38

339 8 13
                                    

Seusai menunaikan solat fardhu Subuh, Eline mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja solek lalu dia mencari nama Daniel. Dadanya terasa berdebar-debar. Tanpa berlengah, Eline terus menghantar mesej kepada Daniel memberitahu tentang niatnya yang ingin bertemu di kafetaria. Namun begitu, mesej yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp hanya bertanda satu tick.

'Mungkin handphone Daniel kehabisan bateri,' fikir Eline. Dia yakin Daniel akan membaca mesejnya sebaik sahaja telefon bimbitnya dihidupkan semula.

Pada waktu tengah hari, Eline melihat semula mesej yang dihantar kepada Daniel. Namun, dia berasa hampa kerana mesej itu masih bertanda satu tick. Foto profil juga tiada. Eline cuba menghubungi Daniel melalui aplikasi WhatsApp, namun tidak dapat disambungkan.

'Aku kena block dengan Daniel ke?' getus hati Eline.

'Kenapa semua mesej aku satu tick je?'

'Kenapa aku tak dapat tengok profile photo dia?'

'Daniel marah kat aku ke?'

Rasa takut mula memenuhi segenap ruang fikiran. Eline takut kehilangan Daniel. Dia mula berasa sebak.

Tanpa berlengah, laju tangan kanannya menekan nombor telefon Daniel. Lalu, telefon bimbitnya dilekapkan di telinga sebelah kiri. Sepasang mata hitamnya bergerak ke kanan dan ke kiri bersilih ganti.

Talian sudah bersambung tetapi tidak dijawab. Berkali-kali Eline cuba menghubungi Daniel, namun tetap tidak berjawab. Hati yang berharap lama-kelamaan menjadi geram. Geram kerana Daniel seperti sengaja mahu menguji kesabarannya.

'Ish naik kematu jari ni telefon dia, nape sekali pun tak jawab?' Eline mula mengomel.

'Kalau tak nak jawab panggilan orang, baik tak payah ada telefon. Wat sakit hati je.'

Eline tiada selera hendak menjamah apa-apa makanan. Dia banyak menghabiskan masa termenung.

"Oit! Jauh termenung. Fikir apa tu?" sergah Iza.

"Entahlah. Takde mood nak cakap," jawab Eline hambar.

"Haha. Meh aku teka. Pasal Daniel ke?" serkap Iza.

"Hm."

"Haha kenapa? Hilang dari radar?"

"Hm."

"Hahaha..."

"Apa yang lawak?" soal Eline seperti tidak berpuas hati.

"Dulu bukan kau nak dia blah ke dari hidup kau? Sekarang ternanti-nanti pulak. Pelik aku."

"Tu dulu. Sekarang rasa lain."

"Erm... Orang yang benar-benar mencintai kita tidak akan pernah meninggalkan kita. Percayalah. Doa itu wireless. Kat mana-mana pun masih available. Jadi, jangan pernah berhenti doa yang terbaik untuk orang yang kita cintai. Allah takkan gerakkan hati kita untuk berdoa kalau Allah tak nak kabulkan. Doa itu pengikat hubungan kita dengan Dia. Dengan doa, hati yang gelisah akan menjadi tenang. Jadi, jangan penat untuk berdoa kerana Allah tidak pernah jemu mendengar. Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku akan memperkenan doa-doamu. Kadang-kala apa yang kita rasa boleh menghancurkan diri kita. Bila diri terlalu sedih atau terlalu lama sedih, kita akan rasa penat, akan rasa putus asa. So, don't let what you feel destroy you. Lawanlah kalau betul kau nak dia. Jangan duk termenung kat sini. Takda hasil pun," nasihat Iza.

Setelah membuat pertimbangan, akhirnya Eline buka mulut. "Iza... Kau rasa aku patut cari Daniel?"

Iza anggukkan kepala.

"Tapi kat mana? Aku tak tahu alamat rumah dia."

"Alamat ofis dia, tahu?"

Eline menggelengkan kepalanya.

"Haaa nombor telefon Datin Dayini ada simpan lagi, tak?"

"Hmm kena cari balik. Jap, aku cuba cari," jawab Eline. Kemudian, dia mencari di ruangan senarai nombor telefon.

"Ada, tak?" soal Iza meminta kepastian.

Eline menggeleng. Raut wajahnya tampak kecewa.

"So macam mana?" soal Iza sambil berpeluk tubuh.

Eline hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu.

"Cuba call lagi sekali. Tengok dia angkat ke tidak. Mana tahu dia ada hal tadi," arah Iza.

Eline hanya menurut arahan. Sekali lagi dia cuba menghubungi Daniel tetapi masih tidak berjawab. Eline melepaskan keluhan dalam.

"Biarlah dia. Mungkin dia dah fed up dengan aku. Aku malas nak fikir apa-apa dah sekarang ni. Physically, mentally, emotionally tired," kata Eline.

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal. Tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Kau dah give up?"

"Aku tak tahu nak cari dia kat mana. Aku tak tahu. Kau tahu? Bagitau la aku," balas Eline.

Iza hanya mendiamkan diri dan terus mendiamkan diri. Eline turut berbuat demikian.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now