47 (SP)

631 9 4
                                    

***

Eline tersenyum mengenang kembali nostalgia yang tiba-tiba sahaja menerjah ke layar fikirannya. Segala kenangan lama mula bertandang. Ketika itu, dia sedang menghirup udara segar di tepi pantai. Sengaja dia melepak di situ kerana ingin melihat cantiknya matahari terbenam. Dia menetap di sebuah resort yang terletak di tepi pantai, benar-benar menghadap ke arah laut.

"Jauhnya termenung, siap senyum-senyum lagi. Saya dah lama duduk kat sini, sikit pun awak tak sedar." Daniel tiba-tiba mengganggu Eline berkhayal.

Eline menoleh ke arah kanannya lalu melemparkan senyuman kepada Daniel. Jauhnya dia berkhayal hingga tidak sedar kehadiran Daniel di sebelahnya, sedangkan mereka memang datang bersama-sama ke pantai itu tadi.

"Teringatkan boyfriend ke?" usik Daniel.

Serta-merta wajah Eline bertukar rona. Merah padam. Mungkin menahan malu. "Saya mana pernah ada boyfriend. Siapa yang mahukan saya?" Eline berkata sambil tersenyum.

"Boleh percaya ke? Entah-entah ramai yang dah tunggu. Cuma tak tahu nak pilih yang mana satu." Daniel sengaja cuba memancing meskipun dia tahu, jawapan Eline tadi adalah jawapan yang jujur. Sesungguhnya dia tahu, hati Eline masih belum dipunyai sesiapa. Dia tahu Eline amat mencintainya.

Tidakkah Daniel tahu bahawa selama ini dia setia menunggu? Cintanya terhadap Daniel terlalu kuat sehingga dia sanggup menunggu dan terus menunggu. Kelopak matanya mulai basah menakung air manik jernih yang bakal gugur bila-bila masa. "Daniel... Saya hanya sayangkan awak. Hanya awak. Ingat tu sampai bila-bila!"

Daniel merenung ke dalam mata Eline penuh asyik.

"Awak, saya laparlah," beritahu Eline sambil memegang perutnya.

"Haha. Nah, saya ada beli jeli kelapa untuk awak, buat alas perut. Nanti kita g makan, ya. Saya nak bawak awak g satu restoran ni. Confirm, awak suka!"

"Iye? Kat mana?" tanya Eline, ingin tahu.

"Entah, tak ingat kat mana," bohong Daniel. "Nah," kata Daniel sambil menghulurkan plastik berisi jeli kelapa.

"Wah, sedapnya rasa jeli ni! Awak beli kat mana?" Eline memuji sebaik sahaja menjamah sedikit jeli kelapa itu.

"Well. Tengok sapa beli."

"Beli je pun, bukan buat," kata Eline dengan riak wajah yang jengkel.

"Haha. Samalah tu." Daniel masih lagi menjawab.

"Annoying!"

"Suami awak ni, hormat sikit," usik Daniel. Sengaja dia mengusik Eline dengan menggunakan kuasa vetonya. Eline buat tidak tahu.

Daniel tertawa besar. "Jom, g makan." Mereka bangkit lalu beredar dari situ. Mereka menuju ke sebuah restoran makanan laut untuk makan malam. Sambil menjamu selera, mereka menikmati panorama di tepian pantai yang sungguh indah.

"Thanks, Daniel," ucap Eline. Dia sungguh terpegun melihat dekorasi restoran yang unik itu.

"Eline..."

Eline menoleh.

"Looking into your eyes makes me calm and excited at the same time. In fact, you are so much fun to be around. I'm blessed and lucky to be your husband. Love you, my wifey!"

Eline malu-malu sebaik pandangan mata mereka bertaut. Wajahnya merah padam menahan malu.

"You are the most precious person in my life, and I do not want to lose you for anything. Take my heart and hug it tight. Embrace my soul and never die."

"Daniel.. Boleh tak awak berhenti bercakap? Saya rasa malu. Janggal," pinta Eline.

"Sayang... Mula-mula memang rasa janggal. Lama-lama akan okay. Trust me."

Eline tertunduk malu. Dia tidak mahu bertentang mata dengan Daniel.

"Okay. Makan, makan. Saya tak cakap apa-apa dah. Don't be shy. I just want to impress my love. I love you, Sayang." Daniel menggenggam erat tangan Eline.

"Love you too." Eline tersenyum.

Jangan pernah menutup kemungkinan untuk jatuh cinta. Kerana apabila Allah hendak menyatukan kamu dengan dia, maka akan ditanamkan perasaan yang sama.

Jangan takut untuk jatuh cinta. Percayalah ada seseorang yang akan hadir dalam hidupmu, mengubah segalanya dan membuat dirimu tertawa bahagia.

Yakinlah bahawa Allah akan memilih yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Doa mampu mengubah takdir, maka berdoalah.

The heart is like a cup. The more you fill it with love of Allah, the brighter everything gets. Allah pairs us with partners and once we find them, take care of one another.

When Allah said everything was written, I pray that your name is written next to mine - Daniel, Aidleline Noushin

-TAMAT-

Rindu Yang BertamuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora