29

282 7 17
                                    

Seperti yang dijanjikan, Adi Arshan menziarahi Eline pada waktu rehat. Tangan kanannya membimbit beg plastik yang sarat dengan pelbagai jenis buah-buahan yang dibawa sebagai buah tangan.

"Assalamualaikum." Tangan kirinya mengetuk perlahan pintu bilik.

"Waalaikumussalam." Terdengar suara Puan Umi Kalsum menjawab salamnya. "Masuk, Di," jemput Puan Umi Kalsum.

Adi Arshan memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik perlahan-lahan. Seulas senyuman terukir di wajahnya. Senyuman bahagia terukir di wajah Eline tatkala matanya menatap wajah Adi Arshan yang sedang mengatur langkah ke arahnya.

"Duduk, Di. Umi nak siap-siap g solat Zohor jap. Boraklah dengan Eline dulu," kata Puan Umi Kalsum sambil bangkit dari kerusi.

Adi Arshan menghulurkan buah tangan yang dibawanya kepada Puan Umi Kalsum. Beg plastik itu bertukar tangan. "Terima kasih, Di," ucap Puan Umi Kalsum.

Selepas Puan Umi Kalsum beredar dari situ, Adi Arshan melabuhkan punggung di sisi kanan Eline. Eline bersandar di atas katil dengan senyuman yang masih setia terukir di bibir.

"Awak apa khabar?" soal Adi Arshan.

"Alhamdulillah. Makin baik," jawab Eline.

"Dah makan?" soal Adi Arshan lagi.

Kali ini, Eline hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Awak..," panggil Eline. Pandangannya tertumpu pada wajah Adi Arshan.

"Ya?"

"Terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya. Saya terhutang budi ngan awak," kata Eline.

"Oh, tak ada apalah. Tak perlu ucap terima kasih pun. Kebetulan saya ada kat situ," balas Adi Arshan malu-malu.

"Awak..," panggil Eline lagi.

"Ya?"

"Saya sukakan awak."

Adi Arshan terkesima. Bulat anak matanya memandang seraut wajah di hadapannya. Adakah dia tersalah dengar? Adakah dia sedang berhalusinasi ketika itu? Nafas panjang ditarik sedalam-dalamnya, lalu dihembus keluar secara perlahan-lahan. Lidahnya kelu untuk bersuara.

"Sorry. Saya tak dapat nak pendam lama-lama perasaan ni. Saya cuma nak awak tahu. Saya tahu awak dah bertunang. Saya takda niat nak ganggu atau rosakkan hubungan awak," ujar Eline. "Saya tumpang gembira. Till jannah, ya!" ucap Eline sambil tersenyum. Dia berasa lega apabila berjaya meluahkan rasa hati yang sudah lama terpendam. 

Adi Arshan merenung wajah Eline dengan penuh tanda-tanya. Dia mencari jawapan kepada setiap persoalan yang bermain di benak fikirannya. Matanya menatap wajah Eline dengan penuh simpati. Dia buntu. Sedih dengan apa yang terpaksa dilalui. Pandangannya masih tertumpu pada wajah Eline. Tiada tanda-tanda sedih di wajahnya. Atau Eline cuba menyembunyikan perasaan itu daripadanya? Rasa bersalah mula menghantui dirinya. Adi Arshan cuba untuk menyembunyikan rasa sedih mengenangkan perpisahan yang bakal berlaku.

Melihat Adi Arshan terus membisu, Eline cuba memecah kesunyian. "Awak, nanti bawak la tunang awak datang kafe saya. Makan-makan kat situ. Saya teringin nak berkenalan dengan dia."

"Eline... enough. Awak rehat, ya. Saya kena balik ofis. Kejap lagi ada temujanji dengan klien. Nanti saya datang lagi, ya. Semoga cepat sembuh. Assalamualaikum," kata Adi Arshan. Mata Eline terlalu sayu untuk terus ditatap. Dia segera bangkit lalu beredar dari situ.

Eline tidak sempat berkata apa-apa. Dia hanya mampu melihat Adi Arshan berlalu pergi.

'Salah ke apa aku cakap tadi?' detik hati Eline.

'Atau... Hm entahlah. Tak faham.'

Seusai solat, Puan Umi Kalsum segera melipat kain telekung dan tikar sejadah. Dia ingin segera kembali ke bilik Eline. Dia mahu berbual-bual panjang dengan Adi Arshan. Namun, setelah dia tiba di bilik, kelihatan Eline tersandar seorang diri.

"Eline... Mana Adi? Dah balik ke?" soal Puan Umi Kalsum.

"Dah. Nak jumpa klien katanya," jawab Eline.

"Oh. Umi baru nak berbual dengan dia. Takpelah. Dia ada urusan," balas Puan Umi Kalsum, sedikit hampa.

"Umi... rehatlah. Dari semalam jaga Eline. Eline dah sihat. Umi baliklah dulu. Rehat kat rumah, lagi selesa. Nanti apa-apa Eline call Umi, ya. Eline dah call Iza suruh ambik Umi," pujuk Eline. Sudah beberapa kali Eline cuba memujuk ibunya untuk pulang ke rumah, namun Puan Umi Kalsum tetap berkeras mahu menjaga dan menemaninya di hospital. Yara Zahra sudah pulang ke rumah bersama-sama Iza setelah Iza menghantar sarapan pagi kepada mereka.

"Takpe. Umi okay je."

"Umi penat tu. Eline kesian tengok Umi. Nanti Eline suruh Iza ganti tempat Umi, okay?" pujuk Eline lagi. Setelah didesak beberapa kali, akhirnya Puan Umi Kalsum akur dengan kehendak Eline. Dia segera mengemas barang-barangnya untuk dibawa pulang ke rumah.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now