055

10K 545 7
                                    

PANGGG!

Wajah Lion terpaling ke kiri apabila tangan Jonas Benjamin mendarat ke pipi kanannya. Mukanya berona merah dan terasa pedih menyebabkan dia terdiam seribu kata namun pandangan diberi tajam kepada lelaki tua di hadapannya sambil mengetap rahangnya. Sekali lagi tangan Jonas naik menamparnya disebabkan rancangan dia mahu membunuh Ayden Kaiser kantoi dengan Zach malam tadi.

" That's hurt you son of bi- "

" Who gave you the right to kill Ayden Kaiser?! " marah Jonas sambil menarik kolar baju Lion namun sedikit pun Lion tidak takut malah dia memberi senyumansinis. " Don't act like you care about him. " katanya berbisik dengan wajah sarkastik diberikan pada Jonas sebelum dia melanggar bahunya untuk beredar keluar dari pejabat tersebut.

Jonas prihatin terhadap Ayden? Memang tidaklah! Lelaki itu hanya mahu Ayden bekerjasama dengannya demi kepentingan Benjamins dan diri sendiri sahaja. Tidak lebih dari itu.

Baru sahaja dia hendak melangkah pergi, satu ayat yang keluar dari mulut Jonas Benjamin membuatkan dia ketawa hambar. " Of course I care because he is my grandson. " Lion beredar meninggalkan lelaki tua itu sendirian dengan hati yang masih panas. Langkah diaturkan naik ke bilik namun dia sempat mengerling ke arah Zachbyang datang bersama dua orang manusia.

Zach memandang pipi Lion yang merah menandakan dia baru saja ditampar tetapi dia biarkan saja Lion pergi memandangkan dia tahu bahawa pasti lelaki itu masih marah padanya. Apa lagi mahu dia buat jikalau Ayden dalam bahaya kan? Tak mungkin dia akan berdiam diri. 

" So he is Lion? " tanya Ayden Kaiser.

" Er.... Yes. " balas Zach gugup lalu dia memanggil orang gaji untuk membawa Naayla dan Ayden ke bilik mereka manakala dia masuk ke pejabat Jonas Benjamin untuk memberitahu kehadiran cucunya itu.

Naayla duduk di birai katil sambil matanya meliar memandang ruang bilik besar yang dicat kelabu bersama perabot-perabot hitam yang kelihatan mahal. Mana tidaknya rumah itu sahaja besarnya seolah istana. Dia mengalihkan pandangan pada Ayden yang sedang meletakkan bagasi mereka di tepi almari. " Yang jalan depan kita tadi tu Lion? Siapa dia? " tanya Naayla hairan, tadi dia mendengar Ayden bertanya pada Zach dan pasti mereka berdua saling mengenali. 

Ayden menjongketkan keningnya. " Kenapa tanya? Handsome sangat ke dia? " tanya Ayden berbaur cemburu. Sejujurnya Lion memang merupakan seorang jejaka yang tampan dengan aura karisma yang tinggi bersama dengan cara pemakaiannya yang tampak mewah serta melambangkan dunianya yang penuh dengan kegelapan.

 " Kalau dia handsome pun kenapa? " balas Naayla membuatkan Ayden berdecit. " Eloklah tu cakap lelaki lain handsome depan suami. " ujar Ayden berjauh hati, mula terbit rasa bersalah dalam diri Naayla apabila Ayden berpura-pura ingin keluar. Oleh itu, dia terus berlari ke arah Ayden lalu pipi lelaki itu dikucup sekilas. Ayden memandangnya terkejut dengan tindakan drastik lalu dia tersenyum nakal, jari dibawa ke bibirnya sendiri.

" Sini pula. "

Wah! Bagi sikit melebih pula mamat ni. 

Naayla menggeleng tidak mahu malah dia melangkah berjauhan dengannya, Ayden membuat muka lalu dia melangkah menghampiri Naayla. Semakin Naayla menjauh, semakin dia mendekat. " Cepatlah, sayang... " pintanya meleret. Ya Allah apalah nasib Naayla Zahra dapat suami miang sebegini rupa.

