28

264 9 28
                                    

Perlahan-lahan Eline membuka mata. Matanya mulai terbuka sedikit demi sedikit. Dahinya berkerut seribu apabila cahaya lampu menyilaukan matanya.

"Eline.." Adi Arshan terlihat mata Eline bergerak-gerak.

Semua yang berada di situ menoleh ke arah Eline lalu menggeruminya. Eline terasa tubuhnya seperti dipeluk oleh seseorang. Dia menoleh. Terlihat Yara Zahra sedang tidur sambil memeluknya erat. Eline tersenyum panjang.

"Eline okay?" tanya Puan Umi Kalsum sambil mengusap kepala Eline. Eline mengangguk lalu menghadiahkan sebuah senyuman.

"Awak okay? Kenapa awak tak call saya? Kenapa awak..."

"Shhh..." Eline memberi isyarat kepada Daniel untuk berhenti menyoalnya. Dia berasa serabut dan tertekan dengan soalan yang bertalu-talu. Dia baru sahaja tersedar. Jadi, dia tidak boleh didesak atau diasak dengan pelbagai soalan.

Wajah Daniel merah padam menahan malu. "Sorry."

Mata Eline tercari-cari Adi Arshan. Dia tersenyum tatkala mata mereka bertentangan. Puan Umi Kalsum menyuruh Adi Arshan mendekati Eline. Adi Arshan hanya menurut.

"Terima kasih," bisik Eline apabila Adi Arshan berada di sisinya.

"Sama-sama. Semoga awak cepat sembuh. Rehatlah. Saya mintak diri dulu," balas Adi Arshan. Eline seperti tidak merela dengan kepergian Adi Arshan. Wajahnya mencuka. Adi Arshan tersenyum.

"Esok saya datang lawat awak lagi ye, in shaa Allah. Jaga diri baik-baik," pujuk Adi Arshan. Eline tersenyum tawar.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawab Eline, separa berbisik.

"Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum," ucap Adi Arshan lalu bersalam-salaman dengan Datuk Daiyan dan Irfan. Dia menghulurkan salam pada Daniel, namun tidak disambut. Datin Dayini hanya mampu menggelengkan kepala melihat sikap Daniel. Adi Arshan mengatur langkah menuju ke arah pintu bilik. Dia melemparkan senyuman sebelum beredar dari situ.

Setelah berpuas hati melihat kondisi Eline, semua beransur pulang ke rumah. Yang tinggal hanyalah Yara Zahra dan Puan Umi Kalsum. Iza pulang setelah dipujuk oleh Puan Umi Kalsum. Puan Umi Kalsum menyuruhnya untuk berehat. Iza terpaksa akur.

"Kau jaga diri baik-baik. Esok aku datang lagi tau," kata Iza kepada Eline. Eline anggukkan kepala.

Setelah semua beredar, Puan Umi Kalsum berbual-bual dengan Eline. "Eline sakit kepala lagi?" soal Puan Umi Kalsum.

"Sikit," jawab Eline.

"Nasib baik Adi ada. Baik betul dia," kata Puan Umi Kalsum. Tiba-tiba air mata Eline mengalir keluar dari hujung matanya dan jatuh menitis ke atas bantal. Perasaannya bercampur-baur.

"Kenapa, Eline?" soal Puan Umi Kalsum.

Eline membisukan diri. Air matanya terus mengalir. Semakin lama, semakin deras.

Puan Umi Kalsum mengusap kepala Eline dengan lembut. "Semakin besar harapan hati pada manusia, semakin besar kekecewaan yang bakal menghentam. Berharaplah pada Allah. Hanya Dia satu-satunya tempat untuk berharap. Serah segalanya pada Dia, in shaa Allah pasti kita akan redha."

Telefon bimbit Puan Umi Kalsum berbunyi. Terdapat satu pesanan mesej daripada Adi Arshan. Lantas, Puan Umi Kalsum membuka mesej itu.

'Eline okay ke, Umi?'

'Alhamdulillah, okay. Rehatlah. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong anak umi.'

"Tak ada apa la, Umi. Umi jaga diri. Esok Adi lawat Eline, ye. Assalamualaikum.'

'Waalaikumussalam.'

***

Adi Arshan merebahkan tubuhnya ke atas katil. Dia merenung jauh mengenangkan sesuatu. Wajah seorang wanita terbayang di layar fikiran.

'Eline... Kenapa saya asyik terfikirkan awak?'

Dia cuba menghapuskan gambaran itu, namun usahanya hanya sia-sia. Dia mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja laci. Ah, dia terlupa untuk membalas mesej tunangnya!

Adi Arshan membuka gambar profil tunangnya. Terdapat satu petikan yang tertulis, "Jangan petik jika tiada niat untuk memiliki."

Dia tersentak. Kemudian, dia bermonolog.

'Aku yakin dan percaya pada Allah yang mengatur jalan hidupku. Akanku lalui dan percaya dengan takdir-Nya. Hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik buat diriku. Perancangan kita itu usaha. Perancangan Allah itu takdir. Dan siapakah perancang terbaik, kalau bukan Allah? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati. Apabila Allah mengkehendaki sesuatu kebaikan seseorang itu, maka Dia akan menjadikan hatinya sebagai penasihat yang akan memerintahkannya. Begitulah Allah membolak-balikkan hati manusia. Apabila sesuatu yang disenangi tidak terjadi, maka senangilah apa yang terjadi. Hargailah apa yang ada di depan mata. Yang ada juga ini bakal tiada, apabila tiba masanya.'

Adi Arshan beristighfar setelah bermonolog. Dia hanyut dibuai mimpi setelah beristighfar beberapa kali.

Rindu Yang BertamuWhere stories live. Discover now