2

550 23 0
                                    

Setelah kematian Medina, Eline telah menggalas tanggungjawab sebagai penjaga Yara Zahra, anak tunggal Medina. Kehidupan Eline bertambah ceria dengan kehadiran Yara Zahra yang pandai mencuri hatinya.

Eline tekad tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada Yara Zahra. Dia khuatir Yara Zahra tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang secukupnya apabila dia berkahwin kelak.

Eline menghantar Yara Zahra ke sebuah tadika swasta. Walaupun baru berusia tiga tahun, Yara sudah pandai membaca, mengeja dan juga mengira. Dia juga pandai mengaji.

"Eline... Esok aku nak ajak Yara teman aku, boleh?" soal Iza.

"Erm, g mana? Dating?" soal Eline kembali.

"Hehe bukan datinglah. Jumpa kawan," balas Iza sambil tersenyum sipu.

"Kawan lelaki, kan? Sama la tu. Boleh. Tapi jangan balik lewat sangat. Before 7pm." Eline memberi kata putus.

"Okay, okay. Thanks, Line." Keesokan harinya, Iza membawa Yara menemaninya bertemu dengan teman lelakinya, Irfan. Irfan baru sahaja pulang dari outstation. Jadi, sudah lama mereka tidak bersua.

***

Ketika Eline sibuk melakukan kerjanya, seorang pelayan wanita datang menemuinya. Dia menyampaikan pesanan bahawa ada seorang wanita awal 50-an ingin berjumpa dengannya.

"Ye, saya," sapa Eline dengan penuh sopan berserta senyuman manis di bibir.

"Saya, Datin Dayini. Saya bercadang mahu adakan jamuan di rumah saya. Jadi, saya nak bertanya berkenaan tempahan makanan. Boleh kita berbincang sebentar?" soal Datin Dayini.

"Boleh. Silakan duduk." Mereka berbincang sambil makan tengah hari. Setelah menerangkan sebut harga kepada Datin Dayini, Eline membiarkan Datin Dayini membuat pertimbangan seketika sebelum memutuskan sebarang keputusan.

"Saya bersetuju dengan menu yang ni," kata Datin Dayini setelah berfikir masak-masak.

***

Malam itu, selepas mengaminkan doa, tiba-tiba Eline mendapat panggilan telefon dari satu nombor yang tidak dikenalinya. Dia membuat pertimbangan sebelum menjawab panggilan itu.

'Mungkin Datin Dayini, kot,' fikir Irine.

"Hello," sapa Eline lembut.

"Hello, Eline. Eline... I ni." Kedengaran suara lelaki di hujung talian.

'Aduuu siapa pulak ni?' getus hati Eline.

"Eline... I ni, Fikri." kata Fikri setelah Eline terdiam lama.

"Fikri? Siapa Fikri?"

"Fikri, kawan Irfan. Eline... Takkan u dah lupa I?"

"Ooo Fikri. Nak apa ye? Saya busy la sekarang," kata Eline yang cuba mengelak dari bercakap lama dengan Fikri.

"I nak ajak u teman I pergi dinner. Please... I miss u, really miss u," kata Fikri.

"Sorry. Saya busy sekarang ni. Bye."

"Eline... Eline... Wait la. U ni kenapa sombong sangat? I rindu u tau. I tak tipu. Kalau tak dapat dinner dengan u, maybe kita boleh jumpa sekejap depan rumah u. Sekejap pun jadilah. Untuk lepaskan rindu," rayu Fikri.

"Ya Allah, Fikri. Kan saya dah cakap, saya sibuk sekarang ni. Maybe next time. Tolonglah faham saya. Saya betul-betul sibuk ni," kata Eline.

"Eline... Depan rumah u je. I janji sekejap je kita jumpa. Please, Eline," Fikri terus memujuk.

"Bye, Fikri. Assalamualaikum." Eline terus mematikan panggilan itu tanpa menunggu kata balas daripada Fikri.

'Nombor mana pulak ni? Tak silap aku, nombor dia aku dah block. Benci betullah dengan orang yang tak faham bahasa ni. Kan aku dah rejected. Nak apa lagi?' Eline merungut dalam hati.

Fikri seorang arkitek. Dia bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Fikri merupakan kawan karib Irfan. Fikri menyukai Eline ketika pertama kali mereka bertemu di pejabat pos. Ketika itu, Eline ingin mengepos barang. Begitu juga dengannya.

Fikri telah jatuh cinta apabila melihat keperibadian Eline yang lemah-lembut dan sopan-santun ketika melayan Yara Zahra. Fikri menyangka Yara Zahra ialah anak Eline. Namun begitu, sangkaannya meleset sama sekali apabila Iza memberitahu bahawa Yara Zahra hanya anak angkat Eline.

Dari situ, timbul niat di hati Fikri untuk mencuba nasib. Tetapi, dia tidak tahu bahawa Eline seorang wanita yang keras kepala dan sukar didekati. Eline langsung tidak memberi ruang kepada Fikri untuk menakluki hatinya. Malah, dia menyuruh Fikri untuk mencari wanita lain untuk dijadikan teman wanita. Fikri tidak mengalah. Dia terus mencuba menakluki hati Eline walaupun acap kali ditolak.

Eline baring di atas katil. Dia memikirkan tentang Fikri. Sudah lama mereka tidak berhubung.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now