histórias ganham vida. Descobre agora