44 (SP)

307 6 2
                                    

Beberapa hari kemudian, Adi Arshan mengajak Eline keluar makan malam bersama-sama dengannya.

"Nak g dah?" soal Puan Umi Kalsum sambil tersenyum.

"Ya, Mi. Tolong tengok-tengokkan Yara, ya. Terima kasih," balas Eline.

"Yara... Nanti tidur dengan Tok Umi, ya. Behave, okay. I love you so much," pesan Eline sebelum keluar dari rumah.

"Baik, bu. I love you too." Yara Zahra menyalami dan mencium tangan ibunya.

"Kalau kau nak aku pick up kau balik, just call me. Nanti aku datang," pesan Iza.

"Alright. Thanks."

Tidak lama kemudian, terdengar bunyi hon kereta di luar rumah. Terdapat sebuah kereta berhenti di hadapan rumah Eline. Eline tersenyum panjang.

"Adi dah sampai. Eline g dulu. Assalamu'alaikum." Eline berlalu pergi setelah mengucap salam.

"Waalaikumussalam."

Di dalam kereta, Eline dan Adi Arshan berbual kosong. Selepas setengah jam,  mereka tiba di destinasi. Mereka berdua keluar dari perut kereta.

"Cantik awak malam ni," puji Adi Arshan setelah mereka melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Selama ni saya tak cantik ke?" soal Eline. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Adi Arshan.

"Haha. Cantik. Tapi malam ni, nampak lain sikit. Oh, ya la. Pertama kali saya tengok awak pakai shawl. Am I right?"

"Haha. Ingatkan tak perasan," balas Eline sambil tersenyum sipu.

Adi Arshan mencapai menu yang dihulur oleh seorang pelayan lelaki yang berpakaian kemas. "Awak nak makan apa?" soal Adi Arshan.

"Pasta with chicken and cheese."

"Minum?" soal Adi Arshan lagi.

"Honey lemon."

"Okay. Two pasta with chicken and cheese. Two honey lemon. Thank you." Adi Arshan membuat pesanan untuk mereka.

"Kenapa awak tiba-tiba ajak saya makan malam? Ada hal penting ke nak kongsi dengan saya?" soal Eline setelah pelayan lelaki tersebut beredar dari situ.

"Ada," jawab Adi Arshan ringkas.

"Ada? Apa dia?" soal Eline, ingin tahu.

"Sekarang ke?" tanya Adi Arshan kembali.

"Habis tu? Nak tunggu bila? Lepas makan?"

"Much better, kot."

"Haha. Okay."

Pelayan lelaki tersebut tiba dan meletakkan hidangan mereka dengan cermat.

"Jemput makan," pelawa Adi Arshan. Lalu dia mencapai sudu dan garpu di atas meja. Mereka menjamu selera.

"Saya suka datang sini. Makanan sedap, tempat pun tenang. Betul, tak?" Adi Arshan memulakan perbualan dengan mengajukan satu soalan kepada Eline.

"Betul. Selesa. Saya pun suka." Mereka berbual-bual kosong sambil menikmati hidangan yang enak.

"Awak masih sayangkan saya?" Tiba-tiba Adi Arshan bertukar serius. Matanya merenung wajah wanita yang berada di hadapannya.

Riak wajah Eline berubah serta-merta. Dia menelan liurnya. Dia terdiam, tanpa sepatah kata. Eline tunduk. Perlahan-lahan dia menghembus satu keluhan kecil.

Adi Arshan terus menyambung kata apabila melihat Eline terus membisu. "Eline... Saya sayangkan awak. Saya selesa bila bersama dengan awak."

Eline kaget. Dia menggigit bibir. Dia masih lagi mengunci mulut. Dalam kebisuan itu, jantungnya berdegup laju. Renungan Adi Arshan dirasakan terlalu mendebarkan. Eline semakin gelisah. Terasa dia mahu segera berlalu dari situ. Namun begitu, dia terasa kakinya seolah-olah terantai kemas.

"Sudikah awak menjadi teman hidup saya?" Adi Arshan melamar Eline.

"Huh?" Tersentak Eline mendengarnya. Dia terkesima. Terkedu. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang telah didengarinya itu. Jauh di sudut hati, dia sedikit pun tidak menduga bahawa saat ini ada seseorang yang bakal melamar hatinya.

"Er... Saya... Saya... " Akhirnya, Eline bersuara juga. Namun, suaranya tersekat-sekat.

"Saya apa? Awak tak sudi terima lamaran saya?" soal Adi Arshan bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibir.

Entah mengapa, hati Eline tiba-tiba terasa sayu. Matanya mula berkaca. Dan tanpa disedari, air matanya jatuh menitis di atas meja.

"Eline, Eline... Kenapa ni? Shhh jangan nangis. Saya tak paksa awak pun. Saya cuma tanya. Jangan nangis, please," pujuk Adi Arshan. Riak wajahnya kelihatan cemas.

"Adi... Saya minta maaf. Saya tak boleh terima lamaran awak. Awak terlalu baik untuk saya," ujar Eline. Wajahnya tampak sedih.

"Jadi saya perlu jadi jahat untuk bersama dengan awak?" soal Adi Arshan, cuba mengusik Eline. Dia tidak sanggup melihat Eline menangis.

Eline tersenyum kembali. Dia mengesat air matanya dengan tisu.

"Senyum pun." Adi Arshan menghela nafas lega.

"Bukan macam tu. Saya... " Eline tidak sanggup untuk menghabiskan kata-katanya.

"Awak lebih sayangkan dia?" Adi Arshan serkap jarang.

"Dia?"

"Daniel."

Wajah Adi Arshan ditatap seketika sebelum dia menundukkan wajah. Dia tidak sanggup untuk menatap mata Adi Arshan lagi. "Saya minta maaf, awak."

"Takpa, Eline. Adat berkenalan, tak semuanya berakhir di jinjang pelamin. Saya redha," ujar Adi Arshan. Wajahnya kelihatan tenang sahaja seperti tiada apa yang dirasainya saat ini.

"Maafkan saya, Adi Arshan. Maafkan saya." Eline serba salah,  serba tidak kena. Dia tidak mahu Adi Arshan terasa kecil hati.

Adi Arshan tersenyum. "Macam ni lah. Saya bagi awak satu soalan."

"Soalan apa?"

"Mana lebih pahit? Kopi tanpa gula atau bertahan tanpa kepastian?"

"Bertahan tanpa kepastian."

"Jadi kenapa saya perlu bersedih? Bohonglah saya tak kecewa langsung. Tapi dari awal lagi, saya dah redha. Apa pun keputusan yang terbit dari mulut awak, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Jadi, tak perlu serba salah dengan saya lagi, okay."

"Kita masih boleh berkawan, kan?" soal Eline.

"Boleh. Okay lah. Jom, balik. Dah lewat ni." Mereka bangkit lalu melangkah pergi.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now