Tangannya hampir diraih oleh Ayden namun dengan pantas Naayla mengaturkan langkah melarikan diri keluar dari bilik tersebut, lupa pula bahawa itu merupakan rumah Jonas Benjamin. Apabila dia melihat Ayden mengejarnya dari belakang dia terus melajukan lariannya dan tanpa sedar dia terlanggar tubuh seseorang semasa dia menoleh ke belakang.

Buk!

Dia terus terjatuh ke lantai tetapi orang yang dia langgar masih kekal berdiri dengan kedua-dua tangan di dalam poket hanya memerhatinya yang menanggung malu. Ayden Kaiser dengan pantas membantu Naayla untuk berdiri , " Are you okay? " isterinya hanya mengangguk. Kemudian Ayden memandang pula seseorang yang berdiri kaku di hadapan mereka.

" You're Lion, the one who saved me right? " pertanyaan itu dibalas dengan anggukan. Lion hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang halaman rumah dari tingkap. " Thanks. " ucap Ayden sebelum dia beredar bersama Naayla.

Lion berdehem, " Ayden. Can I talk to you for a moment? " pinta Lion. Ayden mengangguk sebelum memandang Naayla. " Sayang masuklah dulu, jangan pergi mana-mana suka hati tau. " pesannya lalu mengusap lembut rambut Naayla dan beredar bersama Lion ke halaman rumah. Mereka berdiri berdekatan kolam renang yang berhadapan dengan sebuah gazebo putih. 

" Can I have my lighter back? "

" Oh! Sure. " Ayden mengeluarkan pemetik api lalu dihulurkan pada Lion, apabila pemetik api itu bertukar tangan dia tersenyum halus memandang bunga ros hitam yang terukir pada pemetik api tersebut. " My little brother loved flowers too. " kata Ayden mengenangkan Aryan Haider yang sangat sukakan bunga sewaktu dia masih hidup.

Lion menaikkan keningnya sambil memandang Ayden Kaiser. " I know. I'd heard about him. He's dead years ago same goes with your mom. I'm so sorry for your loss, Ayden. " Tiba-tiba nama Lion dipanggil oleh Zack menyebabkan dia meminta izin untuk beredar meninggalkan Ayden sendirian di situ menghadap halaman rumah iaitu tempat yang penuh dengan kenangan sewaktu kecil dahulu.

Buaian pokok yang dibina oleh Encik Ethan untuk Puan Aishah sewaktu wanita itu mengandungkan Ayden Kaiser.

Taman bunga tempat Aryan Haider meluangkan masa seharian apabila Ayden Kaiser harus berlatih menembak bersama Zach.

Waktu itu hidup keluarganya tenang dan bahagia sahaja.

Satu persatu tempat itu dipandang hinggalah sebuah gazebo putih menarik perhatiannya, disebabkan itu dia melangkah ke gazebo tersebut. Sampai sahaja dia memandang lantai yang putih bersih tidak seperti satu ketika dahulu dimana lantai itu merah penuh dengan darah yang mengalir dari adiknya kerana Ayden sendiri. Air matanya mengalir perlahan apabila memori terakhir dia bersama adiknya sebelum dia berpindah ke Malaysia berlalu di mindanya semula. 

Ayden Kaiser menjatuhkan pistol di tangan ke lantai sambil memandang Arian Haider yang sudah rebah dengan darah yang banyak mengalir. Dia terus melutut memangku kepala Arian di ribanya dengan air mata yang laju menitis. " I'm so sorry Aryan... Please don't hurt me like this. " Mata Aryan memandang tepat pada wajah abangnya walaupun sedikit kabur. Budak kecil berumur 9 tahun itu memegang tangan Ayden lemah sebelum pegangan itu terlerai disebabkan tubuh Ayden ditarik oleh datuk mereka.

" Leave him alone.  " serentak itu tubuh Ayden Kaiser ditarik pergi oleh Zach masuk ke rumah meninggalkan Aryan yang terlantar. Mata mereka bertentangan dengan sisa air mata yang bertakung, perlahan air mata Aryan mengalir ke pipi.

" Jangan tinggalkan Aryan... "

KAISER : The Hidden KingWhere stories live. Discover now